Anda di halaman 1dari 7

Tun Fatimah melawan China &

Saudi
Faisal Tehrani
8 Mei 2018, 5306 petang (Dikemaskini 8 Mei 2018, 5312 petang)

Di dalam sesebuah pilihan raya umum sesebuah negara, kadang-


kala isu dasar luar turut menjadi pertimbangan seseorang pengundi.
Seharusnya pengundi yang matang akan turut menekuni polisi atau
dasar luar parti yang menyandang, dan juga menilai dasar luar yang
ditawar parti pesaing.

Untuk sebuah negara yang kecil seperti Malaysia; sebarang


tawaran, derma, bantuan pinjaman, pelaburan, ‘belaian manjaʼ
sesebuah negara yang lebih berkuasa haruslah diberi perhatian
besar oleh masyarakat setempat.

Bukanlah bermakna kita perlu mencurigai setiap negara dan


mengambil sikap lampau waspada, tetapi barang diingat - negara
yang mempunyai kepentingan mungkin sahaja menuntut sesuatu

https://m.malaysiakini.com/columns/423725 10/05/2018, 11<36 AM


Page 1 of 7
sebagai imbal balas. Dalam hal ini, ia dinamakan quid pro quo.

Berdasarkan rekod, dua buah kuasa yang perlu dicurigai adalah


China dan Arab Saudi.

China, adalah salah sebuah negara yang mempunyai rekod


pelaburan perniagaan yang perlu diperhati. Adalah menjadi
pendapat umum bahawa apabila China mendanai atau melabur
sesuatu projek infrastruktur, kebiasaannya ia akan dikendalikan oleh
pekerja dari China. Kuasa atau pelabur China ini tidak berkongsi
pengalaman atau kepandaian. Ia dilakukan sambil menorah
keuntungan berlipat kali ganda. Pelaburan China dilihat rata-rata
berpotensi menjadi satu ‘penaklukanʼ.

Pelabur China juga sering dirujuk sebagai penindas dan pencabul


hak asasi manusia. Di benua Afrika, yang kuasa China sedang
mendesak-desak masuk ke rantau itu, rekod pencabulan hak asasi
manusia semakin dipersoal. Steve Tsang, Pengarah SOAS China
Institute di London dalam tahun 2017 pernah menyatakan betapa
saiz dan pengaruh ekonomi China mengakibatkan sesiapa pun
mendiamkan diri terhadap isu hak asasi manusia. Pada tahun 2011,
sebagai misalan, buruh Zambia di lombong kepunyaan pelabur
China mengalami lingkungan kerja yang buruk dan tidak selamat,
jumlah jam bekerja yang terlalu lama, serta ancaman sekiranya
melakukan aduan atau bantahan.

China sering ‘menjualʼ pelaburannya sebagai “Beijing Consensus”


yang kononnya merupakan satu sikap baharu dalam politik
pembangunan, dengan menekankan konsensus dan keseimbangan
kuasa. China juga berusaha meletakkan dirinya, bukan seperti kuasa
Barat, bahawa ia sebuah kuasa baharu yang menghargai konsep
multilateralisme, dan keharmonian bersama (peaceful co-

https://m.malaysiakini.com/columns/423725 10/05/2018, 11<36 AM


Page 2 of 7
existence).

Namun demikian, pengalaman Afrika menunjukkan Beijing tidaklah


sejujur yang disangka. Sekali lagi – quid pro quo – China untuk
mengekalkan pelaburannya, telah sebagai contoh, melalui
syarikatnya, membekalkan senjata kepada Sudan agar terus
menekan puak pemisah di Selatan Sudan. Sokongan ketenteraan
China terhadap rejim tertentu di Afrika didorong oleh keinginan
untuk menguasai sumber alam. Rentetan dari campur tangan pintu
belakang itu, China juga diketahui menarah hutan di Democratic
Republic of Congo. Ia diburukkan oleh sikap pelabur dari Beijing
yang enggan bertanggungjawab atau menyekat jenayah yang
berleluasa ini.

Pengalaman Afrika

Pengalaman benua Afrika tersebut jika dihurai satu persatu sangat


menakutkan dan membawa kepada satu fakta; bahawa
kemerdekaan dan kedaulatan mana-mana negara yang berurusan
dengan China sangat terancam. Pembelian maruah dan jiwa
penguasa negara sasaran China itu tidak terhad di negara-negara
Afrika. China sedang membeli jiwa pemimpin di negara-negara yang
ingin dikuasainya. Ambil sahaja bagaimana duit China membeli
pimpinan Hungary. Bukan sahaja pelaburan China dialu-alukan,
sebarang kritikan terhadap China dengan segera ditangkis. Malah,
Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban itu meloncat menjadi
jurucakap China pula bahawa ‘mana-mana pihak yang cuba
menyekolahkan Beijing mengenai hak asasi manusia adalah sangat
menjengkelkan.ʼ

Lihat pula Sri Lanka, yang mempunyai pengalaman buruk


bagaimana tergadainya tanah dan pelabuhan Hambantota selama

https://m.malaysiakini.com/columns/423725 10/05/2018, 11<36 AM


Page 3 of 7
99 tahun kepada China. Pengalaman berhutang dengan China
menunjukkan bagaimana kuasa itu membaham pelabuhan strategik
negara tersebut hanya dengan nilai 1.12 bilion dolar Amerika. Sri
Lanka yang bergelut dengan hutang terpaksa merelakan pelabuhan
tersebut menjadi tanah China. Di Malaysia, China sedang meluaskan
pengaruh menerusi projek ECRL, Taman Perindustrian Kuantan
Malaysia-China (MCKIP) di Gambang serta pembangunan Forest
City di Iskandar Malaysia di Johor.

Sebuah lagi negara yang bermasalah ialah Arab Saudi. Seperti


China, rekod hak asasi manusia Saudi sangat buruk. Serangan
saban hari dan bloked negara itu terhadap negara jirannya Yemen
mendiamkan siapa sahaja. Jika suara tangis anak di Syria terasa
sangat diwakili, esak perit anak-anak Yemen baik kerana digugurkan
bom Saudi buatan syarikat senjata Barat, atau kerana kebuluran
tidak pernah dipedulikan. Ini kerana Saudi juga membeli jiwa
penguasa negara-negara di dunia.

Di bawah Muhammad Bin Salman, putera raja itu ternyata belajar


dari pengalaman dan taktik China. Di Barat, demi mendiamkan rekod
hak asasi manusianya yang buruk; Saudi sedang melabur dalam
bidang dan industri teknologi maklumat. Pada tahun 2017, akhbar
The New York Times sendiri sedang mengkritik kemasukan wang
yang banyak ke Amerika Syarikat. Menurut pengarang untuk akhbar
itu, Farhad Manjoo:

‘Wang dari rejim yang dikritik kerana rekod hak asasi manusianya –
Arab Saudi khasnya, yang mempunyai rencana untuk menyuntik
modal berbilion dollar untuk syarikat teknologi maklumat menerusi
syarikat milik negaranya – Public Investment Fund — membawa
pelbagai pertanyaan. Dengan menerima pelaburan ini, syarikat
teknologi maklumat ini akan menjenama semula produk global

https://m.malaysiakini.com/columns/423725 10/05/2018, 11<36 AM


Page 4 of 7
mereka seraya mengambil berbilion dolar dari kerajaan yang
menghalang semua sasaran murni – kerajaan yang ada masalah
dengan kumpulan hak asasi manusia, yang mendiskriminasi wanita,
yang tiada sistem perundangan yang teratur, yang mempromosi
Islam ekstrim tanpa tolak ansur sama ada meraikan keberagaman
beragama mahupun intelektual.ʼ

Dr Farouk Musa dari Islamic Rennaisance Front (IRF) pernah


mengkritik cadangan memberikan tanah seluas 16 hektar kepada
Arab Saudi untuk membina Pusat Keamanan Antarabangsa Raja
Salman (KSCIP) di Putrajaya, dengan segera membantah; “Arab
Saudi ialah penaja terbesar kepada keganasan di dunia hari ini. Dan
ideologi Arab Saudi kekal menjadi sumber kepada ekstremis Islam
paling radikal. Kita tidak boleh lupa dengan laporan sulit AS
sebanyak 28 halaman yang didedahkan oleh Kongres pada Julai
2016, jelas membuktikan penyerang 9/11 disokong individu
berkaitan dengan kerajaan Arab Saudi sendiri. Tindakan keganasan
Arab Saudi tidak terhenti dengan 9/11. Ia berterusan hingga hari ini
dan pengeboman tanpa belas kasihan terhadap Yaman, termasuk
orang awam. Dan lihat bagaimana mereka mendanai ceramah
kebencian di seluruh dunia Islam.”

Pelepasan GST

Kewujudan ‘King Salman Centre for International Peace (KSCIP)ʼ di


Malaysia ini memang sedikit aneh. Fungsinya adalah untuk
memahami bagaimana caranya mengatasi masalah terorisme, di
atas sebidang tanah yang amat luas. Sedangkan negara yang
menginisiatif kajian mengenai terorisme ini sendiri terbukti adalah
penyebar keganasan di seluruh dunia menerusi doktrin rasmi negara
tersebut, iaitu Wahhabisme.

https://m.malaysiakini.com/columns/423725 10/05/2018, 11<36 AM


Page 5 of 7
Di sebalik kekhuatiran mengenai pengaruh takluk China dan niat
sebenar Arab Saudi, seperti yang terlihat di mana-mana; kedua-dua
kuasa ini juga secara aneh terlibat dengan pelbagai isu yang
ditimbulkan dalam pilihanraya kali ini. Baik kerana pelepasan GST,
atau pun bagaimana adanya wang Saudi total 681 juta mengalir
‘tanpa sebab kukuhʼ di negara ini ketika pilihan raya umum ke-13.

Kita berada dalam tahun 2018. Kita tidak perlu lagi membayar ufti
kepada China, dan tidak perlukan lagi tunjuk ajar cara beragama
daripada saudagar Jeddah seperti di zaman Kesultanan Melayu
Melaka.

Pilihan raya umum kali ini adalah sangat penting bukan kerana
memilih si tua atau si bibir merah semata-mata. Ia bukan sangat
mengenai parti-parti atau kartel yang sedang bersaing. Itu
memanglah resmi politik. Pilihan raya kali ini, kita turun kerana ia
sebenar-benar mengenai generasi cucu cicit kita yang akan datang;
sama ada anak-anak kita akan menjadi hamba China atau
dirosakkan akal dan rohani mereka oleh kuasa Wahabbi dari Saudi.
Tidak dapat dibayangkan jika saudagar kita sudah menjadi pelahap
kepada wang China sehingga tidak mempedulikan lagi hak asasi
manusia dan nasib masyarakat, sementara agamawan pula menjadi
nanar kerana riyal dan petro-dolar sehingga menyembah dajal
moden. Duit menjadikan manusia keras hati.

Sebagai rakyat, kita tidak banyak pilihan. Kita harus menjadi Tun
Fatimah. Yakni meski pernah nestapa oleh kedurjanaan Sultan
Mahmud yang membunuh keluarga dan suaminya, dia memilih
kekinian. Tun Fatimah terpaksa bersama-sama si pembunuh itu
menyelamatkan Melaka dari serangan Portugis pada tahun 1511.
Tentu, Fatimah tidak memaafkan Mahmud. Tiada sebab Mahmud
dimaafkan. Akan tetapi itulah pilihan yang waras di saat genting

https://m.malaysiakini.com/columns/423725 10/05/2018, 11<36 AM


Page 6 of 7
tersebut. Pilihan raya ini adalah mengenai kemerdekaan, kedaulatan
nusa bangsa, dan kesucian agama. Kuasa di tangan anda, pengundi.

FAISAL TEHRANI pengarang dan felo pengkaji di Institut Alam dan


Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya


mencerminkan pendirian Malaysiakini.

https://m.malaysiakini.com/columns/423725 10/05/2018, 11<36 AM


Page 7 of 7

Anda mungkin juga menyukai