Anda di halaman 1dari 10

• Selamat pagi, saya berasa bertuah kerana dapat

berkhidmat di sekolah transformasi ini. Ianya


membantu saya menimba ilmu dalam bidang
perguruan ini. Pada pandangan saya pekerjaan
guru ialah melahirkan insan yang berakhlak
mulia dan mewujudkan murid yang serba boleh.
• Pada pandangan saya, seseorang guru haruslah
mempunyai asas pengetahuan yang mendalam
dalam bidang masing-masing. Selain itu, seorang
guru juga sentiasa perlu bersedia bagi memberi
komitmen untuk memenuhi keperluan klien
terutamanya pelajar. Pada masa yang sama, ciri-
ciri seperti identity diri yang kuat secara kolektif
serta autonomi professional perlu turut dimiliki
oleh seorang guru yang dikatakan professional.
• Kerja sebagai cikgu ini bukan setakat mengajar apa
yang ada dalam silibus didalam bilik darjah. Malah,
cikgu perlu, memberi komitmen yang baik dalam
melahirkan pelajar yang serba boleh. Contohnya,
melatih murid yang mengambil bahagian dalam
pertandingan di luar sekolah. Sifat professional di luar
bilik darjah termasuk seperti, sentiasa membawa imej
guru yang professional dari segi kod etika pakaian,
tutur kata, tingkah laku, intrapersonal diri dan
sebagainya. Hal ini penting kerana guru sentiasa
diperhatikan oleh masyarakat sekeliling terutamanya
murid-murid.
Isu ataupun cabaran yang terdapat dalam kerjaya guru pada
masa ini adalah beban tugas yang meningkat saban hari. Ekoran
daripada beban tugas yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah
menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka
dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan
boleh menyebabkan seseorang guru itu mengalami ‘stress’. Lama
-kelamaan hal ini menyebabkan guru itu kurang bersemangat dan
tidak bermotivasi dalam menjalankan tugasnya.
• Guru dapat menjalankan pdpc dengan pelbagai Teknik
dan kaedah. Segala kaedah yang dipilih adalah
mengikut style pengajaran guru masing-masing.
• Seorang guru haruslah memainkan pelbagai
peranan untuk menanamkan minat murid dalam
pelajaran. Contohnya, sebagai motivator, role
model dan sebagainya.
• Memang benar bahawa elemen inovasi sedang
berkembang maju dalam bidang Pendidikan.
Impak yang ketara boleh dilihat dengan
pembawaan elemen inovasi dalam bidang
Pendidikan adalah murid dapat merasai
pembelajaran yang menarik serta kefahaman
murid makin bertambah.
• Pada pandangan saya, kit pembelajaran yang
dirancang iaitu kit W-KING ini sememangnya
akan memberi impak yang positif terhadap isu
yang dipilih untuk dibaiki. Pada masa yang sama
juga kit sebegini juga akan meningkatkan
penguasaan kosa kata bagi seseorang murid
yang menghadapi masalah untuk menguasainya.
• Pada masa kini, memang semua guru sedar akan
kepentingan inovasi dalam bidang pendidikan dimana
akan membina profesionalisme keguruan dan juga
memberi impak yang positif terhadap kecemerlangan
para murid. Namun disebabkan bebanan tugas yang
banyak menyebabkan seseorang guru tidak dapat
mengamalkannya dalam pengajaran mereka. Tetapi
ada juga guru yang bersungguh-sungguh
mempraktikkan elemen inovasi ini dalam pdpc
mereka walaupun dikelilingi dengan beban tugas yang
tinggi. Inilah dikatakan semangat melaksanakan tugas
sebagai seorang guru yang professional.
• Sama-sama

Anda mungkin juga menyukai