Anda di halaman 1dari 23

NUR E’ZZATI BT.

NORIZANBMM 3105

1.0 Pengenalan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang


pendidikan, khususnya teknologi multimedia telah bermula sejak awal tahun
1990-an. Dalam era globalisasi ini, TMK merupakan satu alat yang
mencetuskan anjakan paradigma yang telah mengubah kaedah pendidikan
cara tradisional kepada satu kaedah yang lebih kompeten, fleksibel dan
efektif. Kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada TMK seperti
pembelajaran secara atas talian, sidang video dan sebagainya dapat
membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di
sekolah rendah. Salah satu cara pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu
berbantukan komputer adalah dengan menggunakan aplikasi secara dalam
talian dan di luar talian.

Dalam proses pengajaran dan pembalajaran berbantukan komputer


seorang guru harus mempunyai pengatahuan dan kepakaran dalam
penggunaan, pembinaan, pengurusan, penyimpanan serta mengolah bahan
pengajaran berkaitan ICT. Sebagai seorang bakal guru kami dikehendaki
untuk membuat sebuah tapak pembelajaran yang boleh digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah
rendah.

Dalam tugasan kali ini, penulis telah diminta membina tapak


pembelajaran menggunakan mana-mana perisian. Penulis juga diminta
membina alat pengarangan elektronik bagi membantu pembelajaran Bahasa
Melayu dalam bentuk brosur. Kemudian, penulis juga diminta menghasilkan
satu pakej pembelajaran dengan menggunakan mana-mana aplikasi animasi
yang sesuai.

1
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

2.0 Tapak Pembelajaran ‘Moodle’

Modular Object-Oriented Dynamic Learning atau Moodle dibangunkan


oleh Martin Dougiamas dengan tujuan untuk membantu pendidik membuat
kursus dalam talian dengan tumpuan kepada interaksi dan pembinaan
kerjasama kandungan dalam evolusi yang berterusan. Versi pertama Moodle
telah dilancarkan pada 20 Ogos 2002 dan sehingga Oktober 2012, pengguna
aplikasi ini telah pun mencecah sebanyak 70,793 pengguna melalui laman
web berdaftar dan telah disahkan. Moodle merupakan sumber e-pembelajaran
platform perisian percuma dan perisian ini juga merupakan salah satu ‘Course
Management System’ (CMS) yang juga dikenali sebagai ‘Learning
Management System’ (LMS) atau ‘Virtual Learning Environment’ (VLE).

Moodle merupakan satu aplikasi web percuma yang boleh digunakan


oleh para pendidik untuk mewujudkan laman web pembelajaran yang efektif
dalam talian. Aplikasi ini semakin dikenali oleh golongan pendidik kerana
penggunaan aplikasi ini banyak membantu pendidik dalam melakukan aktiviti
pembelajaran bersama anak murid mereka dalam talian. Pembelajaran
berasaskan ‘moodle’ ini hanya memerlukan komputer sebagai medium
perantara di antara murid dan guru bagi memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran ini berlaku.

Penggunaan aplikasi ‘moodle’ sebagai bahan bantu mengajar sedikit


sebanyak membantu dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan efektif. Selain itu, penggunaan ‘moodle’ juga membantu guru
dalam mendedahkan penggunaan ICT kepada murid. ‘Moodle’ boleh
digunakan sebagai satu landasan untuk menjalani kursus dalam talian
sepenuhnya dan sesetengah pihak juga menggunakan program ini untuk
menambah kursus sampingan yang juga dikenali sebagai pembelajaran
pelbagai. Moodle mempunyai pelbagai ciri dan kriteria yang khusus dan
sesuai digunakan baik di sekolah mahupun institusi pendidikan sebagai bahan
bantu mengajar yang efektif.

Kebanyakan pengguna ‘moodle’ menggunakan modul aktiviti seperti


forum, pangkalan data dan wiki bagi menyuarakan pandangan serta berkongsi
pendapat di antara satu sama lain. Aktiviti ini turut membantu penggunanya

2
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

untuk memberanikan diri dalam menyuarakan pandangan dan pendapat


mereka sekali gus membina masyarakat yang bertoleransi dalam
menyuarakan dan menerima pendapat. Aplikasi ‘moodle’ ini juga turut
digunakan sebagai satu tapak pembelajaran dalam talian bagi menyampaikan
isi pembelajaran kepada murid melalui kewujudan pelbagai aplikasi yang
terdapat di dalam program ini seperti SCORM standard. Selain menggunakan
aplikasi ‘moodle’ ini untuk menyampaikan isi pembelajaran, para pendidik juga
menggunakan aplikasi ini untuk menilai keberkesanan pembelajaran yang
telah dijalankan melalui tugasan atau kuiz yang telah dimasukkan ke dalam
program ‘moodle’ ini.

Pengguna ‘moodle’ dapat memuat turun maklumat yang diingini secara


percuma. Bahkan orang awam yang ingin menjadi ahli juga dibenarkan
mendaftar sebagai ahli. Namun pemilik ‘moodle’ berhak untuk memilih
paparan yang sesuai dan merahsiakan paparan maklumat-maklumat tertentu
kepada orang ramai.

Bagi memenuhi kehendak tugasan penulis kali ini, penulis telah


membina satu tapak pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan ‘moodle’.
Penulis telah melampirkan beberapa keping gambar bagi memberi gambaran
terhadap tapak pembelajaran yang telah penulis bina. Penulis telah
menggunakan ‘moodle’ sebagai bahan bantu mengajar penulis dalam
menyampaikan isi pembelajaran yang penulis ingin sampaikan iaitu
‘Rencamnya Budaya Kita’ yang berfokuskan kepada murid Tahun 6. Berikut
merupakan tapak pembelajaran yang telah penulis bina melalui ‘moodle’.
Tapak pembelajaran yang telah dibina penulis dikenali sebagai ‘Wahana
Bahasa Melayu’.

3
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Gambar 1: Muka depan tapak pembelajaran “Wahana Bahasa Melayu”

Gambar 2: Halaman pertama tapak pembelajaran ‘Wahana Bahasa Melayu’


sebaik sahaja pengguna login

4
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Gambar 3: Terdapat tiga cabang “course” dalam tapak pembelajaran Moodle


yang telah dibina oleh penulis. Tiga bidang tersebut terdiri daripada:

1. Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia


2. Permainan Tradisional
3. Alat Muzik Tradisional Kebanggan Kita

Gambar 4: Terdapat empat topik dalam cabang “Tarian Tradisional


Masyarakat di Malaysia” yang telah penulis hasilkan iaitu:

1. Set induksi

5
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

2. Langkah 1
3. Langkah 2
4. Langkah 3
5. Penutup

Gambar 5: Paparan isi yang terdapat di dalam topik ‘Set Induksi’

Gambar 6: Paparan isi yang terdapat di dalam topik ‘Langkah 3’

6
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

3.0 Brosur

Brosur adalah terbitan tidak berkala yang dapat terdiri dari satu hingga
sejumlah kecil halaman, tidak terkait dengan terbitan lain, dan selesai dalam
sekali terbit. Menurut definisi UNESCO, brosur adalah terbitan tidak berkala
yang tidak dijilid keras, lengkap (dalam satu kali terbitan), memiliki paling
sedikit 5 halaman tetapi tidak lebih dari 48 halaman, di luar perhitungan
sampul.

Brosur memuat maklumat atau penerangan tentang sesuatu produk,


perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum atau dimaksudkan
sebagai kemudahan pengiklanan. Maklumat dalam brosur ditulis dalam
bahasa yang ringkas dan dimaksudkan untuk mudah difahami dalam waktu
yang singkat. Brosur juga direka agar menarik perhatian dan dicetak dengan
menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan yang baik
terhadap produk tersebut. Dalam tugasan kali ini, saya telah menghasilkan
dua jenis brosur yang berlainan tajuk iaitu ‘Etika Penggunaan Internet’ dan
‘Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer’.
Berikut merupakan brosur yang telah saya hasilkan.

BROSUR 1: ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Gambar 7: Muka depan brosur ‘Etika Penggunaan Internet’

7
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Gambar 8: Muka belakang brosur ‘Etika Penggunaan Internet’

BROSUR 2: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


BERBANTUKAN KOMPUTER

Gambar 9: Muka depan brosur ‘Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Melayu Berbantukan Komputer’

8
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Gambar 10: Muka belakang brosur ‘Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Melayu Berbantukan Komputer’

4.0 Pakej Pembelajaran

Pakej pembelajaran merupakan satu koleksi cadangan strategi


pengajaran dan pembelajaran (P&P), aktiviti, bahan sumber dan prosedur
pelaksanaan yang dirancang untuk membantu pelajar menguasai bidang dan
hasil pembelajaran tertentu dalam spesifikasi kurikulum mata pelajaran.
Dalam pakej pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 6, saya telah
menghasilkan rancangan pengajaran harian terlebih dahulu. Kemudian saya
telah menggunakan aplikasi ‘exe’ untuk menyampaikan isi pengajaran. Akhir
sekali, saya telah memasukkan ‘exe’ tersebut ke dalam tapak pembelajaran
Moodle untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran saya.

Dalam pakej pembelajaran ini, saya telah memilih untuk mengajar tajuk
“Pakaian Tradisional Masyarakat di Malaysia” kepada murid-murid Tahun 6.
Tema bagi tajuk tersebut ialah “Seni Tradisi Kebanggaan Kita”. Langkah
pertama yang saya buat sebelum saya mengajar ialah saya telah

9
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

menyediakan Rancangan Pengajaran Harian terlebih dahulu sebagai


panduan mengajar. Berikut merupakan Rancangan Pengajaran Harian yang
telah saya hasilkan.

4.1 Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

Tarikh : 15 Februari (Rabu)


Masa : 0720 – 0820 (60 minit)
Tahun : Tahun 6 Cemerlang
Tema : Seni Tradisi Kebanggaan Kita
Tajuk Pelajaran : Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia
Bilangan Murid : 25 orang

Fokus Utama
4.1 : Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang
sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.
Aras 2 (i) : Menyumbang idea yang bernas dalam sesuatu diskusi dengan
terperinci.

Fokus Sampingan
5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang
dibaca.
Aras 1 (ii) : Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

8.3 : Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang


kemas.
Aras 2 (i) : Menulis ayat dalam tulisan berangkai dengan kemas dan
cantik.

Pengetahuan Sedia Ada :


i) Murid-murid sememangnya tahu tarian tradisional masyarakat di Malaysia.
ii) Murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dan kemahiran membaca
peringkat awal.

Objektif Eksplisit :
Pada akhir pelajaran murid dapat :
i) Menjawab tiga daripada enam soalan yang dikemukakan oleh guru
dan memberikan pendapat mereka tentang sesuatu situasi.

10
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

ii) Membaca lancar tiga daripada lima perenggan petikan “Tarian


Tradisional Masyarakat di Malaysia” dengan sebutan dan intonasi
yang betul berdasarkan lembaran petikan yang diberikan.
iii) Menulis tiga daripada lima ayat berdasarkan perkataan yang
diberikan dalam lembaran kerja.

Sistem Bahasa :
i) Tatabahasa : Kata hubung
ii) Kosa kata : tradisional, menular, aktif, ragam dan gesekan

Pengisian Kurikulum :
i) Ilmu : Kebudayaan, Muzik
ii) Nilai murni : Rasional, bersyukur

Kemahiran Bernilai Tambah :


i) Kemahiran berfikir : Membanding dan membezakan
ii) Belajar Cara Belajar : Bacaan mentalis, bacaan mekanis dan
bacaan secara individu.

Isi Pelajaran :
i) Gambar
ii) Petikan teks ”Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia”
iii) Tatabahasa – kata hubung
iv) Kosa kata

Bahan Sumber Mengajar


i. Petikan teks
ii.Muzik
iii. Gambar
iv. Lembaran Kerja
v. LCD projektor & Laptop

11
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran

Set induksi Gambar: 1. Guru menunjukkan TKP


(5 minit)  Tarian gambar tentang - Verbal
Sumazau beberapa jenis tarian
linguistik
 Tarian tradisional yang
terdapat di Malaysia. - Interpersonal
Sewang
 Tarian 2. Murid bersoal jawab
Zapin dengan guru mengenai Strategi
 Tarian gambar yang - Berpusatkan
Bharatanatya dipaparkan. murid
m 3. Murid digalakkan
 Tarian berbual dengan rakan
BSM
Singa dalam memberikan
pendapat mereka - Gambar
tentang soalan yang
Contoh Soalan :
dikemukakan oleh Teknik:
1. Apakah yang guru. - Soal jawab
telah anda 4. Guru mengaitkan
perhatikan di gambar tersebut Penilaian HP
dalam dengan isi pelajaran.
FU 4.1 Aras :
paparan
2(i)
gambar tadi?
2. Pada
pendapat
anda,
bagaimanaka
h cara untuk
mengekalkan
tarian
tradisional
masyarakat
kita?

Perkembangan Petikan 1. Guru mengedarkan Strategi : BCB:


Langkah 1 ”Tarian petikan teks bertajuk ” - Bacaan
Tradisional Tarian Tradisional mentalis
(20 minit)
Masyarakat di
Masyarakat di - Bacaan
Malaysia” kepada
Malaysia” murid. mekanis
2. Murid-murid diminta - Bacaan
Soalan untuk membaca teks secara
Kefahaman petikan secara senyap individu
1. Apakah yang terlebih dahulu.
dimaksudkan 3. Guru meminta murid- TKP:
dengan murid membaca
- Verbal
petikan beramai-ramai

12
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

“Zapin”? dengan intonasi yang linguistik


2. Mengapakah betul - Interpersonal
tarian 4. Beberapa orang murid - Kinestetik
tradisional membaca petikan
perlu secara individu.
Nilai murni:
dikekalkan? 5. Guru membimbing
3. Kenal pasti murid lemah membaca - Bersyukur
istilah dan teks dengan lancar dan - Menghargai
ayat yang dengan intonasi yang
menarik betul BSM:
dalam teks. 6. Guru menyoal murid - Petikan teks
mengenai isi petikan - Slaid
yang dibaca
Powerpoint
berdasarkan soalan
kefahaman yang
diberikan. Penilaian HP
FS 5.2 Aras 1(ii)

Perkembangan Sistem Bahasa 1. Guru mengedarkan Kemahiran


Langkah 2 Kosa kata: petikan teks bertajuk Berfikir:
(15 minit) 1. Tradisional ”Tarian Zapin” kepada - Menjana
murid-murid
2. Menular idea
2. Murid-murid membaca
3. Aktif kosa kata yang
4. Ragam dimerahkan dalam TKP:
5. Gesekan petikan. - Verbal
3. Murid dibimbing linguistik
mencari makna - Interpersonal
perkataan yang - Naturalis
terdapat didalam
- kinestetik
petikan tersebut.
4. Guru memaparkan
perkataan mengenai Ilmu:
kosa kata pada - Kebudayaan
paparan slaid dan
meminta beberapa Nilai:
orang murid meneka - Bersyukur
makna perkataan
- Menghargai
tersebut.
5. Guru meminta murid-
murid membina ayat BSM:
dengan menggunakan - Slaid
perkataan tersebut powerpoint
dalam bentuk tulisan - Petikan teks
berangkai.
Penilaian HP
FS 5.2 Aras 1(ii)
FS 8.3 Aras 2 (i)

13
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Langkah 3 Latihan bertulis 1. Guru menerangkan TKP :


(15 minit ) maksud kata hubung 1. Verbal
Kata hubung kepada murid. linguistik
2. Guru memaparkan 2. Intrapersonal
contoh ayat yang
Penerapan menggunakan kata Sistem Bahasa
Tatabahasa: hubung pada paparan 3. Kata hubung
slaid.
Kata hubung – 3. Guru meminta murid Strategi
digunakan untuk membaca ayat-ayat 4. Pendekatan
menghubungkan yang menggunakan Deduktif
kata dengan kata hubung yang
kata, frasa dipaparkan pada slaid. Kemahiran
dengan frasa 4. Guru mengedarkan Berfikir
dan ayat dengan lembaran kerja kepada 5. Menjana
ayat. murid-murid. Idea
5. Guru membahagikan
lembaran kerja
mengikut tahap
Pemulihan kecerdasan murid- BSM
Menjawab murid. - Slaid
soalan aneka Powerpoint
pilihan dengan Pemulihan - Lembaran
kata hubung - Guru meminta
yang sesuai. kerja
murid-murid
menjawab soalan
Pengayaan aneka pilihan Penilaian HP
Mengisi tempat dengan pilihan FU : 4.1 Aras 2
kosong dengan jawapan yang (i)
kata hubung tepat. FS : 5.2 Aras 1
yang sesuai. - Guru membimbing (ii)
murid-murid
menjawab soalan
pada lembaran
kerja tersebut.

Pengayaan
- Guru mengedarkan
sebuah petikan
teks yang bertajuk
“Kisah Si Adik
Kecil” kepada
murid-murid.
- Guru meminta
murid-murid
mengisi tempat
kosong dengan
kata hubung yang
sesuai.

14
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

- Guru membimbing
murid-murid
menjawab soalan
tersebut.

Nyanyian lagu TKP:


Penutup Wau Bulan 1. Guru memaparkan - Verbal
(5 minit) lagu ‘Wau Bulan’ linguistik
menggunakan slide - Muzik
Rumusan isi
power point
pelajaran. 2. Murid membaca lirik Nilai murni:
-Kita lagu dengan sebutan - Bersyukur
hendaklah dan intonasi yang betul
- Menghargai
sentiasa 3. Guru memainkan
menghargai muzik lagu ‘Wau Bulan’
4. Murid dan guru Ilmu :
seni tari di
menyanyi bersama- Muzik
negara kita.
sama
5. Guru meminta murid Penilaian HP
secara sukarela FU : 4.1 Aras
menyatakan isi
2(i)
pelajaran dan nilai-nilai
yang telah dipelajari.

Aktiviti susulan : Murid membuat buku skrap yang mengandungi kepelbagai


jenis tarian tradisional masyarakat di Malaysia.

4.2 EXE

Berikut pula merupakan EXE yang telah saya hasilkan bagi membantu
menyampaikan isi pengajaran.

15
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Gambar 11: EXE saya yang pertama mengandungi set induksi yang
memaparkan beberapa jenis tarian tradisional yang terdapat di Malaysia dan
beberapa soalan untuk sesi soal jawab juga telah disediakan.

Gambar 12: EXE saya yang kedua pula memaparkan petikan “Tarian
Tradisional Masyarakat di Malaysia” dan beberapa soalan kefahaman juga
disediakan.

Gambar 13: Dalam EXE yang ketiga ini pula, saya telah membawa murid
mengenalpasti beberapa kosa kata yang terdapat di dalam petikan “Tarian

16
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Zapin” dan mencari makna kosa kata tersebut. Kemudian, saya meminta
murid membina ayat bagi kosa kata tersebut dalam tulisan berangkai.

Gambar 14: Bagi EXE yang keempat ini, saya telah membawa murid
mempelajari ilmu tatabahasa Kata Hubung. Dalam EXE ini juga, terdapat dua
cabang latihan iaitu Pemulihan dan Pengayaan.

Gambar 15: Bagi latihan pemulihan, saya telah membawa murid menjawab
soalan aneka pilihan seperti yang ditunjukkan dalam EXE di atas.

17
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Gambar 16: Bagi latihan pengayaan pula, saya telah membawa murid
mengisi tempat kosong bagi kata hubung yang sesuai seperti yang
ditunjukkan dalam gambar di atas.

Gambar 17: Akhir sekali, saya telah membawa murid menyanyikan lagu “Wau
Bulan” sebagai penutup bagi sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk
tersebut.

18
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

4.3 Moodle

Berikut pula merupakan Moodle yang telah saya hasilkan:

Tekan
sini.

Gambar 19: Masukkan “Username” dan “Password” untuk masuk ke dalam


Moodle. Tekan “Login” untuk masuk ke dalam tapak pembelajaran

Gambar 20: Halaman depan Moodle “Wahana Bahasa Melayu”. Moodle akan
memaparkan tiga course yang terdapat dalam tapak pembelajaran seperti
yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

19
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Tekan
sini.

Gambar 21: Jika pengguna ingin melihat maklumat yang lebih lanjut tentang
tajuk “Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia”, pengguna perlu menekan
“Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia”

Tekan
sini.

Gambar 22: Kemudian, Moodle akan memaparkan tajuk “Pakaian Tradisional


Kebanggaan Kita” dan tekan pada bahagian tersebut untuk melihat topik
pengajaran

20
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Gambar 23: Terdapat beberapa cabang dalam “Pakaian Tradisional” seperti


yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Sekiranya pengguna ingin melihat
Set Induksi, pengguna perlu tekan pada bahagian tersebut dan begitu juga
untuk bahagian yang seterusnya seperti Langkah 1, Langkah 2, Langkah 3
dan Penutup.

Tekan
sini.

Gambar 24: Sekiranya pengguna ingin melihat isi pembelajaran yang lain,
pengguna perlu menekan ‘exit activity’ untuk keluar.

21
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

Gambar 25: Sekiranya pengguna ingin melihat isi pembelajaran yang


terkandung dalam Pengayaan, pengguna perlu tekan pada ‘Pengayaan’.

Tekan
sini.

Gambar 26: Sekiranya pengguna ingin keluar dari Moodle, maka pengguna
perlu menekan pada bahagian ‘Logout’.

22
NUR E’ZZATI BT. NORIZANBMM 3105

5.0 Rumusan

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara


kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan
masa kini kerana mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan
penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Namun begitu guru Bahasa
Melayu menghadapi beberapa masalah dan kekangan dalam melaksanakan
pengajaran menggunakan komputer .

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Encik Yahya Othman,Phd


dan .En Roslan Baki Phd dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
UPM menunjukkan guru menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan
komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer.
Namun begitu kursus yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran
multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang
diberikan perhatian.

Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak


positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Namun kekangan utama
yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan
komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran
manakala pelajar pula kurang berminat dalam pembelajaran.

Guru Bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu


mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu
komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu
bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan
pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.

23

Anda mungkin juga menyukai