Anda di halaman 1dari 1

BERBEKAMLAH KERANA BERBEKAM DAPAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT

1. Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam
pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”
(Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)

2. Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya
sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (Shahih
Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/204))

3. Dari Anas bin Malik radhiallaahu ‘anhu, dia bercerita: ” Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi
wasallam biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa
berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR, Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad,
sanad shahih)

4. Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata: “Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda:
‘Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang
dapat membunuh kalian’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))

Ibnu Sina di dalam kitabnya Al-Qaanun mengatakan: “Diperintahkan untuk tidak berbekam di
awal bulan kerana cairan-cairan tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak di akhir
bulan kerana boleh jadi cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana itu
diperintahkan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergolak
keras dan mencapai puncak penambahannya kerana Gaya Gravitasi Bulan yang sangat Kuat
saat pertengahan Bulan”

Imam asy-Syuyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut
kosong itu adalah paling baik dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang
hendak berbekam untuk tidak makan-makanan berat 3-4 jam sebelumnya.

Imam Ibnul Qayyim AlJauzi dalam kitabnya Ath-Thibbun An-Nabawi, beliau mengatakan, “hadis-
hadis diatas telah disepakati oleh para perawat muslim, bahawa berbekam pada waktu kedua
dan waktu ketiga (pertengahan bulan) adalah lebih bermanfaat daripada di awal atau akhir
bulan. Namun apabila kerana adanya suatu keperluan mendesak untuk pengubatan
(maksudnya; bila ada seseorang yang sedang sakit), maka masa bekam dilakukan tetap
bermanfaat”.

Maksud pendapat Ibnul Qayyim adalah, apabila seseorang tengah menderita suatu penyakit
(merasakan sakit / pening / kaku di daerah kedua pundak/bahu, leher, tengkuk dan kedua
belikat), maka pada saat seperti itulah bekam sangat bermanfaat untuk dilakukan sebagai
tindakan kurativ / pengubatan.

Sebahagian orang ada yang malas berbekam. Minimal dia berbekam 6 bulan / setahun sekali
agar darah “kotornya” boleh dikeluarkan untuk diganti dengan darah baru yang segar.

Namun saat orang tersebut menderita penyakit darah tinggi, misalnya kadar darah 190/120 dan
kepala sudah pusing/ pening, sebaiknya bekam dilakukan sebulan sekali. Paling lama 2 bulan
sekali. Jangan sampai 6 bulan lebih tidak dibekam sehingga ia mungkin boleh terkena stroke.

Oleh kerana itu jika kita mempunyai penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, asam urat,
atau penyakit lain yang boleh dikaitkan dengan darah, sebaiknya rutinkan diri dengan berbekam
agar penyakit tidak menjadi parah. Yakinlah bahawa setiap penyakit ada ubatnya.

Anda mungkin juga menyukai