Anda di halaman 1dari 10

SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN KECERGASAN
FITBALLROBIK ANJURAN
JABATAN KESIHATAN WP
KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
2015

Anjuran :
Unit Pendidikan Kesihatan
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur
& Putrajaya
SYARAT-SYARAT
SYARAT-SYARATAMAM
KEJOHANAN LOMPAT TALI MALAYSIA 2007
PERTANDINGAN KECERGASAN FITBALLROBIK
Sempena
ANJURANSambutan BulanWP
JBT KESIHATAN Kemerdekaan Ke 50
KUALA LUMPUR Tahun
& PUTRAJAYA
2015

1. NAMA
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Kecergasan Fitballrobik anjuran Jabatan
Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya 2015.
(Syarat pergerakkan wajib adalah mengikut format Pertandingan Fitballrobik
Kementerian Kesihatan Malaysia )

2. PENGANJUR

2.1.1 Pertandingan ini adalah anjuran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur & Putrajaya.
2.1.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang ditubuhkan adalah terdiri daripada
ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa penganjur dan bertanggungjawab dengan
perkara-perkara dasar dan berhak memutuskan apa-apa kepentingan dalam
penganjuran pertandingan ini.
2.1.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini adalah muktamad.
2.1.4 Adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk menerangkan secara lengkap
dan menjelaskan peraturan pertandingan ini kepada semua peserta dan orang
perseorangan yang terlibat dalam pertandingan ini.

3. TARIKH PERTANDINGAN
15 Ogos 2015 (Sabtu)

4. YURAN PENYERTAAN PERTANDINGAN


Tiada yuran pertandingan dikenakan

5. TEMPAT PERTANDINGAN
Pusat Membeli Belah AEON, Setiawangsa

6. PERATURAN DAN SYARAT AM PERTANDINGAN


Peraturan-peraturan Pertandingan Fitballrobik peringkat Negeri WP Kuala Lumpur &
Putrajaya 2015 akan diadili melalui satu sistem pemberian markah yang telah diluluskan
oleh Jawatankuasa Teknikal.

1
7. KATEGORI PERTANDINGAN DAN KRITERIA PENYERTAAN
Penyertaan Pertandingan Fitballrobik anjuran Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur &
Putrajaya 2015 terbuka kepada kumpulan mengikut kategori Pertandingan :

(I) Kategori Terbuka :


- Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur
18 tahun ke atas pada tahun 2015
- Setiap peserta tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada sekali dalam
satu pasukan di kejohanan ini.
- Setiap pasukan dikehendaki menghantar 6 orang peserta bertanding 1
Orang Simpanan dan 1 orang Jurulatih @ Pengurus Pasukan dengan
menggunakan 3 biji bola fitball. Jurulatih atau Pengurus boleh terdiri dari
peserta pertandingan juga.
- Peserta haruslah terdiri dari kakitangan di bawah Jabatan Kesihatan
Negeri.

8. SYARAT-SYARAT AM KATEGORI :
- Setiap penyertaan Kumpulan adalah terbuka sama ada semua peserta lelaki,
semua peserta perempuan atau campuran lelaki dan perempuan.
- Penyertaan Pelbagai kaum adalah digalakkan.
- Semua pasukan kumpulan akan bertanding dan mempamerkan persembahan
sekali sahaja di dalam satu pertandingan. Pemenang kumpulan akan dikira dari
pungutan markah tertinggi.

9. PERTUKARAN NAMA
- Setiap pasukan tidak dibenar menukar nama peserta yang didaftar di Borang
Pendaftaran kecuali pada waktu kecemasan dengan sebab-sebab munasabah dan
boleh diterima oleh Pengerusi Teknikal. Sekiranya perkara ini berlaku, maka pasukan
tersebut dikehendaki menghubungi pihak teknikal dalam masa 24 jam secara lisan
dan bertulis di mana Pengerusi Teknikal akan menentukan sama ada pertukaran
tersebut diterima atau tidak.

10. SUSUNAN PERMULAAN


10.1 Cabutan Undi
 Giliran pasukan akan ditentukan melalui cabutan undi yang akan dibuat
semasa mesyuarat dan taklimat pengurus pasukan sebelum
pertandingan

2
10.2 Menarik Diri
 Sekiranya pengurus pasukan atau wakil tidak hadir pada mesyuarat dan
taklimat pengurus pasukan, pihak jawatankuasa pengelola menganggap
yang mereka telah faham dan memenuhi semua peraturan serta syarat
termasuk perubahan (sekiranya ada) dan keputusan yang dicapai dan
dipersetujui semasa taklimat / mesyuarat tersebut.
 Sekiranya sesebuah pasukan gagal berada di kawasan kejohanan
selepas 1 minit nama pasukan diumumkan, maka pasukan tersebut
adalah dianggap telah menarik diri dan penyertaannya dibatalkan untuk
pertandingan tersebut.

11. KEMUDAHAN FASILITI


11.1 Kawasan Latihan
 Pihak penganjur tidak menyediakan kawasan latihan dan tiada raptai
akan dijalankan. Walau bagaimanapun peserta boleh menjalankan
latihan di tempat pertandingan sebelum pertandingan berlangsung.

11.1 Kawasan Menunggu


 Kawasan untuk menunggu giliran akan disediakan di sisi “podium”
untuk menempatkan jurulatih dan peserta-peserta bagi dua buah
pasukan yang akan memberi persembahan seterusnya

12. KAWASAN PERSEMBAHAN


12.1 Podium
• Podium berukuran 9m X 9m akan disediakan untuk pertandingan

12.2 Pembatasan
i. Peserta, jurulatih dan pengurus pasukan tidak dibenarkan memasuki kawasan
menunggu dan kawasan pengadil kecuali dengan kebenaran daripada
Jawatankuasa Pengelola. Peserta dan jurulatih dikehendaki menunggu giliran
sebagaimana yang ditetapkan dan menunggu isyarat daripada Pengurus Pentas
untuk memulakan persembahan. Ketua Hakim berhak membatalkan penyertaan
peserta sekiranya didapati tidak memenuhi peraturan ini.

13. PAKAIAN
i. Profil

3
 Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas, bersesuaian dengan
budaya negara, menjaga adat ketimuran dan penampilan bersih
sepanjang tempoh pertandingan.
 Peserta hanya dibenarkan memakai “T-Shirt” dan “Track Bottom”
sahaja. Adalah diingatkan peserta tidak dibenarkan memakai seluar
tied dan skirt semasa pertandingan. 10 markah akan dipotong
sekiranya peserta melanggar syarat pakaian.
 Penyokongan yang sempurna wajib dipakai oleh lelaki dan wanita
 Kasut aerobik yang sesuai perlu dipakai dan tidakmmeninggalkan
sebarang kesan kepada lantai pertandingan.
 Tali kasut hendaklah diikat sempurna
 Rambut yang panjang mesti diikat dengan kemas
 Barang-barang kemas tidak dibenarkan dipakai dan mesti ditanggalkan
sebelum pertandingan

14. MUZIK
14.1 Rakaman
14.1.1 Satu atau lebih lagu boleh digabungkan dan hendaklah dirakamkan di
dalam satu pita rakam sahaja. Sambungan dari satu pita ke satu pita
tidak dibenarkan semasa persembahan. Pita/cakera padat ini hendaklah
dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola semasa taklimat dan
mesyuarat pengurus pasukan.
14.1.2 Perakam kaset / cakera padat hanya disediakan oleh Jawatankuasa
Pengelola semasa pertandingan. Perakam persendirian tidak
dibenarkan. Walau bagaimanapun, setiap pasukan digalakkan
membawa radio kaset sendiri untuk tujuan latihan.
14.1.3 Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap mutu atau kualiti
bunyi pada setiap pita / cakera padat. Oleh itu, setiap pasukan
hendaklah memastikan mutu rakaman pita / cakera padat tersebut
berkeadaan baik dan bermutu tinggi.
14.1.4 Disarankan kiraan beat / kelajuan rentak adalah diantara 120 – 134
rentak seminit.

14.2 Jangkamasa / Tempoh Persembahan


4.2.1 Tempoh masa yang ditetapkan bagi satu pasukan ialah maksima 3 minit
30 saat dan tidak kurang daripada 3 minit 15 saat

4
14.2.2 Masa hanya akan dikira apabila muzik dimainkan dan bukannya pada
permulaan pergerakkan, melainkan kedua-duanya bermula serentak
14.2.3 Persembahan pasukan hanya mengandungi fasa ‘Áerobik’ sahaja

11. KELEWATAN
15.1 Sekiranya kelewatan berlaku disebabkan oleh bencana alam atau
perkara-perkara di luar jangkaan seperti kerosakkan kenderaan
pengangkutan dan sebagainya, pasukan yang terlibat hendaklah
menghubungi Urusetia Pertandingan dengan seberapa segera dan
keputusan mengenai giliran persembahan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal.
15.2. Undi giliran setiap pasukan tidak boleh ditukar. Semua persembahan
akan dijalankan mengikut giliran dan masa yang telah ditetapkan.
15.3 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad

12. BANTAHAN

16.1 Sebarang bantahan dan rayuan mengenai penganjuran dan keputusan


pertandingan TIDAK AKAN DILAYAN.
16.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Pengelola dan Ketua Hakim adalah
muktamad.

13. MAKLUMAT AM

13.1 Pihak Jawatankuasa pengelola tidak akan bertanggungjawab dan tidak


boleh didakwa atas sebarang kecederaan atau kemalangan sebelum,
semasa dan selepas pertandingan
13.2 Sekiranya berlaku kecederaan, pengsan atau pitam dikalangan peserta
semasa persembahan diadakan, persembahan tersebut hendaklah
diteruskan dengan mengekalkan peserta yang ada di dalam podium.
Persembahan boleh dimulakan semula atau diteruskan dari masa
diberhentikan mengikut budi bicara Ketua Hakim.
13.3 Sekiranya berlaku masalah mengenai muzik sebelum dan semasa
persembahan, peserta / pasukan hendaklah meneruskan persembahan
dengan muzik yang ada. Justeru itu, sekiranya seseorang peserta /
pasukan tidak dapat memulakan persembahan setelah mengambil
tempat di kawasan persembahan atau berlakunya gangguan semasa

5
persembahan, maka keputusan untuk menentukan sama ada peserta /
pasukan tersebut boleh memulakan persembahannya lagi ataupun
mengambil giliran setelah selesainya persembahan peserta / pasukan
lain adalah mengikut budi bicara Ketua Hakim
13.4 Sekiranya berlaku masalah bola fitball bocor / meletup, persembahan
kumpulan tidak akan diberhentikan. Peserta terpaksa meneruskan. Oleh
yang demikian kumpulan adalah digalakkan untuk membawa bola
tambahan dan diletakkan di luar podium.
13.5 Jawatankuasa Pengelola adalah berkuasa untuk menambah dan
memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam
peraturan ini
13.6 Jawatankuasa Pengelola / Teknikal berhak memutuskan segala masalah
teknikal seperti eletrik pintas, podium atau gangguan di tempat
persembahan dan masalah lain yang tidak dapat dielakkan agar dapat
diuruskan dengan sempurna oleh Jawatankuasa Pengelola.
13.7 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD di dalam
segala keraguan mengenai peraturan yang telah ditetapkan.

18. PENDAFTARAN
- Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini perlu mengisi Borang Perakuan
Persetujuan Peserta (Borang A) dan Pendaftaran Pasukan wajib menggunakan
Borang Penyertaan Pasukan (Borang B) yang disediakan oleh pihak penganjur.
- Borang Penyertaan Pasukan (Borang B) perlu di faxkan kepada pengelola
pertandingan sebelum 27hb Julai 2015 dan Borang Perakuan Persetujuan
Peserta (Borang A) perlu diserahkan kepada Pengelola semasa pendaftaran
pasukan pada 15hb Ogos 2015. Salinan Kad Pengenalan atau kad Kerja perlu
dikepilkan bersama. Kelewatan menghantar Borang A tidak akan dilayan.

Alamat Surat Menyurat :


Unit Pendidikan Kesihatan
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur & Putrajaya
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur
Tel : 03-2297 7300
Fax : 03-2693 8760
Email : upkjknkl@gmail.com

6
19. HADIAH

Hadiah wang tunai, medal dan sijil akan diberikan kepada pemenang kumpulan untuk
tempat pertama, kedua dan ketiga.

20. LAIN-LAIN SYARAT

- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan,


kecedaraan, kematian yang menimpa sebelum, semasa dan selepas
pertandingan ini.
- Jawatankuasa Penganjur adalah bertanggungjawab dan mempunyai kuasa
untuk menambah dan memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan di
dalam peraturan ini.
- Keputusan Jawatankuasa penganjur adalah muktamad di dalam segala
keraguan mengenai peraturan dan syarat-syarat pertandingan yang telah
ditetapkan ini.

7
BORANG A
BORANG PENYERTAAN KUMPULAN
PERTANDINGAN KECERGASAN FITBALLROBIK
ANJURAN JABATAN KESIHATAN WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 2015

Nama Kumpulan : ……………………………………………………..

Nama Jabatan / Klinik : ....…………………………………..............


................................................................

1. Nama Pengurus/ Jurulatih: …………………………………………………..

No. Kad Pengenalan : ……………………………..

No. Hphone : ……………………………..

2. Biodata Peserta

Bil Nama Peserta L/P U Tinggi / Berat


M Sebelum
U Bertanding
R
1. /
2. /
3. /
4. /
5. /
6. /
7. /

Tandatangan : ..........................................................
Nama Pengurus / Jurulatih Kumpulan : ..........................................................
Tarikh : ....................................

8
BORANG B

BORANG PENYERTAAN INDIVIDU


PERTANDINGAN KECERGASAN FITBALLROBIK
ANJURAN JABATAN KESIHATAN WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 2015

Nama : ...……………………………………………………….......
No K/P : ……………………………..............................................
Umur : ……………………………………………………………..
Tarikh Lahir : ......................................................................................
Alamat : ..…………………………………………………………….
……………………………...………………………………
......................................................................................
Pengakuan :

a) Saya akan menurut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh


pihak penganjur
b) Saya mengaku bahawa saya adalah cukup cergas untuk
mengikuti pertandingan ini
c) Saya mengaku bahawa keterangan mengenai perkara di atas
adalah benar

Bahawa keterangan ini saya akan hadir untuk pertandingan ini di atas
tanggungjawab dan risiko saya sendiri. Saya tidak akan melibatkan pihak
penganjur atau mana-mana pihak lain jika berlaku kemalangan atau
kehilangan/kerosakan barangan persendirian sebelum, semasa atau selepas
pertandingan ini berlangsung.

Tandatangan : ....................................................................................

Nama : ....................................................................................

No. Kad Pengenalan :.....................................................................................

Tarikh :.....................................................................................

NOTA :
Sila kemukakan Salinan Kad Pengenalan / Kad Kerja untuk setiap Peserta
dan Jurulatih. Serahkan borang ini semasa taklimat Pengurus Pasukan

Anda mungkin juga menyukai