Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Tarikh : 30 Julai 2018

Hari ini merupakan hari kedua kami menghadirkan diri ke sekolah Kebangsaan Tengku
Mahmud untuk menjalani praktikum fasa 2. Pada hari ini, kami masih belum dapat jadual waktu
kerana belum diurus oleh guru pembimbing. Hal ini kerana, guru pembimbing terpaksa
mengambil masa guru sejarah lain untuk diisi dalam jadual waktu kami. Selain itu, kami juga
masih belum berjumpa dengan guru pembimbing bahasa Melayu kerana Guru pembimbing
bahasa Melayu iaitu Encik Zulhairi telah menghadiri kursus di luar sekolah. Oleh itu, pada hari
kedua ini kami masih belum mengajar. Kami meneruskan tinjauan kami terhadap sekolah
tersebut dan dapat mengenalpasti bahawa murid-murid di sekolah ini adalah baik-baik belaka
dan mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada guru-guru. Selain itu, murid-murid juga mesra
dengan guru dan mempunyai sikap menegur guru dengan sopan santun.

Selain daripada itu, kami juga telah berkenalan dengan beberapa guru khususnya guru-
guru lelaki yang sangat mesra dengan kami . Mereka bersedia menolong kami dan membimbing
kami dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya saya sangat berpuas
hati terhadap kemesraan guru-guru yang mesra di sekolah ini. Selain daripada bilik guru,
terdapat beberapa tempat yang menjadi bilik kepada guru-guru di sekolah ini seperti bilik muzik,
bilik PJK , Stor, bilik akses dan sebagainya. Kami telah melawati di setiap tempat ini untuk
berkenalan dengan guru-guru.

Seterusnya pula kami juga telah berkenalan dengan pihak-pihak pekerja kantin yang
mesra dan sopan. Saya berpuas hati terhadap makanan yang disediakan oleh pihak kantin,
namun demikian sedikit kecewa kerana makanan yang dijual adalah mahal dan kurang sepadan
dengan kuantiti yang di ambil. Namun demikian hal ini adalah tidak menjadi masalah jika pandai
memilih jenis pemakanan seperti makan kuih sahaja. Secara keseluruhan, kami berpuas hati
terhadap perjalanan hari kedua ini yang banyak memberikan gambaran terhadap sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai