Anda di halaman 1dari 3

4.

0 KESIHATAN MANUSIA

Rajah 1

Tahap 1 - Mengetahui

Namakan jenis nyamuk yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Nyamuk Aedes

Tahap 2 - Memahami

Apakah jenis penyakit berjangkit yang dibawa oleh nyamuk dalam Rajah 1 dan nyatakan satu
simptomnya.

Demam denggi. Bintik merah pada kulit / demam / sakit otot dan sendi

Tahap 3 - Mengaplikasi

Perihalkan satu contoh lain penyakit berjangkit dan terangkan cara jangkitannya.

Tibi. Cara jangkitan melalui udara atau titisan air

Taun. Cara jangkitan melalui makanan atau air yang tercemar dan lalat rumah

Tahap 4 - Menganalisis

1. Mengapakah penyakit yang dinyatakan dalam soalan 2 dikategorikan sebagai penyakit berjangkit?

Demam denggi merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh
nyamuk aedes yang berpindah daripada satu individu kepada individu yang lain.
2. Pada pendapat anda, apakah yang bakal berlaku kepada ekonomi negara jika penularan penyakit
berjangkit ini tidak dapat dikawal dan terangkan.

Ekonomi negara akan terjejas disebabkan oleh tenaga mahir dalam pelbagai sektor semakin terhad
serta kerajaan terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi untuk mengubati penyakit berjangkit
ini.

Tahap 5 – Menilai

Rajah dibawah menunjukkan dua kaedah untuk mengawal pembiakan nyamuk.

Rajah 1 Rajah 2

Antara rajah 1 dan 2, kaedah manakah yang lebih sesuai untuk mengawal pembiakan nyamuk dan
tidak mengundang bahaya kepada kesihatan manusia. Wajarkan pilihan anda.

- Kaedah pada Rajah 1.

- Hal ini kerana nyamuk betina bertelur di permukaan air yang tenang. Oleh yang demikian dengan
menggunakan kaedah 1, jentik-jentik nyamuk dapat dikawal daripada terus membiak dan dapat
dimusnahkan pada peringkat awal kitar nyamuk seterusnya memusnahkan populasi nyamuk aedes. /

- Hal ini kerana penggunaan ubat nyamuk pada rajah 2 tidak mencegah pembiakan nyamuk aedes
daripada akar umbi. Tambahan lagi pembakaran ubat nyamuk membebaskan bahan-bahan kimia
yang berbahaya yang mampu menjadi penyebab kanser kepada manusia.

Tahap 6 – Mereka Cipta

Reka satu perangkap nyamuk berdasarkan bahan-bahan yang diberikan di bawah dan terangkan cara
membuatnya.
` Botol plastik 1.5liter Air suam Gula Merah Yis

Pisau Pita pelekat Kertas hitam

- Potong botol plastik kepada dua bahagian.


- Campurkan 50 gm gula merah dengan 200ml air panas dan biarkan sejuk.
- Tuang campuran ke bahagian bawah botol plastik.
- Tambahkan yis pada bahagian atas cairan tanpa dikacau untuk menghasilkan karbon dioksida
sebagai penarik perhatian nyamuk.
- Letakkan bahagian corong botol dengan posisi terbalik dengan bahagian corong berada di bawah.
Pastikan bahagian corong botol tidak bersentuhan dengan air larutan untuk memberi ruang nyamuk
dapat masuk perangkap.
- Bungkus botol dengan kertas berwarna hitam menggunakan pita pelekat.

Anda mungkin juga menyukai