Anda di halaman 1dari 12

AMALAN ASAS RAWATAN DAN PEMULIHAN DIRI DARI

SIHIR,SAKA& GANGGUAN JIN

Ikhtiar Oleh Pesakit


Berdasarkan pengalaman penulis dalam meruqyah pesakit didapati bagi
pesakit gangguan jin tahap sederhana dan serius, biasanya gangguan jin
pada diri pesakit senang untuk berulang kembali setelah beberapa
ketika.Samada selang beberapa tahun, bulan, minggu, ataupun hari. Ramai
pesakit yang tidak memahami hakikat ini dan terlalu mengharapkan bantuan
perawat sepenuhnya sehingga akhirnya mereka berputus asa setelah
gangguan jin kembali menguasai diri mereka setelah beberapa kali
menjalani rawatan.

Pesakit perlu sedar yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Maka


seharusnya pesakit memohon taubat kepada Allah sehingga hati dekat
dengan Allah.Sesudah itu barulah pesakit memohon pertolongan kepada
Allah supaya diberikan kesembuhan. Namun doa semata-mata tidak
memadai. Pesakit perlu pula berikhtiar dengan melakukan rawatan
samada menemui perawat atau meminta ahli keluarga yang
berkemampuan untuk meruqyah pesakit.

Bagi pesakit gangguan jin tahap kritikal, pesakit perlu diruqyah secara
berkala.Contohnya samada 4kali sebulan, 3kali sebulan, 2kali sebulan,
ataupun sebulan sekali.Bergantung mengikut kesesuaian masing-masing.
Tiada ketetapan khusus akan jumlah kekerapannya.Terpulang kepada
pesakit atau kaum keluarga yang menentukan kadar kekerapan tersebut
berdasarkan pertimbangan masing-masing.Apabila semakin stabil maka
kadar kekerapan rawatan ini bolehlah dikurangkan dari masa ke semasa
sehingga diyakini pulih sepenuhnya. Namun sekiranya selepas jalani
rawatan pesakit dapat merasai pulih sepenuhnya maka memadai melakukan
penjagaan sendiri iaitu dengan beramal dengan amalan-amalan ruqyah
pada diri.

Harus diberi perhatian, tindakan mencampur adukkan kaedah rawatan


antara rawatan Islam ruqyah syar’iyyah dengan rawatan perbomohan syirik
merupakan salah satu faktor pesakit semakin sukar sembuh, bahkan berisiko
untuk bertambah teruk. Amalan- amalan khurafat yang dilakukan didalam
rawatan perbomohan syirik tidak ubah seperti tindakan menyihir diri sendiri.
Menemui tukang bomoh yang melakukan upacara-upacara khurafat
terhadap pesakit, atau mengajar pesakit supaya melakukan amalan
khurafat akhirnya menyebabkan gangguan jin pada pesakit akan bertambah
kritikal. Maka sepanjang menjalani rawatan dan proses pemulihan, pesakit
mestilah disiplin menjalani kaedah rawatan Islam ruqyah syar’iyyah sahaja.
Carilah perawat yang benar- benar mengikut kaedah rawatan Islam dengan
membaca ayat-ayat suci al- Quran dan doa-doa sahaja tanpa menyelitkan
unsur-unsur khurafat dan syirik.

Penulis berpendapat adalah baik juga sekiranya pesakit menemui


seseorang perawat yang diyakini syari’e(bukan bomoh syirik), pesakit
selesa dengannya,malahan didapati ada kesan perubahan yang positif
sepanjang merawat dengannya maka adalah digalakkan untuk pesakit
disiplin menjalani rawatan secara berkala hanya dengan perawat tersebut
sahaja supaya proses kesembuhan dapat berjalan lancar dari masa ke
semasa.
Namun pendapat ini bukanlah menjadi kewajiban untuk berbuat sedemikian.
Secara umumya pesakit bebas untuk menjalani rawatan dengan sesiapa
sahaja dan bebas untuk menukar perawat. Asalkan perawat yang ditemui
menepati kaedah rawatan Islam.

Harus difahami, hanya menemui perawat atau diruqyah semata-mata tidak


cukup memadai bagi membantu pesakit untuk benar-benar pulih
sepenuhnya. Pesakit memerlukan kombinasi antara menemui perawat, dan
pada masa sama diri sendiri atau pihak keluarga juga perlulah berusaha
melakukan amalan ruqyah terhadap pesakit supaya proses kesembuhan
diri akan berjalan lancar dan tidak terbantut.
Mendengar MP3 Ayat Suci Al-Quran Setiap Masa.
Adalah disarankan untuk pesakit membaca ataupun mendengar rakaman
ayat suci al-Quran setiap hari dalam tempoh yang lama. Contohnya dalam
tempoh 30hari. Rakaman ini sewajarnya diperdengarkan kepada pesakit
bermula dari pagi, petang, dan malam. Penulis berpendapat waktu malam
semasa hendak tidur perlu diberi penekanan. Kerana umumnya majoriti
pesakit gangguan jin mengalami masalah sukar tidur malam dan sering
terjaga malam tanpa sebab. Jadi pesakit atau pihak keluarga bolehlah
memasang MP3 bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada waktu pagi,petang
dan terutamanya sewaktu hendak tidur untuk didengari oleh pesakit. Jika
sewaktu hendak tidur tidak perlu dipasang terlalu kuat.Memadai pada kadar
perlahan yang masih boleh didengari di telinga secara aman setiap sebutan
ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan.

Biasanya bagi kategori gangguan jin tahap serius, memperdengarkan


bacaan ayat suci al-Quran akan menyebabkan pesakit menjadi
gelisah,sedih,takut,mengantuk,rasa kepanasan, rasa ingin meraung dan
sebagainya. Pesakit perlu bertahan dari tekanan ini dan cuba mendengar
rakaman tersebut(Sewajarnya dibawah pantauan keluarga dan orang
terdekat). InsyaAllah perasan negatif ini akan beransur hilang dari masa ke
semasa sehingga pesakit benar-benar merasa aman dan selesa mendengar
ayat suci al-Quran ini pada hari-hari berikutnya. Jika selepas 30 hari dan
pesakit telah pulih, adalah digalakkan juga untuk pesakit mengekalkan
mendengar ayat-ayat suci al-Quran tersebut walaupun mungkin tidak
sekerap 30 hari pertama. Kerana melazimi diri dengan mendengar bacaan
ayat-ayat suci al-Quran ini jauh lebih baik dari mendengar sesuatu yang
melalaikan. Insyaallah mudah-mudahan ianya menjadi terapi untuk
menguatkan dalaman pesakit selepas sembuh.
Amal Mandian Bidara dan Minum Air Bidara
Selain itu pesakit disarankan untuk mengamalkan mandian bidara secara
rutin dan berkala. Contohnya mandi bidara 1-3kali seminggu selepas waktu
Asar menghampiri Maghrib(hanya cadangan). Apabila diyakini telah stabil
mandilah sekurang-kurangnya 1-3kali sebulan. Tiada ketetapan khusus
kadar kekerapannya. Ini hanyalah contoh cadangan.Sebaiknya dikurangkan
apabila mula rasa stabil. Namun disarankan amalan mandian bidara
diteruskan secara istiqamah sepanjang hayat(sekurang-kurangnya 1-3kali
sebulan). Air bidara dijadikan sebagai bilasan terakhir selepas mandi dan
tidak perlu lagi dibilas dengan air lain.Digalakkan menggunkan daun bidara
dengan jumlah yang ganjil seperti 7 atau 13 helai lalu ditumbuk lumat dan
dicampurkan didalam air.

Amalkan pengambilan air bidara untuk diminum pada kadar yang


sederhana. Contohnya separuh gelas(2-3 teguk), 1-3kali seminggu. Apabila
telah stabil jadikan amalan minum air daun bidara ini secara rutin sekurang-
kurangnya 2-3kali sebulan. Ini hanyalah suatu bentuk cadangan yang tidak
menjadi kewajiban. Harus diingatkan amalan pengambilan minuman air daun
bidara ini perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu kerana
kondisi tubuh setiap orang adalah berbeza. Mungkin air daun bidara tidak
sesuai untuk anda.

Cara menjampi air daun bidara untuk dijadikan air mandian atau air
minuman.

a) Baca al-Fatihah, 3kul ,ayat kursi,kemudian tiupkan didalam air yang


telah dicampurkan dengan daun bidara yang ditumbuk lumat.
b) Bacalah doa-doa kesembuhan dari hadith nabi S.A.W kemudian tiupkan
didalam air tersebut.Jika tidak tahu, memadai baca doa dalam bahasa
yang difahami. Contoh doa,”Ya Allah jadikanlah air ini sebagai penawar
terhadap segala jenis sakit dan penyakit.Samada disebabkan oleh
sihir,saka,penyakit ain,gangguan jin dan selainnya”. Kemudian tiupkan
didalam air selepas membaca doa.
Namun terdapat inisiatif lain sekiranya pesakit menghadapi kesukaran untuk
mencari dan mendapatkan daun bidara. Pesakit bolehlah menggunakan
sabun mandian yang dirumuskan khas dengan daun bidara yang banyak
dijual di pasaran. Jika tiada di lokasi anda, bolehlah dapatkannya dengan
kami. Whatsapp 011-10145363 untuk tempahan sabun bidara.

Cara penggunaan sabun bidara :


a) Basahkan seluruh anggota badan.
b) Sabun seluruh anggota badan.
c) Cuba fokuskan/lebihkan sabun sehingga berbuih terutamanya di
tempat yang biasanya sakit.Contohnya sabun sampai berbuih di
anggota perut yang sering kembung dan sakit, di kedua belah
belakang bahu yang sering sakit, dan sebagainya. Semasa sabun
pada anggota yang sakit niatkan mudah-mudahan dihilangkan derita
sakit pada bahagian anggota yang sakit tersebut.

Berendam Dengan Air Bidara

Berdasarkan pandangan sesetengah perawat yang berpengalaman, bagi


gangguan jin yang serius adalah digalakkan pesakit berendam didalam air
bidara. Contohnya berendam di dalam kolah ataupun tab mandi. Caranya
tumbuk samada 7helai,ataupun 13helai daun bidara sehingga lumat lalu
dicampurkan didalam air yang hendak berendam.Ditambahkan lagi air
tersebut dengan sedikit air yang telah diruqyah.Contohnya sebotol air yang
telah diruqyah dicampurkan didalam air yang memenuhi kolah. Pesakit
disarankan berendam dalam tempoh 10-20minit dibawah pantauan keluarga
bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Cubalah amalkan
berendam dengan air bidara ini sekitar 2-3kali seminggu.Jika semakin reda
memadai hanya mandi air bidara sahaja tanpa perlu lagi berendam. Ini
hanyalah contoh inisiatif yang boleh diikhtiarkan dan tidaklah menjadi
kewajiban.Apatah lagi sekiranya mendatangkan kerumitan kepada pesakit
untuk melakukannya maka memadai amalkan mandian bidara seperti biasa
tanpa perlu berendam dengan air bidara.Jika pesakit uzur dan sukar untuk
mandi memadai lapkan pada badannya air bidara.
Tidak Boleh Hanya Bergantung Pada Perawat

Kebergantungan kepada perawat semata-mata tidak cukup memadai jika


ingin benar-benar merdeka dari cengkaman gangguan jin pada diri.
Peruqyah(perawat) ibarat doktor. Doktor hanya mampu merawat sewaktu
pesakit dibawa ke hospital. Apabila pesakit telah stabil dan boleh keluar dari
hospital maka pesakitlah pula yang perlu menguruskan dirinya di rumah.
Bermula dari berpantang, tidak makan sesuatu yang memudaratkan
kesihatan, mengamalkan kehidupan sihat, disiplin dalam pengambilan ubat-
ubatan dan menjalani rawatan dengan doktor secara berkala(bagi penyakit
kronik). Maka tidak jauh bezanya dengan masalah gangguan jin yang serius
bagi memastikan pesakit berada didalam kondisi yang benar-benar stabil
sehingga pulih.Berikut adalah amalan-amalan sunnah yang paling asas
yang wajar diamalkan oleh pesakit pada setiap hari bagi membentengi diri
dari gangguan jin jenis syaitan.

Elak Makan Makanan Masam,Pedas Serta Elak Minum Teh

Berdasarkan pengamatan penulis, didapati ramai(namun bukan semua)


pesakit gangguan jin mempunyai masalah di dalam perut. Biasanya mereka
mempunyai masalah Gastrik dan Gerd, atau kedua-duanya. Oleh itu elakkan
pengambilan makanan masam dan pedas. Hal ini bagi memastikan kondisi
perut pesakit sentiasa berada dalam keadaan stabil dan mampu untuk
minimumkan masalah pada sistem perut pesakit.Air Teh boleh menyebabkan
angin di dalam badan.Sedangkan ramai pesakit gangguan jin mempunyai
masalah angin dalam badan. Oleh itu elakkan pengambilan minum seperti
Teh yang boleh menggalakkan lagi angin di dalam badan.Angin di dalam
badan boleh menyebabkan perut kembung, perut rasa seperti bergelora, dan
hal ini akan menyebabkan kondisi mental dan fizikal pesakit sangat tidak
stabil.Sedangkan kondisi mental dan fizikal yang tidak stabil berisiko
menggalakkan masalah gangguan jin terhadap seseorang.
10 Amalan Yang Perlu Diamalkan Setiap Hari Secara Istiqamah
Pada perkongsian ini penulis memilih 10 amalan-amalan sunnah yang
paling asas untuk pesakit amalkan secara istiqamah. Cubalah amalkan
demi manfaat yang tidak ternilai kepada pesakit.Namun jika pesakit
mempunyai amalan-amalan sunnah yang lain, maka amatlah digalakkan
untuk mempertingkatkan lagi dengan amalan- amalan tersebut.

AMALAN 1

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa sahaja yang membaca setiap hari pada waktu
pagi, petang dan malam:

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi
dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui."

sebanyak tiga (3) kali, nescaya tidak akan memudaratkannya.”


[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da'awat, hadis no : 3336, At-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan
Sahih Gharib. Shaikh al-Arnaouth dalam tahqiq Sunan Abi Daud menyatakan ia hadis
hasan. Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih]

Penerangan : Pesakit digalakkan membaca zikir ini setiap hari 3kali pagi,3x
petang dan 3x petang sebagaimana anjuran Rasulullah S.A.W.Sebaiknya
cubalah jadikan amalan ini adalah amalan harian.

AMALAN 2
Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang ketika keluar rumah membaca
(zikir):
(Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan
kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya)

maka malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi


petunjuk (oleh Allah Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan
dijaga (dari semua keburukan)”,sehingga syaitanpun tidak dapat
mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana
(mungkin) kamu dapat (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk,
dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?”
(Hadith Saheh Riwayat Abu Daud)

Penerangan : Pesakit disarankan membaca doa ini pada setiap kali


hendak keluar dari rumah. Letakkan keyakinan di dalam hati,”Mudah-
mudahan dengan aku membaca doa ini maka syaitan tidak akan mampu
mendekatiku sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W.

AMALAN 3

Abu Dzarr Al-Ghifari bahawa Rasulullah SAW bersabda,” Siapa yang


mengucap kalimat

Sepuluh kali, maka akan dihapuskann sepuluh kejelekan darinya,dan


derajatnya akan ditinggikan sepuluh derajat. Pada hari itu,dia senantiasa akan
terbentengi dari segala yang tidak disukai, dia akan dilindungi dari syaitan, dan
tidak ada dosa yang menghampirinya pada hari itu, selain syirik kepada Allah
S.W.T”
[HR Malik: (1/209), Bukhari: 6/338) dan Muslim: 17/17]

Penerangan : Cubalah membaca zikir ini pada bila-bila masa sebanyak 10


kali.Sebaiknya jadikan zikir ini sebagai bacaan amalan harian.
AMALAN 4

Diriwayatkan dari Sa'd bin Abi Waqqash R.A, ia berkata: “Aku mendengar
Khaulah binti Hakim al-Salamiyah R.A berkata: Aku mendengar Rasulullah
S.A.W bersabda:

"Siapa yang singgah di suatu tempat, lalu ia membaca:

(Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan


makhluk yang diciptakan-Nya)

maka tak ada sesuatupun yang membahayakannya sehingga ia beranjak dari


tempatnya tersebut."
[Hadith riwayat Muslim,nombor 4882,status:Sahih]

Penerangan : Doa ini sewajarnya dibaca oleh pesakit samada semasa


berada di luar rumah ataupun didalam rumah. Tiada ketetapan khusus
jumlah kekerapan mengulanginya dan bilakah waktu untuk membacanya.
Terpulang kepada pesakit.Namun pesakit digalakkan membaca doa ini
terutamanya apabila merasakan diri diancam oleh serangan gangguan jin.
Contohnya sewaktu sakit dalam perut,rasa bergerak-gerak didalam
perut,rasa benda merayap didalam kulit,terkejut malam dan rasa takut seperti
diancam gangguan jin, rasa gatal-gatal seluruh anggota badan, rasa sesak
nafas, rasa sakit dada, terdengar bisikan ghaib, ataupun sewaktu terlihat
makhluk ghaib.

AMALAN 5
Berdasarkan maksud hadis dari Jabir bin ’Abdillah r.a. , Beliau pernah
mendengar Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Apabila seseorang dari
kamu masuk ke dalam rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika
memasukinya dan ketika hendak makan, berkata syaitan: Tiada tempat
bermalam dan tiada makan malam untuk kamu semua (para syaitan). Dan apabila
seseorang masuk ke dalam rumahnya tidak menyebut nama Allah ketika
memasukinya, maka berkata syaitan: Kamu semua (para syaitan) telah
mendapat tempat bermalam. Jika dia tidak menyebut nama Allah ketika hendak
makan, berkata pula syaitan: Kamu semua telah mendapati tempat bermalan
dan makan malam.” (Hadis Riwayat Muslim)

Penerangan : Setiap kali hendak memasuki rumah sebutlah nama


Allah,iaitu dengan mengucap “BISMILLAH” sahaja. Letakkan
keyakinan di dalam hati,”insyaAllah syaitan tidak mampu masuk ke dalam
rumah dengan mengamalkan amalan sunnah yang diajarkan oleh rasulullah
s.a.w”

AMALAN 6

Daripada Aisyah R.A; “Bahawasanya Rasulullah S.A.W apabila sakit baginda


membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah
An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah
aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap
keberkahan dari surah-surah tersebut.”
[Hadis riwayat Al-Bukhari]

Penerangan : Membaca Al-Muawwizat( 3 Qul),hembus kedua belah tapak


tangan,kemudian disapukan bermula dari muka,kepala dan seluruh
anggota badan.Diamalkan apabila sakit .Boleh juga dijadikan amalan harian
semasa hendak tidur terutamanya apabila diri sedang sakit.

AMALAN 7

Abu Hurairah R.A berkata; Rasulullah S.A.W menugaskan aku menjaga harta
zakat Ramadhan kemudian ada orang yang datang mencuri makanan namun
aku merebutnya kembali, lalu aku katakan; "Aku pasti akan mengadukan kamu
kepada Rasulullah R.A.W". Lalu Abu Hurairah R.A menceritakan suatu hadits
berkenaan masalah ini. Selanjutnya orang yang datang kepadanya tadi
berkata, “Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi
kerana dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta'ala dan syaitan tidak akan
dapat mendekatimu sampai pagi". Maka Nabi S.A.W
bersabda: "Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu
syaitan".
[Hadith Saheh Riwayat Bukhari,nombor hadith:3033]]

Penerangan : Mengamalkan bacaan ayat kursi setiap kali hendak tidur.

AMALAN 8

Dari 'Utsman bin Abu Al 'Ash Ats Tsaqafi bahwa dia mengadukan kepada Rasulullah
s.a.w suatu penyakit yang dideritanya sejak ia masuk Islam. Maka rasulullah s.a.w
bersabda kepadanya:

"Letakkan tanganmu di tubuhmu yang terasa sakit, kemudian ucapkan: "

[Hadith Riwayat Muslim; Status hadith:Sahih ; No.Hadith: 2202 ;


Kitab:Salam(Bab:Sunnahnya meletak tangan pada tubuh yang sakit disertai doa)]

Penerangan : Kaedah ini boleh dilakukan semasa mengalami sakit dalam


perut,kembung perut,perut rasa seperti bergelora, sakit dada,sakit belakang
bahu dan sebagainya. Gunakan tangan kanan sambil gosok tempat yang
sakit lalu dibacakan ayat-ayat dari hadith nabi ini.
AMALAN 9

Sabda Rasulullah s.a.w:

"....Bacalah Al Baqarah, karena dengan membacanya akan memperoleh barokah,


dan dengan tidak membacanya akan menyebabkan penyesalan, dan pembacanya
tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir"
[Hadith riwayat Muslim, nombor 1337,status: Sahih]

Penerangan : Sebaiknya bacalah surah al-Baqarah setiap hari secara istiqamah.Jika


tidak mampu baca sampai habis, sekurang-kurangnya bacalah setakat mana yang
mampu dibaca. Yang penting istiqamah dengan bacaan al-Baqarah secara
berterusan.Yakinlah dengan sabda Rasulullah s.a.w.Yakni pembaca surah al-Baqarah
tidak akan dikuasai tukang sihir.

AMALAN 10

Sa'ad r.a meriwayatkan Nabi s.aw bersabda:

Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah, tiada racun atau sihir dapat
memudharatkannya pada hari itu.
[Sahih al-Bukhari,Kitab at-Thibb,No.Hadith:5779,status hadith: Sahih.]

Penerangan : Jika khuatir mungkin diri terkena sihir sepatutnya anda perlu amalkan
pengambilan 7 biji kurma Ajwa setiap hari.Kurma Ajwa juga dikenali sebabgai kurma
Madinah,ataupun kurma nabi.Biasanya harga kurma Ajwa lebih mahal dari kurma
biasa.Dicadangkan makan sewaktu perut kosong.Iaitu beberapa jam sebelum
makan.Contohnya selepas subuh.Tujuannya supaya segala khasiat kurma dapat diserap
dengan baik semasa perut masih kosong.Untuk diet yang baik, kurangkan kuantiti
pengambilan sarapan pagi jika anda telah ambil 7biji kurma ajwa sewaktu pagi.Bagi
penghidap kencing manis dapatkan nasihat doktor jika anda ingin amalkan secara rutin
setiap hari.

Disediakan oleh : Nik (Admin Page Fb : Rawatan Islam Pulau Pinang).


Softcopy ini dibenarkan untuk perkongsian umum dan dibenarkan dicetak
dengan syarat dikekalkan seperti bentuk asal ini. Atau dibenarkan disalin
semula untuk perkongsian dengan syarat dinyatakan sumber ambilan asal
seperti pada perkara (1) diatas.

Anda mungkin juga menyukai