Anda di halaman 1dari 8
a KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. @ eee Bahaglan Kewangan Aras 6&7, Blok £12, Kompleks & MALAYSIA Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel : 03-8000 8000 62604 PUTRAJAYA Faks : 03-8884 7679 MALAYSIA Portal : www.moe.gov.my Ruj. Kami: KPM.800-4/1/1 Jid. 6 (77) Tarikh — : QF Disember 2017 Senarai Edaran seperti di Lampiran 1 YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan, SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) BAGI TAHUN 2018 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, 2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) bagi tahun 2018 dengan beberapa pengecualian daripada Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 1 Tahun 2012. 3. Pengecualian-pengecualian daripada SPK Bilangan 1 Tahun 2012 adalah seperti berikut: i) Pengecualian daripada Perenggan 7.b. mengenai_sesi dan tarikh permohonan EMK pada tahun semasa serta sistem atas talian yang digunapakai: Bagi tahun 2018, permohonan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) adalah satu sesi sahaja dan dilaksanakan melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB). Jadual pembukaan sistem untuk permohonan adalah seperti berikut: HOTLINE: 05.8884 7700 FAKS :€3-8884 7701 (Caw: Pentadbiran Kewangin), 03-8884 7509 (Caw. Dasr & Kasalan) (03-8884 7575 (Caw, Haj), 05-8864 7611 (Caw Bantuan) TEMPOH PERMOHONAN EMK MELALUI SISTEM APB SASARAN Semua murid warganegara yang telah 12 Mac — 30 April | mendaftar sekolah yang memiliki surat 2018 pengesahan OKU/ Kad OKU bertarikh pada atau sebelum 30 April 2018 termasuk murid sedia ada di Kolej Matrikulasi. Khusus untuk murid Tingkatan 6 Bawah yang 2-17 Julai 2018 | telah mendaftar sekolah dan pelajar baharu yang mendaftar di Kolej Matrikulasi untuk sesi pengajian tahun 2018/2019 sahaja_ dari kalangan warganegara yang memiliki surat pengesahan OKU/ Kad OKU bertarikh pada atau sebelum 30 April 2018. ji) Pengecualian daripada Perenggan 5 mengenai _tarikh dan tempoh bayaran: Bagi tahun 2018, pembayaran EMK adalah berdasarkan surat pemakluman KPM yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. iii) Pengecualiandaripada__Perenggan__10.c.ii__mengenai tanggungjawab_Bahagian_Kewangan untuk _menurunkan waran_peruntukan bagi _pembayaran penuh pada_bulan Februari: Bagi tahun 2018, penurunan peruntukan pertama akan dilaksanakan setelah data murid yang memohon di dalam sistem diperoleh daripada Bahagian Pengurusan Maklumat (selepas tamat tempoh permohonan dan pengesahan oleh Bahagian/JPN) 4, Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan juga, Bahagian ini sedang dalam usaha membuat pindaan pada SPK sedia ada dan mewujudkan Garis Panduan Pengurusan EMK yang terkini. Namun begitu, sehingga perkara tersebut dimuktamadkan, surat siaran ini hendaklah dibaca bersama dengan SPK sedia ada. Bersama-sama ini dilampirkan perkara-perkara berikut: i) Takwim Pelaksanaan EMK Tahun 2018 seperti di Lampiran A untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan (boleh dicetak dengan klik pilihan ‘Tarikh Penting’ di ruangan PEMBERITAHUAN pada halaman utama APB); dan ii) Manual Penggunaan__Sistem__Aplikasi__Pengurusan Bantuan (APB) bagi Modul Pengurusan EMK (Pengguna: Sekolah) seperti di Lampiran B untuk rujukan dan panduan pihak sekolah khususnya Guru EMK (boleh dicetak dengan klik pilihan ‘Maklumat Terkini’ di ruangan PEMBERITAHUAN pada halaman utama APB). 5. Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dimohon untuk menghebahkan perkara ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ sekolah-sekolah di bawah seliaan masing-masing. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan EMK tahun 2018, YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan disaran mengambil langkah-langkah yang sewajarnya seperti berikut: i) _Memastikan semua sekolah di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan menerima hebahan ini (disaran agar Bahagian/JPN/PPD menyediakan Borang Akuan Penerimaan Surat untuk dikembalikan oleh PPD/sekolah kepada Bahagian/JPN/PPD); ii) Mengambil tindakan sewajamya bagi mengelakkan kes keciciran atau ‘terlepas tarikh’ bagi sesuatu urusan dalam talian di peringkat sekolah (disaran Bahagian/JPN/PPD menggunakan kaedah hebahan dan peringatan yang cepat dan menyeluruh kepada sekolah seperti melalui e-mel atau aplikasi whatsapp/telegram), 3

Anda mungkin juga menyukai