Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA SARASWATHI POOJAI

SJK(T) LADANG NAGAPPA

1.0 TAJUK

Saraswathy Pooja Tahun 2017

2.0 NAMA PENGANJUR

Panitia Pendidikan Moral SJK(T) Ladang Nagappa.

3.0 PENDAHULUAN

Secara tradisionalnya Saraswathy Pooja merupakan sembahyang khas untuk Dewa


yang memberikan ilmu pendidikan kepada semua yang menimba ilmu. Pada hari
tersebut, murid-murid meletak buku-buku mereka di tempat sembahyang dan membuat
pooja. Ini bermaksud, ilmu yang akan dituntut dapat dipelihara sampai akhir hayat.
Pelbagai acara diadakan untuk masyarakat sejagat bagi menunjukkan kesyukuran pada
kuasa yang maha Esa. Semua orang memuja Dewa Saraswathy dan menerima restu
daripadaNya, Kini Saraswathy Pooja yang disambut di peringkat kebangsaan dengan
galakan dari kerajaan dan masyarakat Malaysia dan menjadi acara tahunan negara
kita.

4.0 Rasional

Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik, kita dikehendaki
memahami dan menghormati adat resam dan kebudayaan masyarakat lain. Sambutan
dan keraian Saraswathy Pooja ini bukan sahaja semata-mata untuk memperkenalkan
adat resam malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga
sekolah. Diharapkan sambutan sebegini dapat mewujudkan perpaduan dan integrasi
antara pelajar seperti yang diaspirasikan oleh Negara kita.

5.0 Matlamat

Memberi pengetahuan dan peluang untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi
tentang perayaan yang disambut gilang gemilang oleh masyarakat india kepada para
pelajar. Saraswathy Pooja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga serta
mewujudkan perpaduan dan kerjasama erat antara semua guru dengan ibubapa sejajar
dengan konsep SATU MALAYSIA yang diumumkan oleh pemimpin negar6.0 OBJEKTIF
6.1 Dapat memberi pendedahan tentang sambutan Saraswathy Pooja kepada semua
pelajar dan warga sekolah.

6.2 Mengeratkan lagi silaturahim dan kerjasama di antara warga sekolah dengan
ibubapa.

6.3 Memupuk semangat menghargai dan menghormati adat dan kebudayaan.

7.0 TARIKH

Oktober 2017

8.0 MASA

7.30 pagi hingga 1.30 tengahari

9.0 TEMPAT

Kelas Tahun 6

10.0 SASARAN

Semua murid sekolah, warga sekolah, ibubapa murid.

11.0 KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Jumlah

1. Kalung bunga (3 x RM 20) RM 60

2. Barangan runcit untuk Saraswathy Pooja Rm 90

3. Makanan RM 150

JUMLAH RM 300
12.0 JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat : Pn.R.Prema (Guru Besar)

Pengerusi : Pn.S.Yamini (PGB Kurikulum)

Setiausaha : Cik.P.Sarranya

Bendahari : Cik.P.Gowthami

AJK : En.K.Sriram

Cik.S.Sughasini

Cik.M.Saraswathi

Cik.G.Kanniammal

Cik.R.Kavilthra

Cik.R.Saranya

Cik.K.Amutha

13.0 JAWATAN KUASA KERJA

Buku program : Cik.P.Sarranya

Jemputan : Encik.K.Sriram

Persiapan Tempat : Cik.S.Sughashini & Cik.G.Kanniamal

Peralatan : Cik.K.Amutha

Thevaram & Kolam : Pn.S.Yamini

Makanan : Cik.P.Gowthami

Juru gambar : Cik.R.Kavilthra

Pertandingan : Cik.R.Saranya

Flyer : Cik.M.Saraswathy
14.0 ATUR CARA MAJLIS

8.00- 10.00pg. : Upacara sembahyang


10.00-10.30pg. : Sarapan
10.30-1.30tgh. : Pertandingan

15.0 PENUTUP

Kami berharap sambutan Saraswathy Pooja yang kami akan langsungkan ini akan
memberi manfaat kepada para pelajar serta mencapai objektif dan matlamat iaitu dapat
mengeratkan hubungan silaturahim serta kerjasama antara warga sekolah dengan
ibubapa bersamaan dengan konsep satu Malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan
kita.

DISEDIAKAN OLEH:

.............................................

(Cik.P.Sarranya)
Setiausaha

DISEMAK OLEH:

.............................................

Anda mungkin juga menyukai