Anda di halaman 1dari 2

Transformasi Pengajaran Sejarah Berasaskan Multimedia

Pengenalan
Perkembangan teknologi sememangnya telah memberikan impak yang besar
dalam dunia Pengajaran sejarah. Teknologi dalam pendidikan telahpun menjadi
peneraju dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini turut
mewarnai keterampilan guru-guru sejarah yang sentiasa dilanda cabaran dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, teknologi juga dapat
memberikan suntikan patriotisme yang lebih efektif melalui penggunaan animasi yang
lebih berkesan.
Berkait rapat dengan hal ini, perkembangan teknologi pendidikan ini juga
telahpun menjadikan proses pegajaran dan pembelajaran yang lebih menarik , mudah
difahami dan menggalakkan penyertaan myang menyeluruh. Antara tumpuan
multimedia dalam pengajaran adalah seperti bunyi,grafik,rajah,animasi dan gambar
berwarna-warni yang mampu meningkatkan pencapaian kognitif,psikomotor, minat dan
perilaku pelajar di samping dapat mengukuhkan kefahaman dan meningkatkan prestasi
yang maksimum.
6. Penguasaan Kemahiran ICT-multimedia guru sejarah
Bagi menjalankan proses pengajaran berasaskan multimedia, guru
sememangnya harus mempunyai kemahiran dalam menggunakan alat teknologi dan
multimedia. Dalam hal ini, kemahiran ICT haruslah dimiliki oleh setiap guru pada masa
kini termasuk guru sejarah.
Antara kemahiran-kemahiran Ict yang harus dikuasai oleh guru adalah
kemahiran menulis laporan, surat atau dokumen dengan menggunakan komputer.
Kemahiran ICT yang seterusnya pula adalah kemahiran membina pangkalan data
untuk tujuan penyimpanan dokumen atau bahan pelajaran dalam bentuk elektronik.
Selain itu, Kemahiran mencari maklumat juga harus dikuasai oleh guru-guru agar dapat
mengakses data atau fakta pendidikan sejarah melalui internet atau pangkalan data di
perpustakaan dan laman web. Kemahiran yang keenam pula adalah kemahiran
menyediakan lembaran kerja elektronik yang berbentuk pengiraan statistik, jadual
waktu dan markah pelajar. Seterusnya guru juga perlu menguasai kemahiran
menganalisis data dan kemahiran mengimbas gambar atau dokumen untuk proses
PdP.
Kemahiran mengirim mel elektronik juga penting bagi guru bagi tujuan interaksi
guru dengan pelajar serta berkongsi maklumat melalui pangakalan data. Di Samping
itu, kemahiran menulis program komputer dan menghasilkan perisian untuk multimedia
juga harus dikuasai oleh guru. Kemahiran yang terakhir pula adalh kemahiran mencetak

dokumen yang pelbagai seperti potrait, berwarna , jenis printer dan jumlah yang
dikehendaki.

Anda mungkin juga menyukai