Anda di halaman 1dari 13

SULIT 011

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1. “___________ tidak akan mengetahui teknik terbaharu yang diajar oleh ________ jika tidak
menghadiri latihan,” kata Lukman kepada rakan-rakannya.
A Awak … dia
B Kamu … kita
C Saya … awak
D Kita … beliau

2. “Jika _______ izinkan, sekarang juga _________ akan melaksanakan tugas itu,” sembah
Hang Lekir kepada sultan.
A beta…hamba
B tuanku…hamba
C tuanku…patik
D baginda….tuan hamba

3. Kebanyakan nelayan akan _________ jala mereka yang rosak semasa musim tengkujuh.
A menampal
B menyulam
C menyirat
D menenun

4. Ayah masih menyimpan koleksi keris __________ milik datuk sebagai kenang-kenangan.
A lama
B silam

011 2 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

C lampau
D lanjut

5. Pemidato yang bersuara _________ itu berjaya menawan hati para hakim dan
memilihnya sebagai juara dalam pertandingan tersebut.
A merdu
B lantang
C nyaring
D gemersik

6.  ___________, lebatnya buah langsat dan buah mempelam pada pokok-pokok di belakang
rumah awak!
A Oh
B Eh
C Wah
D Aduhai

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Adik Hanan sedang _____________ kapal kertas di anak sungai belakang rumahnya.

011 3 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

A menggoyangkan
B menghanyutkan
C menggerakkan
D menjalankan

8. Seluruh muka budak itu __________ apabila dia telah disengat oleh beberapa ekor tebuan.
A cobak-cabik
B calar-balar
C keriang-keriut
D bengkak-bengkil

9. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Air limau yang dibancuh oleh ibu sungguh hening.
II Suasana di taman rekreasi itu hening sekali terutamanya pada waktu pagi.
III Warna bajunya yang hening amat sesuai dipakai dalam majlis itu.
IV Suasana malam ini sungguh hening sehingga jarum jatuh pun boleh
kedengaran.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV

10. Emak meleraikan buah-buah rambutan dari tangkainya untuk dibuat jem.
Pilih perkataan sinonim bagi meleraikan.

A mengeluarkan
B memisahkan
C mengalihkan
D mematahkan

011 4 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

11. Emak membeli lima _________ jagung dan beberapa _________ rebung di Pasar Tani.
A tongkol … pucuk
B ketul … longgok
C batang … bilah
D biji … ketul

12. Oleh sebab kehadirannya tidak dihiraukan, Aaina menjadi ________ hendak membeli
pakaian di kedai itu.

A ada hati
B jauh hati
C tawar hati
D makan hati

13. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ya, sejuk ! Untung saya bawa baju tebal, jika tidak pasti menggigil.
A Benarkah udara di Tanah Tinggi Genting sejuk ?
B Mengapakah udara di Tanah Tinggi Genting sejuk ?
C Apakah keuntungan yang kita dapat jika membawa baju tebal ?
D Perlukah saya membawa baju tebal untuk ke Tanah Tinggi Genting ?

Soalan 14
Pilih ayat yang betul.

14. A. Rumahnya terletak di kawasan pendalaman.


B. Kakak berjalan sambil menonton tangan adik.
C. Beberapa golongan tikar telah dijual di pasar tani.
D. Kanak-kanak itu mempertontonkan kebolehannya bermain biola.

Soalan 15 dan Soalan 16.

011 5 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


15. “Maaf, jalan ini tidak boleh dilalui kerana sedang diperbaiki,” kata pekerja
itu kepada beberapa orang penunggang motosikal.

A Pekerja itu diberitahu oleh beberapa orang penunggang motosikal


bahawjalan itu sedang diperbaiki dan tidak boleh digunakan.
B Pekerja itu meminta maaf beberapa orang penunggang motosikal yang sedang
membaiki jalan yang tidak boleh digunakan.
C Pekerja itu memaklumkan kepada beberapa orang penunggang motosikal bahawa
jalan itu sedang diperbaiki dan tidak boleh digunakan.
D Pekerja itu meminta maklumat daripada beberapa orang penunggang motosikal
tentang jalan yang sedang diperbaiki dan tidak boleh digunakan.

16. Selepas menggosok kerusi itu dengan kertas pasir, ayah menyapunya dengan varnish.

A Kertas pasir itu digosok oleh ayah pada kerusi yang disapu varnish.
B Ayah menyapu kertas pasir pada kerusi yang digosoknya dengan
varnish.
C Kerusi itu perlu disapu dengan varnish sebelum digosok dengan kertas
pasir oleh ayah.
D Ayah menyapu varnish pada kerusi yang telah digosoknya dengan
kertas pasir itu.

011 6 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

“Aku tidak akan meninggalkanmu! Apa yang akan terjadi, aku tetap bersamamu!”

“Kaulihatlah keadaanku ini, aku tidak berdaya lagi untuk berjalan. Kaupergilah minta
bantuan. Aku akan tetap menunggu kau,” pujuk Zamri. Razlan serba salah. Hendak meninggalkan
kawannya yang cedera parah di tengah rimba itu adalah sesuatu yang sukar. Tentu sesuatu yang
sukar. Tentu binatang buas akan melapah daging rakannya itu. Ah, dia tidak sanggup melihat
rakannya diperlakukan sedemikian rupa! Biarlah dia mati bersama-sama dengan rakannya di
tengah rimba itu.

“Kaupergilah! Aku tahu menjaga diri. Kalau kaudapat memanggil pasukan penyelamat
mungkin nasib aku baik. Jika tidak, mungkin kita berdua menjadi mangsa binatang buas di sini,”
pujuk Zamri lagi. Razlan terkenang akan saat dia bersama Zamri ketika bersiap-siap hendak pergi
memburu. Selalunya, mereka ditemani oleh Lim dan Siva tetapi kali ini, Lim dan Siva tidak
mendapat cuti pula. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa meneruskan rancangan yang telah diatur
mereka seminggu yang lalu. Ketika mereka asyik memburu, tiba-tiba terdengar suatu letupan dan
disertai dengan suara Zamri meraung kesakitan. Rupa-rupanya, Zamri terkena peluru sesat.

“Lan, janganlah kaufikir lagi, Pergilah!” kata Zamri. Tanpa berlengah, Razlan mengambil
parang yang tersisip di pinggangnya lalu menebang beberapa batang anak kayu. Dia membuat
pengusung dan meletakkan Zamri di atas pengusung itu. Biar apa pun yang terjadi, dia tidak

011 7 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

sanggup meninggalkan Zamri bersendirian di situ. Kalau apa-apa terjadi, dia akan menyesal seumur
hidupnya.

“Aku akan bawa kau keluar dari sini! Kita akan selamat, Insya-Allah,” kata Razlan sambil
menggenggam erat tangan Zamri. Mereka berdua beredar dari situ setelah fajar hampir menyinsing.

17. Bagaimanakah Zamri mendapat kecederaan yang teruk itu?

A Dia digigit binatang buas.


B Dia terkena peluru sesat.
C Di tertembak oleh rakannnya.
D Dia terjatuh ke dalam gaung semasa memburu.

18. Mengapakah Razlan tidak sanggup meninggalkan Zamri di rimba itu?

A Lima dan Siva tidak akan menemuinya.


B Dia takut untuk keluar meminta bantuan.
C Dia tidak yakin Zamri akan dapat diselamatkan.
D Dia bimbang Zamri akan dimakan binantang buas.

19. Apakah tindakan yang diambil oleh Razlan?

A Meminta bantuan daripada Lim dan Siva.


B Meninggalkan Zamri bersendirian di tengah hutan itu.
C Membuat pengusung dan membawa Zamri keluar dari hutan itu.
D Memagari Zamri dengan batang anak-anak pokok yang ditebangnya.

20. Rangkai kata rakannya diperlakukan sedemikian rupa membawa maksud

A ditelan oleh binatang-binatang buas.


B ditemani oleh binatang-binatang buas.
C hidup bersendirian di dalam hutan rimba itu.

011 8 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

D disiat-siat dagingnya oleh binatang-binatang buas.


BAHAGIAN B

Soalan 21

(a) Garisi kata kerja yang sesuai dengan ayat yang diberi.

i. Mak Siti ( tergelincir , tersadung ) kerana terpijak kulit pisang yang


dibuang oleh suaminya.
ii. Pada musim tengkujuh Pak Abu memenuhi masa lapangnya dengan

( menjahit, menyirat ) jalanya yang koyak.

iii. Abang ( mencantas, menebas ) semak samun di kebunnya yang

telah lama terbiar.


( 3 markah )

(b) Padankan perumpamaan yang sesuai dengan maksudnya.

Mendapat keuntungan yang


(i) Bagai aur dengan tebing.
besar

(ii) Bagai bulan jatuh ke riba. Orang yang dapat kedudukan


mewah

(iii) Bagai tikus jatuh ke beras . Bekerjasama antara satu sama


lain

( 3 markah )

( c ) Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat

011 9 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

di bawah.

sejambak sebiji sekeping setandan


setangkai serawan sebatang selembar

(i) Pak Hamid telah membawa pulang ………………….. pisang yang baru ditebangnya
ke rumah.

(ii) Pak Abu telah pergi ke sungai dengan membawa …………….. jala untuk
menangkap ikan

(iii) Halimah telah memberi ………………..bunga kepada guru kesayangannya.


( 3 markah )

Soalan 22

Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.

i Ribuan peminat-peminat membanjiri Stadium Merdeka untuk


menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia 2018.

ii Sesetengah kawasan di Kota Tinggi ditenggelami air sedalam enam


meter ekoran hujan lebat sejak petang semalam.

iii Nasi yang ditanak dalam periuk itu benyek kerana terlebih sukatan air.

iv Datuk Fauzi akan bertolak ke Kuala Lumpur pada keesokan hari.

v Penduduk kampung mendirikan rumah demi untuk mangsa rebut itu


secara bergotong-royong.

( 5 markah )

Soalan 23

Pilih kata ganda yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat

011 10 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

di bawah

mandi-manda obor-obor sihat-sihat


berpeluh-peluh berbual-bual kunang-kunang

(i) Para pelancong dapat melihat cahaya ________________________yang


hinggap pada pokok berembang pada waktu malam di tempat peranginan Pantai Cenang

(ii) Selepas mendengar taklimat, mereka minum di kantin sambil ____________tentang


hobi masing-masing.

(iii) Air penting dalam kehidupan kita untuk kegunaan harian seperti mencuci,
____________________, dan sebagai minuman.

(iv) Badan adik ___________________kerana bermain di bawah bahang matahari.

( 4 markah )

Soalan 24

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat yang lengkap.

011 11 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

Program Kecemerlangan UPSR 2019


TARIKH
5 JULAI 2019
DEWAN BUDIMAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR
MASA
8.00 PAGI – 5.00 PETANG

OBJEKTIF
- Membiasakan murid-murid dengan bentuk soalan peperiksaan UPSR
- Member pendedahan kepada murid-murid tentang cara-cara menjawab soalan UPSR
dengan tepat dan mantap.
- Bengkel Teknik menjawab disampaikan oleh guru-guru cemerlang dan penceramah
eknik menjawab bagi setiap mata pelajaran.
- Merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

(a) Apakah program yang dilaksanakan oleh Sekolah Kebangsaan Bandar


Penawar pada 5 Julai 2019?

____________________________________________________________________

( 1 markah )

(b) Berikan dua kesan yang mungkin berlaku kepada murid-murid selepas program ini dijalankan.

(a) _____________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________

( 2 markah)

011 12 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

(c) Pada pendapat kamu, apakah dua tujuan lain pihak sekolah mengadakan program tersebut?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

( 3 markah )

Soalan 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sabtu – 12 Julai 2019

Hari ini hari Sabtu. Aina bangun awal pagi seperti hari-hari biasa walaupun hari ini cuti sekolah
hujung minggu. Selepas mandi dan mengemas bilik tidur, Aina dan adiknya, Fitri bersiap-siap
untuk pergi berjoging bersama-sama ibu dan bapanya. Aktiviti ini selalu dilakukan pada setiap cuti
hujung minggu. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan, tetapi juga dapat
merapatkan hubungan mereka sekeluarga.

Mereka berjoging di Dataran Tasik Setia Aman. Selepas berjoging mereka membuat senaman
ringan. Mereka melakukan regangan badan dan saling membantu semasa melakukan aktiviti
tersebut. Semasa berjoging, mereka saling bertegur sapa dengan pengunjung yang lain kerana
mereka saling mengenali. Ada masanya mereka berbual-bual dan bertanya khabar.

Selepas berjoging, Aina dan keluarganya akan pulang ke rumah. Selepas membersihkan
badan, Aina akan bersarapan bersama-sama ibu bapanya. Selepas sarapan, Aina membantu ibunya
membersihkan dapur dan membasuh baju. Semua itu dilakukan dengan ikhlas.

(a) Selepas mandi Aina akan ____________________________________________

( 1 markah )

011 13 [ Lihat halaman sebelah


SULIT 011

(b) Apakah kebaikan yang kita peroleh daripada aktiviti berjoging?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

( 2 markah )

(b) Nyatakan nilai murni yang dapat kita contohi daripada petikan cerita di
atas?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

( 3 markah )

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

011 14 [ Lihat halaman sebelah

Anda mungkin juga menyukai