Anda di halaman 1dari 6

Resepi roti bunga kobis

Bahan A (Kulit)

 300 gram tepung gandum, diayak

 1 biji telur

 75 gram minyak sapi

 garam secukup rasa

 air secukupnya

Bahan B (Dikisar Halus)

 2 sudu makan ketumbar serbuk

 1 sudu makan jintan kasar

 1 sudu makan jintan manis

 2 ulas bawang putih

 3 kuntum bunga cengkih

 2.5 cm halia

 2 cm kulit kayu manis

 garam secukupnya

 300 gram daging lembu, dicincang halus

 300 gram bawang besar, dihiris

 200 gram daun sup dan daun bawang, dihiris

 5 biji lada merah, dibuang biji dan dihiris halus

 50 ml minyak

 3 biji telur

 450 ml minyak

 600 gram tomato, digubahh menjadi bunga matahari

 600 gram daun salad, dipetik sekelopak-sekelopak


Cara-caranya

Kulitnya:

 Gaulkan tepung dengan minyak sapi serta telur hingga rata. Masukkan garam dan air

secukupnya lalu ulilah hingga lembut seperti menguli tepung epok-epok.

 Bahagikan adunan ini kepada enam bahagian mengikut peringkat-peringkat, iaitu bahagian

kedua lebih sedikit daripada bahagian pertama, bahagian ketiga lebih sedikit daripada bahagian

kedua dan seterusnya.

Intinya:

 Panaskan 50 ml minyak. Tumis Bahan B hingga berbau wangi. Masukkan daging dan sedikit

sahaja air untuk mengempukkannya.

 Apabila daging sudah empuk, angkat dan gaulkan dengan daun sup dan daun bawang, bawang

dan lada merah. Gaul rata-rata.

 Bahagikan inti ini kepada enam bahagian, sama seperti membahagikan kulitnya tadi.

 Pecahkan 3 biji telur dan kacau perlahan-lahan.

 Panaskan 450 ml minyak kelapa di atas api yang sederhana.

 Sementara itu canaikan tepung yang diuli tadi bahagian yang paling kecil, bubuh inti (bahagian

yang sedikit juga) dan siramkan dengan sedikit telur lalu dipunjutkan atasnya (kulit tepung

membaluti intinya). Gorenglah hingga masak dan kekuning-kekuningan.

 Sementara yang digoreng tadi setengah masak, canaikan bahagian kedua tepung kulit, bubuh

inti dan siramkann lagi dengan telur.

 Kemudian bubuh bahagian yang digoreng tadi diatasnya lalu dipunjutkan lagi tepungnya

menutupi intinya. Gorenglah bahagian ini hingga garing dan masak.

 Ulang lagi proses ini sehingga kesemua bahagian habis. Hendaklah diingat supaya

menggunakan api yang sederhana sahaja ketika menggoreng ini kerana dikhuatiri kuih akan

hangus tetapi mentah didalam.

 Untuk menghidangkannya, susun daun salad di atas pinggan. Letakkah kuih yang sudah

dimasak tadi. Potong lapan bahagian tetapi jangan diputuskan.

 Bukakan potongan-potongan itu seperti bentuk kobis. Selang-selangkan kelopak-kelopak itu

dengan tomato yang dibuat bunga.

 air secukupnya

 Bahan B (Dikisar Halus)


 2 sudu makan ketumbar serbuk

 1 sudu makan jintan kasar

 1 sudu makan jintan manis

 2 ulas bawang putih

 3 kuntum bunga cengkih

 2.5 cm halia

 2 cm kulit kayu manis

 garam secukupnya

 300 gram daging lembu, dicincang halus

 300 gram bawang besar, dihiris

 200 gram daun sup dan daun bawang, dihiris

 5 biji lada merah, dibuang biji dan dihiris halus

 50 ml minyak

 3 biji telur

 450 ml minyak

 600 gram tomato, digubahh menjadi bunga matahari

 600 gram daun salad, dipetik sekelopak-sekelopak

 Cara-caranya

Kulitnya:

 Gaulkan tepung dengan minyak sapi serta telur hingga rata. Masukkan garam dan air
secukupnya lalu ulilah hingga lembut seperti menguli tepung epok-epok.

 Bahagikan adunan ini kepada enam bahagian mengikut peringkat-peringkat, iaitu bahagian
kedua lebih sedikit daripada bahagian pertama, bahagian ketiga lebih sedikit daripada
bahagian kedua dan seterusnya.

 Intinya:

 Panaskan 50 ml minyak. Tumis Bahan B hingga berbau wangi. Masukkan daging dan sedikit
sahaja air untuk mengempukkannya.

 Apabila daging sudah empuk, angkat dan gaulkan dengan daun sup dan daun bawang,
bawang dan lada merah. Gaul rata-rata.
 Bahagikan inti ini kepada enam bahagian, sama seperti membahagikan kulitnya tadi.

 Pecahkan 3 biji telur dan kacau perlahan-lahan.

 Panaskan 450 ml minyak kelapa di atas api yang sederhana.

 Sementara itu canaikan tepung yang diuli tadi bahagian yang paling kecil, bubuh inti
(bahagian yang sedikit juga) dan siramkan dengan sedikit telur lalu dipunjutkan atasnya (kulit
tepung membaluti intinya). Gorenglah hingga masak dan kekuning-kekuningan.

 Sementara yang digoreng tadi setengah masak, canaikan bahagian kedua tepung kulit, bubuh
inti dan siramkann lagi dengan telur.

 Kemudian bubuh bahagian yang digoreng tadi diatasnya lalu dipunjutkan lagi tepungnya
menutupi intinya. Gorenglah bahagian ini hingga garing dan masak.

 Ulang lagi proses ini sehingga kesemua bahagian habis. Hendaklah diingat supaya
menggunakan api yang sederhana sahaja ketika menggoreng ini kerana dikhuatiri kuih akan
hangus tetapi mentah didalam.

 Untuk menghidangkannya, susun daun salad di atas pinggan. Letakkah kuih yang sudah
dimasak tadi. Potong lapan bahagian tetapi jangan diputuskan.

 Bukakan potongan-potongan itu seperti bentuk kobis. Selang-selangkan kelopak-kelopak itu


dengan tomato yang dibuat bunga.

 Report photo

 2 of 2

Anda mungkin juga menyukai