Anda di halaman 1dari 7

TEMA : PENEROKAAN BUMI & ANGKASA LEPAS

BIDANG PEMBELAJARAN : 13.0 METEROID, ASTEROID, KOMET


STANDARD KANDUNGAN : 13.1 JASAD LAIN DALAM SISTEM SURIA IAITU
METEROID, ASTEROID DAN KOMET
STANDARD PEMBELAJARAN :
13.1.1 BERKOMUNIKASI TENTANG JASAD LAIN DALAM SISTEM SURIA IAITU
METEROID, ASTEROID DAN KOMET
13.1.2 MEMBINCANGKAN PERGERAKAN METEROID, ASTEROID DAN KOMET
DAN KESANNYA TERHADAP BUMI BERDASARKAN DATA
MENJANA IDEA BAGAIMANA MENGURANGKAN ATAU MENGELAKKAN
KEMUNGKINAN BERLAKUNYA PERLANGGARAN ASTEROID DENGAN BUMI

Tahap Penguasaan Tafsiran


1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains
mengenai meteoroid, asteroid dan komet.

Soalan
1. Nyatakan maksud meteoroid ?

_____________________________________________________________________
(1 markah)
2. Nyatakan maksud asteroid?

_____________________________________________________________________
(1 markah)
3. Nyatakan maksud komet ?

_____________________________________________________________________
(1 markah)
Tahap Penguasaan Tafsiran
2 Memahami meteoroid, asteroid dan komet dan dapat
menjelaskan kefahaman tersebut.

Soalan

Asteroid Komet

Meteroid
Rajah 1
1. Banding bezakan meteoroid, asteroid dan komet seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(4 markah)
Tahap Penguasaan Tafsiran
3 Mengaplikasikan pengetahuan mengenai meteoroid, asteroid
dan komet dan dapat melaksanakan tugasan mudah.

Soalan

1. Di antara meteoroid, asteroid dan komet, yang manakah yang mempunyai persamaan
dengan satelit?
Terangkan sebab anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(3 markah)
Tahap Penguasaan Tafsiran
4 Menganalisis pengetahuan mengenai meteoroid, asteroid dan
komet dan konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian
atau fenomena alam.

Soalan

Rajah 2
1. Dalam Rajah 2, yang manakah merupakan meteorit? Nyatakan kesan yang akan berlaku
kepada alam sekitar jika meteorit menghentam bumi?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(3 markah)
Tahap Penguasaan Tafsiran
Menilai pengetahuan mengenai meteoroid, asteroid dan
5 komet dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat
keputusan untuk melaksanakan satu tugasan.

RAMALAN KIAMAT
Ramalan tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan
dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum
terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April
1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak
terkecuali antara yang pernah diramalkan. Berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa
Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh
dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan
berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi
perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun,
lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah
melepasi bumi. "Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis.
Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum
diubah kepada 2036. "Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap
hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya,"
kata Zamri. Perlanggaran galaksi Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri,
bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian
pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku. Zamri menunjukkan satu gambar
permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan
komet. "Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik.
Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya. Bagaimanapun Zamri berkata,
kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir,
sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih
terarah kepadanya. Hampir setiap hari, ada asteroid yang cuba menghampiri bumi. Sementara
itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad
Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak
semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya. "Plat-plat itu kini bergerak lebih
pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini
semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami.
Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya.
Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil
memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun. Fenomena alam berangkai Mohamad Ali
menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti
pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. "Suhu
bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub
Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya
ketika dihubungi. Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam
besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan
jawapannya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai
yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat. "Gempa
bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau.
Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang
menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya. Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan
kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal
melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan. "Planet ini tidak wujud," kata
saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur
kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012. Terma Kosmofobia
Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah
membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'. "Semakin manusia mengenali angkasa lepas,
manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky
Way. "Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu
membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam
semesta," ujarnya.

SOALAN 5

Wajarkan kemungkinan bumi akan musnah di hentam objek terapung di angkasa.

CADANGAN JAWAPAN

- Bumi akan musnah jika asteroid, komet atau meteroid berlanggar dengan bumi

Bumi akan musnah jika galaksi bima sakti berlanggar dengan galaksi lain
SOALAN 6

Jana idea bagaimana mengurangkan atau mengelakkan kemungkinan berlakunya


perlanggaran asteroid dengan Bumi.

CADANGAN JAWAPAN

- Letupkan astroid yang kemungkinan berlanggar dengan bumi di angkasa


Tahap Penguasaan Tafsiran
Merekacipta dengan menggunakan pengetahuan dan
6 kemahiran sains mengenai meteoroid, asteroid dan komet
dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat
keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam
situasi baru secara kreatif dan inovatif dengan mengambil
kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai