Anda di halaman 1dari 20

“DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG.

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM. SELAWAT DAN

SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD YANG SEMULIA-

MULIA PESURUH-NYA, SERTA KE ATAS KELUARGA DAN SEKALIAN

SAHABAT-SAHABATNYA.

YA ALLAH! HIDUPKANLAH KAMI DENGAN IMAN DAN MATIKANLAH KAMI

DENGAN IMAN, SERTA MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGA

BERSAMA-SAMA IMAN. YA ALLAH! AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI

DAN DOSA-DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI.

KASIHANILAH KEDUA IBUBAPA KAMI SEPERTIMANA MEREKA BERDUA

MENGASIHANI KAMI SEWAKTU KAMI MASIH KECIL. YA ALLAH! AKHIRILAH

UMUR KAMI DENGAN KESUDAHAN YANG BAIK DAN JANGANLAH ENGKAU

AKHIRI UMUR KAMI DENGAN KESUDAHAN YANG TIDAK BAIK.

YA ALLAH! JANGANLAH KIRANYA ENGKAU PESONGKAN IMAN KAMI

SESUDAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI PETUNJUK.

ANUGERAHILAH KAMI RAHMAT KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA

PENGURNIA.

WAHAI TUHAN KAMI, KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEBAIKAN DI DUNIA

DAN JUGA DI AKHIRAT. PELIHARALAH KAMI DARIPADA AZAB NERAKA.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT DAN SEJAHTERA KE ATAS

JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD DAN KE ATAS SELURUH KELUARGA

SERTA SAHABAT-SAHABAT BAGINDA. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN

PENTADBIR SELURUH ALAM.“


Maksud Bacaan Doa di Atas
“DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA
PENYAYANG. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM.
SELAWAT DAN SALAM ATAS SEMULIA-MULIA PARA NABI DAN
RASUL, JUNJUNGAN KAMI MUHAMMAD DAN ATS KELUARGA DAN
SAHABAT BAGINDA SELURUHNYA.

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI! TERIMALAH SOLAT DAN DOA KAMI.


SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENDENGAR DAN MAHA
MENGETAHUI. BERILAH KEAMPUNAN KEPADA KAMI,
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA
PENYAYANG.

YA ALLAH, JADIKANLAH AGAMA KAMI AGAMA NABI MUHAMMAD.


KEISLAMAN KAMI, ISLAM YANG SEBENAR-BENARNYA. KEIMANAN
KAMI, IMAN YANG SEMPURNA. SOLAT KAMI, SOLAT YANG
KHUSYUK. AMAL KAMI, AMAL YANG SOLEH. NIAT KAMI, NIAT
YANG IKHLAS. JADIKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA-DOSA YANG
TERAMPUN. JADIKANLAH HIDUP DAN KEHIDUPAN KAMI, HIDUP
DAN KEHIDUPAN PARA ULAMA. MATI KAMI DENGAN MATI SYAHID.

YA ALLAH, MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGA BERSAMA


DENGAN PARA NABI. YA TUHAN KAMI, KURNIAKANLAH KAMI
KEBAIKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. JAUHKANLAH KAMI
DARIPADA SEKSAAN NERAKA. SEMOGA ALLAH MENCURAHKAN
KESEJAHTERAAN KE ATAS SEBAIK-BAIK MAKHLUKNYA,
JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD, KELUARGA DAN
SAHABATNYA.

MAHA SUCI TUHAN YANG MAHA MULIA DARIPADA SEBARANG


KEKURANGAN. SALAM SEJAHTERA KE ATAS PARA RASUL DAN
SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM.”
Mulakan Wirid Dengan Istighfar Sebanyak 3 Kali 🔰

Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai
menunaikan solat fardhu dengan ucapan istighfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:

 AsTaghFirullahal–‘Azim AllaDzi Laa IlaaHa IlLaa Huwal-Hayyul Qayyum Wa


AtuuBu ILaiHi (3 kali) 

Maksudnya:

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang
hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya

Keterangan

Daripada Yasar RA katanya: “Sesiapa yang beristighfar dengan lafaz [seperti yang
diatas] nescaya akan diampunkan dosa-dosanya walaupun antara dosanya itu
adalah kerana melarikan diri dari medan perang (Riwayat Imam Tirmizi)

Daripada Muaz bin Jabal RA katanya: “Aku mendengar Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:


‘Sesiapa yang beristighfar sebanyak tiga kali selepas Solat Subuh dan Asar dengan
lafaz [seperti yang di atas] nescaya akan diampunkan dosa-dosanya walaupun
sebanyak buih di lautan”
Membaca Pengakuan Tauhid Sebanyak 3 kali 🔰

 Laa iLaaHa ilLallahu WahDahu Laa SyariKa Lahu, Lahul-Mulku, Wa Lahul-

Hamdu Yuhyi WaYuMiiTu WaHuwa ‘ALaa Kulli Syai-In QoDirr (3 Kali) 

Maksudnya:

Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu

bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia

menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu.


Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka Sebanyak 3/7 Kali 🔰

 AllahumMa AjirNa MinanNar (3 atau 7 Kali) 

Maksud:

Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka

Nota
 Boleh ganti Ajirna (‫ )َأ ِجرْ َنا‬dengan AjirNi (‫ )َأ ِجرْ نِى‬jika solat sendirian
 Baca sebanyak 7 kali untuk Solat Subuh dan Maghrib
Keterangan

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi ‫ ﷺ‬sabdanya: ‘Tidaklah seorang hamba
memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada azab api neraka sebanyak
tujuh kali melainkan neraka akan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba-
Mu si fulan telah memohon perlindungan dengan-Mu daripadaku. Oleh itu
lindungilah dirinya.’ (Begitu juga) tidaklah memohon oleh seseorang hamba kepada
Allah So balasan syurga sebanyak tujuh kali melainkan syurga akan berkata: Wahai
Tuhanku, sesungguhnya hamba-Mu si fulan telah memohon untuk memasukiku.
Oleh itu masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu” (Riwayat Imam Abu Ya’la)

Daripada Anas bin Malik RA katanya: “Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: ‘Sesiapa yang


memohon syurga kepada Allah 3 sebanyak tiga kali, nescaya syurga akan berkata:
Wahai Tuhanku, masukkanlah orang ini ke dalam syurga-Mu. Dan sesiapa yang
memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada azab api neraka sebanyak tiga
kali, nescaya neraka akan berkata: Wahai Tuhanku, peliharalah orang ini daripada
kepedihan azab api neraka-Mu.” (Riwayat Imam al-Nasa’i, Ibn Majah dan al-Hakim)
Seterusnya, Zikir Memohon Keselamatan 🔰

 AllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLayKa Ya ‘UuDus-Salam,


FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam,
TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram. 

Maksudnya:

Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya


kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian
hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara
yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha
Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.

Keterangan

Daripada Thauban RA katanya: “Adalah Rasulullah ‫ ﷺ‬apabila selesai sahaja solat


fardu, Baginda ‫ ﷺ‬akan beristighfar sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda ‫ ﷺ‬akan
berzikir dengan menyebut [seperti zikir di atas] (dengan sedikit tambahan).” (Riwayat
Imam Muslim)

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin dan Bidayatul Hidayah berkata:
“Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat maka berselawatlah ke atas Nabi
Muhammad is dan keluarganya. Kemudian berzikirlah dengan lafaz [seperti zikir di
atas].”
Seterusnya Membaca Al-Fatihah 🔰

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Membaca Ayat Ke-163 Surah Al Baqarah

 wa ilāhukum ilāhuw wāḥid, lā ilāha illā huwar-raḥmānur-raḥīm 

Maksudnya:

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain
dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Seterusnya Membaca Ayatul Kursi 🔰


 allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum,
lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih,
ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min
‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū
ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm 

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang
Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk
usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada
sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan
izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di
belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan)
ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya
Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah
Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Keterangan

Daripada Abu Umamah RA katanya: “Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: ‘Sesiapa yang


membaca ayat kursi setiap kali selepas solat fardu, maka tidak ada sesuatu yang
dapat menghalangnya daripada memasuki syurga kecuali mati” (Riwayat Imam al-
Nasa’I dan Ibnu Hibban)

Lihat kelebihan Ayat Kursi pada pautan ini


Membaca Ayat Ke-284 Surah Al Baqarah

Maksudnya:

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika
kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu
memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada
kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan
menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya)
Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Membaca Ayat Ke-285 Surah Al Baqarah

 āmanar-rasūlu bimā unzila ilaihi mir rabbihī wal-mu’minūn, kullun āmana


billāhi wa malā’ikatihī wa kutubihī wa rusulih, lā nufarriqu baina aḥadim mir
rusulih, wa qālū sami‘nā wa aṭa‘nā gufrānaka rabbanā wa ilaikal-maṣīr 

Maksudnya:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya,
dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-
malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak
membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata
lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami,
dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
Membaca Ayat Ke-286 Surah Al Baqarah

 lā yukallifullāhu nafsan illā wus‘ahā, lahā mā kasabat wa ‘alaihā maktasabat,


rabbanā lā tu’ākhiżnā in nasīnā au akhṭa’nā, rabbanā wa lā taḥmil ‘alainā iṣran
kamā ḥamaltahū ‘alallażīna min qablinā, rabbanā wa lā tuḥammilnā mā lā
ṭāqata lanā bih, wa‘fu ‘annā, wagfir lanā, warḥamnā, anta maulānā fanṣurnā
‘alal qaumil-kāfirīn 
Maksudnya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat
pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan
yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai
Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta
ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum
yang kafir”.
SURAH AL- HASHR AYAT 21-24 Baca waktu subuh dan maghrib
Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr

Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 22-24) selepas

Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan:

1. Mendapat rahmat Allah ‫سبحانه وتعالى‬.

2. Allah ‫ سبحانه وتعالى‬menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadaNYA.

3. Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.

4. Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.

Anda mungkin juga menyukai