Anda di halaman 1dari 3

Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta, Anta Khalaqtani wa ana abduka, wa ana 'ala ahdika wa

wa'dika mastata'tu, A'udhu bika min Sharri ma sana'tu, abu'u Laka bini'matika 'alaiya, wa Abu
Laka bidhanbi faghfirli innahu la yaghfiru adhdhunuba illa anta

(O Allah! You are my Lord! None has the right to be worshipped but You. You created me and I
am Your slave, and I am faithful to my covenant and my promise as much as I can. I seek refuge
with You from all the evil I have done. I acknowledge before You all the blessings You have
bestowed upon me, and I confess to You all my sins. So I entreat You to forgive my sins, for
nobody can forgive sins except You.)

Shaddad ibn Aws (radiAllahu anhu) relates that the Prophet (S.A.W.W) said that he (Sayyid al-
Istighfar) most superior way of asking for forgiveness from Allah is to say (the above du'a). That
"If somebody recites it during the day with firm faith in it, and dies on the same day before the
evening, he will be from the people of Paradise; and if somebody recites it at night with firm faith
in it, and dies before the morning, he will be from the people of Paradise."
[Sahih al-Bukhari; 8,75,318, at-Tirmidhi; 3393, an-Nasa'i; 5522, Ahmad; 16662]

Jaminan selawat, Sayyidul Istighfar


 MyMetro
 Addin

Share
 
Tweet

GAMBAR hiasan
Sedetik Rasa
KITA sangat mengharapkan syafaat Rasulullah SAW di Padang Mahsyar kelak. Maka, antara
amalan yang perlu kita lakukan pada setiap hari adalah memperbanyakkan berselawat.
Nabi SAW berkata: “Siapa yang berselawat kepadaku pada waktu paginya sepuluh dan pada
waktu petangnya sepuluh, maka dia akan mendapat syafaat dariku pada Hari Kiamat.”
Jangan sesekali kita meninggalkan amalan berselawat terutama selepas solat Subuh dan Asar
masing-masing sebanyak sepuluh kali.
Selain itu, kita perlu sentiasa beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW walaupun bersifat maksum, Baginda masih tetap memohon taubat
kepada Allah SWT seratus kali sehari semalam.
Sebagai manusia yang sentiasa melakukan dosa, kita sepatutnya perlu lebih banyak beristighfar.
Selesai solat, ramai dalam kalangan kita beristighfar, namun ia tidak dilakukan dengan
penghayatan dan sambil lewa.
Seperti biasa dilihat, mulut mengucapkan istighfar, tetapi pada masa sama mata melihat telefon.
Istighfar adalah permohonan ampun kepada Allah SWT atas dosa atau kesalahan yang kita
lakukan.
Maka, ia perlu disertai dengan niat bertaubat yang ikhlas serta dilafazkan dengan penuh
harapan supaya dosa itu diampunkan Allah SWT.
Kita boleh mengucapkan istighfar seringkas Astagfigrullah hal Azim. Manakala lafaz istighfar
yang lebih sempurna adalah Astagfirullah al-'Aziim, al-lazi la ilaha illahu, al-Hayyul-Qayyum wa
atubu ilaih.
Bagaimanapun, ada lagi yang lebih sempurna dan afdal. Ia dinamakan Sayyidul istighfar iaitu
mengucapkan Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta, Anta khalaqtani wa ana abduka, wa ana
‘ala ahdika wa wa’dika mastata’tu, A’udhu bika min sharri ma sana’tu, abu’u laka bini’matika
‘alaiya, wa abu laka bidhanbi faghfirli innahu la yaghfiru adhdhunuba illa anta.
Maksud ucapan Sayyidul Istighfar itu adalah: “Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang
berhak disembah kecuali Engkau, Engkau menciptakanku dan hamba-Mu dan aku (terikat)
dengan janji-Mu semampu yang aku boleh laksanakan, aku mohon perlindungan-Mu dari
kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan
kepadaku adalah milik-Mu dan aku mengakui terhadap dosa-dosaku. Oleh itu ampunilah aku,
sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali Engkau.” (Riwayat Bukhari)
Lafaz Sayyidul Istighfar itu penuh dengan adab kerana ia didahului dengan pujian kepada Tuhan
yang Maha Agung.
Lafaz itu penting untuk kita hafal sebab Nabi SAW menyatakan dalam satu hadis yang
bermaksud: “Barangsiapa yang mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati
pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga.
“Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati
sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)
Kita perlu memohon keampunan daripada Allah SWT sebanyak-banyaknya sebagai bekalan
bertemu Allah SWT kelak.
Alhamdulillah, pada bulan Ramadan ini amalan kita walaupun dibuat sedikit, namun ganjarannya
cukup besar.
Maka, ketika ia masih berbaki ini, gunakan peluang yang ada untuk bersegera melakukan amal
kebaikan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang
baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya
seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali
‘Imraan, ayat 133)

Anda mungkin juga menyukai