Anda di halaman 1dari 1

HATI YANG LALAI DENGAN TUHAN

Hati yang lalai dengan Tuhan penuh dengan mazmumah.

Hati yang tidak rasa bertuhan, rasa kehambaannya punah.

Bila hati lalai, rasa bertuhan tiada, jiwa pun mati atau buta.

Hati yang mati atau buta laksana batu yang keras.

Batu yang keras, air pun tidak ditampungnya.

Sebarang apa pun ditanam di atasnya

tidak akan mahu tumbuh.

Begitulah hati apabila sudah keras macam batu.

Sebarang pengajaran tidak akan boleh diterimanya.

Jika dinasihat sakit hatinya.

Sebut nama Tuhan tidak terasa apa-apa.

Diingatkan dosa dan pahala, acuh tak acuh sahaja mendengarnya.

Sebut sahaja Syurga, Neraka, malu mendengarnya.

Adakalanya mencemik mulutnya.

Pejuang-pejuang Islam sangat dibencinya.

Bahkan dimusuhi dan diperanginya.

Manusia-manusia yang hatinya sudah keras inilah yang menjadi bencana kepada dunia.

Yang melahirkan penzalim dan penindas.

Yang membuat maksiat dan onar.

Yang meruntuhkan peri kemanusiaan.

Yang merosakkan maruah manusia.

Huru-hara dunia dibuatnya.

Dahsyatnya sekali hati apabila telah keras menjadi batu.

Anda mungkin juga menyukai