Anda di halaman 1dari 2

KEK KELASI MABUK

Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban


Sumber: HaSue dan AlongRoz
Sumber : DayangJack

Bahan-bahan :
 450g mentega berkualiti tinggi
 200 gm horlicks

 14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)

 1 gelas gula (150g)

 1-1/2 gelas tepung gandum (150g)

 2 sudu teh esen vanilla

 1 botol pandan paste

Caranya
Adunan Hijau:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masuk butter, pukul hingga putih.

3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.

4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna


hijau.

5. Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
 8 biji putih telur
 10 sudu besar gula halus

 4 sudu teh tepung gandum

 6 biji limau kasturi

Cara:
1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul
lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk
diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
2. Masukkan tepung.

3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan


sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi
selama ½ jam.

3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi


bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.

4. Guna acuan 9x9inci.

Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan
hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan
boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan
tidak cantik

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/04/kek-kelasi-


mabuk-kukus.html#ixzz2WO1ycpZI
Under Creative Commons License: Attribution

Anda mungkin juga menyukai