Anda di halaman 1dari 1

Abd.

Aziz Bin Berahim


Lot 1729, Kg. Perangkap, Bunut Susu
17020 Pasir Mas
KELANTAN

Pengetua
Maktab Rendah Sains Mara Jeli
Kampung Gemang
17700 Ayer Lanas
KELANTAN 25 April 2018

Puan,

Per: Permohonan Menamatkan Pengajian

Merujuk kepada perkara di atas, saya bapa kepada pelajar di Maktab Rendah Sains Mara Jeli (MRSM
Jeli) ingin memohon menamatkan pengajian anak saya yang mendaftarkan diri di MRSM Jeli pada 9
April 2018.

2. Butiran peribadi pelajar adalah seperti berikut :-


Nama: Muhammad Aizat Bin Abd Aziz
No. Kad Pengenalan: 020331-02-0363
No. Pelajar: DJ185132

3. Buat pengetahuan puan, pelajar ini terpaksa memutuskan untuk menamatkan pengajian di MRSM
Jeli kerana menghadapi masalah pembelajaran. Pelajar ini tidak dapat mengikuti pelajaran di sini dengan
baik kerana tidak begitu bagus dalam penguasaan Bahasa Inggeris, di mana mengikut informasi yang
diberikan, pembelajaran di sini adalah sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris.

4. Saya berterima kasih kepada pihak MRSM kerana memberikan peluang kepada pelajar ini untuk
mengikuti pengajian di sini walaupun untuk sementara waktu sahaja.

Sekian, terima kasih,

Yang benar,

____________________________
Abd. Aziz Bin Berahim
Bapa

Anda mungkin juga menyukai