Anda di halaman 1dari 4

Sama mengingati diri ini…

Assalamualaikum,moga memberi keinsafan utk kita semua😌😌😌😌

Tidak lama lagi kita nak pergi dah...🍃

Pesan pada anak-anak kita...💚

👳♀🧕1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2 nya kain selimut/cadar
putih. bolih beli di kedai uniform sekolah.

👳♀🧕2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta
selimut putih /cadar.

«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah
sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

👳♀🧕3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap
manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan
terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun
susah untuk dibasuh kalau dah kering.

👳♀🧕4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.

👳♀🧕5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi2 lengan supaya senang dilipat
tangan dalam keadaan solat.

👳♀🧕6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung
& telinga sekiranya ada lendir.

👳♀🧕7. Tutup rambut dengan selendang.

👳♀🧕8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat.

👳♀🧕9. Letakkan pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit.

👳♀🧕10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah.


👳♀🧕11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital.

👳♀🧕12. Dimandikan dan dikafankan.

👳♀🧕13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40
orang jemaah orang alim.

👳♀🧕14. Kebumikan jenazah.

💚Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah
pada semua anak-anak semasa hayat mereka...💚

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan
jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah,
datuk, nenek kita buat kali terakhir.

____________

Cara-Cara Memandikan Jenazah

Peralatan Mandi Jenazah

> Tempat Mandi Jenazah

> Air Mutlak Secukupnya

> Air Daun Bidara

> Kapas

> Putik Kapas

> Sabun

> Air Mawar

> Minyak Attar

> Serbuk Cendana

> Kapur Barus

> Sarung Tangan

> Apron Plastik

> Bekas Menjirus Air


Orang-orang yang boleh memandikan jenazah/mayat.

Jenazah Lelaki

• Kesemua lelaki.

• Isteri

• Orang yang haram nikah dengannya.

Jenazah Perempuan

• Kesemua perempuan.

• Suami.

• Orang yang haram nikah dengannya.

Cara-Cara Memandikan Jenazah

• Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan dan apron.

• Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.

• Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. (Siraman air
hendaklah bermula daripada kepala).

• Istinjakkan lah mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh
auratnya.

• Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

• Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya


secara perlahan.

• Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tertinggal.

• Siram dan basuh dengan air sabun.

• Bersihkan gigi.

• Bersihkan hidung.

• Bersihkan telinga.

• Bersihkan jari tangan, pelipat lengan dan celah ketiak.

• Bersihkan rambut.

• Bersihkan jari kaki.

• Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

• Kemuudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat.

Lafaz niat memandikan jenazah:

Lelaki:

"Sengaja aku memandikan Jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"

Perempuan:
"Sengaja aku memandikan Jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"

• Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air
bersih.

• Siram sebelah kanan 3 kali.

• Siram sebelah kiri 3 kali.

• Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.

• Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

• Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.

• Sediakan air kapur barus.

• Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis (kain kapan).

• Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas kepala sehingga ke
hujung kaki.

• Lepas itu wudukkan mayat.

Lafaz niat mewudukkan mayat:

Lelaki:

"Sengaja aku mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"

Perempuan:

"Sengaja aku mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"

• Lapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.

• Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan ditutup seluruh
tubuhnya seluruh tubuhnya dengan kain.

• Setelah itu, mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan.

• Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan
bersama dengan mayat. (Contoh: rambut, kuku dll).

💚Sharing is caring💚

Pesan pada anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai2.. agar anak2 tahu fardhu
kifayah.

*Sama2 ingat mengingati*

Anda mungkin juga menyukai