Anda di halaman 1dari 3

Selembar Catatan Jejak Kehidupan Pn.

Ho Chee Lean

Pn. Ho Chee Lean dilahirkan di Pulau Pinang pada 26 Julai 1958. Beliau anak sulung
daripada empat orang adik-beradik dan dibesarkan di Georgetown, Pulau Pinang. Mendiang
bapanya En. Ho Siew Chiew merupakan seorang Guru Besar semasa hayatnya manakala
ibunya Pn. Lim Chooi Kim pula merupakan suri rumah tangga dan pernah menjadi guru
sementara. Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 1987 dengan En. Toh See Kian yang
merupakan seorang Peguam merangkap Penasihat Undang-undang di Port Dickson, Negeri
Sembilan. Beliau dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang anak lelaki dan seorang anak
perempuan. Anak sulungnya Toh Tze-Kai ialah lulusan mahasiswa dari Universiti Oxford
Brookes, UK dalam jurusan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa. Anaknya sudah membuka
syarikat dengan seorang rakan. Anak bongsunya Toh Tzee Yee pula bekerja di Heng Yuan
Refining Company Berhad, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tzee Yee ialah mahasiswi dari
Universiti New South Wales, UK jurusan Pengurusan Perniagaan.

Pn. Ho Chee Lean memulakan pendidikan formalnya di SJK (C) Penang Chinese
Pulau Pinang dari 1965 – 1969, SMJK (P) Penang Chinese Pulau Pinang dari 1970-1975 dan
tingkatan enam di Sekolah Menengah Perempuan St. George Pulau Pinang dari 1976-1977.
Pendidikan ‘tertier’ beliau bermula pada 1978 hingga 1981 di Universiti Malaya dan
dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Geografi) dan Diploma Pendidikan. Beliau juga
mempunyai Sijil ‘Associated Board Royal School of Music’ (ABRSM) UK, Gred 8 dalam
Piano. Beliau pernah menjadi pengiring piano Koir Kanak-Kanak MJS Zone Utara,
Semenanjung Malaysia ke Tokyo Disneyland, Jepun pada 1986.Selain itu, beliau pernah
menjadi jurulatih dan pengiring piano Pasukan Koir SMK Datuk Haji Abdul Samad, Port
Dickson, Negeri Sembilan yang menjadi juara peringkat negeri 9 tahun berturut-turut (1995-
2003); Pasukan Koir PSKPP Negeri Sembilan yang meraikan Johan Peringkat Kebangsaan
1999; Pasukan Koir sempena Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Gombak Selangor tahun
2004-2008, 2012-2016; Pasukan Koir sempena Sambutan Hari Guru peringkat Negeri
Selangor pada tahun 2006 dan 2016, serta Pasukan Koir PKPSM Selangor pada tahun 2007
dan 2008.

Kerjaya beliau bermula sebagai guru penolong di SMK Chukai, Kemaman, Terengganu dari
1982-1985. Beliau kemudian ditempatkan di Sekolah Menengah Sultan Mahmud Kuala
Terengganu, Terengganu dari 1985-1986 dan bertukar ke SMJK (P) Tunku Puan Habsah
Pulau Pinang dari 1986-1987. Selepas berumah tangga, beliau ditukar ke SMK Datuk Haji
Abdul Samad, Port Dickson, Negeri Sembilan mulai 1988 hingga 15 September 2003. Beliau
telah dinaikkan pangkat sebagai GKMP Kemanusiaan di sekolah yang sama mulai 1998
hingga 15 September 2003. Semasa berkhidmat di SMK Datuk Haji Abdul Samad sebagai
Ketua Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS), PSS telah dinobatkan sebagai Johan
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2000 kategori
Sekolah Menengah Bandar. Selain daripada itu, beliau juga telah diiktiraf sebagai penerima
Johan Anugerah Guru Inovatif (Individu) Negeri Sembilan pada tahun 1995, Johan Guru
Inovatif (Individu) Negeri Sembilan pada tahun 1998 dan seterusnya Johan Kategori Inovatif
pada tahun 1998 KPM peringkat Kebangsaan.
Pada 16 September 2003, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengetua DG48 di SMK
Seri Garing, Rawang, Selangor. Pada 11 Mei 2008, beliau dinaikkan pangkat sebagai
Pengetua Cemerlang DG52 di sekolah yang sama. Beliau kemudian dipindahkan ke SMK
Bukit Rahman Putra, Sungai Buluh, Selangor pada 16 Februari 2009. Beliau telah dinaikkan
pangkat sebagai Pengetua Cemerlang DG54 di sekolah yang sama pada 27 April 2010. Beliau
kemudian diarah kembali bertugas di SMK Seri Garing, Rawang, Selangor pada 16 Ogos
2010 sehingga 25 Julai 2018 (kali kedua). Atas segala usaha dan jasa beliau, beliau juga telah
dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah
(Sultan Selangor Darul Ehsan) pada 2007.

Sepanjang perkhidmatan beliau dalam pendidikan, beliau juga pernah


membentangkan beberapa kertas kerja:

a) Peringkat Kebangsaan
(i) Konvensyen Pusat Sumber Sekolah Wilayah Persekutuan KL (27-29 Mei
2001) anjuran PSPN Wilayah Persekutuan KL di Hotel Gold Course Klang,
Selangor DE.
Tajuk: Pengintegrasian BBM/ TVP dan KBKK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
(ii) Festival Teknologi Pendidikan Kebangsaan (18-20 Jun 2001) anjuran BTP
KPM dengan kerjasama JPN Kelantan di PSPN Kelantan.
Tajuk: Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang
(iii) Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-14 (11-14 September 2001) anjuran
BTP/ KPM, JPN Selangor dan PSPN Selangor di Hotel Gold Course, Klang,
Selangor DE.
Tajuk: Pengintegrasian BBM/ TVP/ CAL dan KBKK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
b) Peringkat Negeri
(i) Hari Profesional Guru (23 Mac 2002) Anjuran PPK, KPM dan JPN Negeri
Sembilan di PSPN Negeri Sembilan.
Tajuk: Pengintegrasian BBM dan KBKK dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran Geografi – Pengaruh Manusia terhadap iklim : Penipisan
Lapisan Ozon
(ii) Kursus Pengurusan Organisasi Cemerlang (19-22 Julai 2004) Anjuran PSPN
Selangor DE di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tajuk: Pengurusan Organisasi Cemerlang
(iii) Kolokium Kepimpinan Pendidikan (12-13 November 2014) Anjuran MPSM
Selangor di MSU Shah Alam, Selangor DE.
Tajuk: Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah : Wadah Perkongsian
c) Peringkat Zon Daerah
-Sebagai Pengerusi PKG Zon Rawang (2005-2007)
(i) Kursus Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Anjuran PKG Zon Rawang,
Gombak, Selangor DE.
Tajuk: Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang
(ii) Kursus Khemah Membaca Anjuran PKG Zon Rawang, Gombak, Selangor
DE.
Tajuk: Khemah Membaca

Beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada
tahun 1993, 2009, dan 2017.

Beliau juga pernah terlibat dalam Penulisan Kreatif – penerbitan MPSM Selangor

a) Nukilan Rasa – Tajuk : Tembok oh Tembok (2010)


b) Nukilan Rasa 2 – Lirik-lirik Hidup – (2013) Tajuk : Rumah Kedua

Kegiatan dan Sumbangan beliau di Luar Tugas Rasmi

a) Juru Audit MPCK Malaysia (2011-2015)


b) Exco MPSM Selangor (2006-2018)
(i) Penerbitan Buletin MPSM Selangor (2007-2010), (2017)
(ii) Penyumbang Gambar-gambar aktiviti MPSM Selangor untuk Buletin
MPSM Kebangsaan (2008-2018)
c) AJK MPSM Gombak (2004-2014)
d) Mentor kepada 6 orang peserta NPQH/ NPQEL
(i) Pn. Ho Yip Leong (2006)
(ii) En. Ravindran a/l Muthu (2007)
(iii) En. Mohd Yusuf bin Mohd Zin (2009)
(iv) En. Harun bin Othman (2009)
(v) Pn. Fatimah bt Resat (2013)
(vi) En. Kumaravellu a/l (2013)
e) Mentor kepada 3 Pengetua baharu dalam Program Immersion Selangor
(i) Pn. Noraizan bt Brahim, Pengetua Mentee SMK Seri Kundang (2009)
(ii) Pn. Jamilah bt Hussein, Pengetua Mentee SMK Bunga Raya (2009)
(iii) Pn. Jamaliah bt Abu, Pengetua Mentee SMK Taman Desa 2 (2012)
f) ‘Principal Coach’ kepada seorang Pengetua baharu dalam Program Prime
(Program Residency dan Immersion) Pn. Rohaida bt Shaharum Pengetua SMK
Sierramas (2015).

Anda mungkin juga menyukai