Anda di halaman 1dari 6

SULIT 011

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pekedai : Boleh saya bantu encik. Encik hendak beli apa?


Pembeli : Terima kasih, tolong bagi ________ empat bungkus nasi lemak telur mata dan
enam ketul kuih keria, ________ harganya?

A dia ... apakah


B saya ... berapakah
C awak ... kenapakah
D kamu ... bagaimanakah

2 Beberapa ekor ________ sedang berterbangan di celah-celah dahan pokok bunga di taman
itu sambil mencari makanan.

A pepijat
B jejentik
C sesungut
D pepatung

3 Wakammaru Ultra merupakan robot ciptaan seorang jurutera pakar daripada negara Jepun
yang ________ canggih ________.

A amat ... sekali


B paling ... benar
C terlalu ... sangat
D betul ... sungguh

4 Sungai yang terletak di kawasan perindustrian kerap ________ oleh sisa-sisa buangan dari
kilang kerana sikap segelintir pengusaha yang tidak bertanggungjawab.

A dicemari
B mencemari
C pencemaran
D mencemarkan

5 Anak perempuan Puan Nurul Azirah ________ bercakap dan pandai berkata-kata walaupun
usianya baru mencecah tiga tahun.
SULIT 011

A petah
B mahir
C cekap
D lancar

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Pak Cik Mustaffa sedang ________ anak-anak benih padi di bendangnya dengan teratur
supaya boleh hidup subur.

A menabur
B menanam
C menyusun
D menimbus

7 ________ itu sedang membaca ucapan yang dikirim oleh peminat ketika dia mengendalikan
siaran lintas langsung dari stesen radio tersebut.

A Juruacara
B Jurucakap
C Juruhebah
D Jurubahasa

8 Encik Ali dan keluarganya ________ sampai lambat kerana terperangkap dalam kesesakan
lalu lintas akibat banjir kilat.

A telah
B sudah
C belum
D mungkin

Soalan 9 dan 10

Pilih peribahasa yang sesuai.

9 Kita seharusnya jangan ________ apabila ada orang lain yang mengkritik hasil kerja yang

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 011

telah kita lakukan.

A kata hati
B bulat hati
C ambil hati
D terang hati

10 Cikgu Radzuan tersenyum melihat gelagat anak didiknya yang tercengang-cengang ibarat
________ apabila kali pertama dibawa bersiar-siar di Putrajaya.

A rusa masuk kampung


B kera mendapat bunga
C pengguk rindukan bulan
D katak di bawah tempurung

11 Sultan Salehuddin segera ke dapur istana setelah baginda terhidu akan aroma masakan
yang amat menyelerakan itu.

Berdasarkan situasi bagi rangkai kata bergaris dalam ayat di atas, apakah tindakan yang
akan dilakukan oleh baginda Sultan Salehuddin selepas itu?

A beradu
B bersiram
C bersantap
D bersemayam

12 Baginda Sultan Melaka berasa sangat masyghul mendengar berita kecurian yang berleluasa
di Indrapura sejak akhir-akhir ini.

Pilih perkataan sinonim bagi masyghul.

A pelik
B marah
C sangsi
D dukacita

13 Pemandu kenderaan diingatkan supaya senantiasa berwaspada ketika berada di jalan raya
semasa pulang ke kampung pada hari perayaan.

Pilih perkataan antonim bagi berwaspada.

A lalai
B tegas
C cermat

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 011

D prihatin

14 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Siapakah pengarah filem animasi “Laksamana Upin & Ipin” yang hangat diperkatakan itu?

A Watak Upin & Ipin merupakan tunggak utama filem animasi tersebut.
B Filem animasi tersebut diarahkan oleh Muhammad Usamah Zaid Yasin.
C Cerita asal filem anamasi tersebut diilhamkan oleh Burhanuddin Md. Radzi.
D Kos pembikinan filem animasi itu ditaja oleh Dato’ Mohd Nizam Abd Razak.

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Setengah penghuni blok rumah pangsa itu telah dipindahkan


semalam.
B Jurutera pembinaan itu sedang melawat projek perumahan Bandar
Desa Bakti.
C Cuti bagi semua pegawai bantuan polis khas dibekukan sempena
hari perayaan.
D Di zaman dahulu sampan dan rakit digunakan untuk mengangkut
hasil pertanian.

16 Bila guru besar mengakhiri ucapannya semua murid bertepuk


I
tangan.
Budak itu terpaksa menuntun basikalnya semasa mendaki
II
kawasan berbukit.
Baju kurung yang dipakai oleh Adila sangat cocok sekali dengan
III
susuk badannya.
Kakak sangat berselera makan goreng pisang yang dicecah sos
IV kicap cabai burung.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 011

Soalan 17

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

17 Merokok boleh mengakibatkan lumpuh keupayaan perut untuk mengimbangkan asid.

A Merokok mengakibatkan asid dalam perut lumpuh keupayaannya.


B Akibat merokok boleh melumpuhkan perut mengimbangi keupayaan asid.
C Kesan merokok boleh melumpuhkan keupayaan asid mengimbangkan perut.
D Keupayaan perut mengimbangkan asid lumpuh kesan daripada amalan merokok.

Soalan 18 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ayah sedang memandu kereta menuju Pasar Tani Stadium Shah Alam yang terletak di Seksyen
13. Dari jauh kelihatan beberapa deret payung besar yang berwarna-warni, para peniaga sudah
mula menjalankan urus niaga. Apabila kami sampai di tapak pasar tani tersebut, aku dapati para
peniaga sedang sibuk melayan pelanggan. Ada yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ada pula yang menjual daging ayam, daging lembu, daging kambing, dan pelbagai jenis ikan.
Di suatu sudut pula peniaga sedang sibuk membakar ayam percik, membakar sate dan
membakar jagung madu. Aroma yang aku hidu sering berubah-ubah mengikut lorong yang
aku lalui. Suasana pagi itu agak bising dan bingit. Hal ini menyebabkan keadaan di pasar tani
begitu meriah. Tambahan pula, pasar tani ini diadakan pada setiap minggu. Kesempatan ini
digunakan dengan sebaik-baiknya oleh penduduk kota untuk mendapatkan segala barang yang
diperlukan.

Walaupun banyak orang yang mengunjungi pasar tani, namun keadaan sekitarnya bersih
daripada sebarang sampah-sarap. Keadaan sebegini telah menarik perhatian para pembeli untuk
membeli-belah dalam suasana yang selesa. Keadaan sedemikian wujud kerana sikap orang ramai
yang bertanggungjawab menjaga serta mengamalkan kebersihan.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 011

Apabila waktu sudah menghampiri tengah hari, orang ramai beransur-ansur kurang. Para
peniaga mula mengemas barangan jualan masing-masing. Kira-kira pukul dua petang, selesailah
segala urusan jual beli di Pasar Tani Stadium Shah Alam ini. Gerai yang terakhir menutup urus
niaga mereka ialah gerai yang menjual makanan seperti gerai ayam goreng, gerai sate, gerai
burger dan kebab serta gerai nasi beriani. Minggu hadapan tempat ini sibuk kembali.

18 Pasar Tani Stadium Shah Alam yang terletak di Seksyen 13 itu terlalu istimewa kerana

A produk yang dipasarkan segar belaka.


B harga makanannya yang sangat murah.
C jualan berlangsung sehingga tengah hari.
D keadaan persekitaran pasar tani yang bersih.

19 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Pasar Tani Stadium Shah Alam tersebut.

A Pasar tani tersebut diadakan empat kali dalam sebulan.


B Penulis mengunjungi pasar tani bersama-sama keluarganya.
C Semua gerai akan menutup perniagaannya sehingga tengah hari.
D Urusan jual beli di pasar tani itu berlangsung kira-kira lapan jam.

20 Rangkai kata aroma yang aku hidu sering berubah-ubah dalam petikan bermaksud
A percampuran bau masakan yang sangat menyelerakan.
B bau masakan yang berubah-ubah mengikut selera pembeli.
C perubahan bau yang menyedapkan mengikut jenis masakan.
D kumpulan masakan telah menerbitkan bau yang menyelerakan.

BAHAGIAN A TAMAT

[Lihat halaman sebelah


SULIT

Anda mungkin juga menyukai