Anda di halaman 1dari 14

Kertas Ramalan Pra-UPSR 100

PEMAHAMAN Satu jam lima belas minit


BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pasukan bola sepak sekolah saya 5 Kita mengamalkan


menang dalam sikap bersopan santun dan
perlawanan akhir peringkat menghormati orang yang lebih tua
negeri. daripada kita.
A sedikit A akan
B tipis B dapat
C besar C perlu
D nipis D sudah

2 Kerosakan jalan raya di kawasan Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.


perumahan itu disebabkan lori
yang di kawasan
tersebut.
A simpang-siur
B mundar-mandir
C lalu-lalang
D riuh-rendah

3 Bayi itu semalam-malaman


kerana sakit perut.
A meratap
B meracau
C merengek
D mendengus

4 Kita perlu mengamalkan cara hidup 6 Penduduk Taman Pelangi Semenyih


yang sihat ingin bersepakat untuk
terhindar penyakit kawasan kediaman masing-masing
berbahaya. pada hujung minggu ini.
A jika … daripada A membersihkan
B serta … dari B mengotorkan
C sekiranya …dengan C mencuci
D ketika … serta D menghias

1
7
Sultan Perak, Sultan Nazrin 11 Pilih ayat-ayat yang menggunakan
Muizzuddin Shah ibni Almarhum perkataan bergaris dengan betul.
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah I Anak Zamani menyandang
Al-Maghfur-Lah akan pendapatan yang tertinggi di
untuk bertemu dengan rakyat jelata syarikat itu.
sempena Hari Keputeraan baginda II Anggota Rela yang sedang
nanti. berkawad itu menyandang
A merafak sembah senapang di bahunya.
B menjunjung titah III Ribuan penduduk di Bangladesh
C mencemar duli menyandang derita akibat
D menerima mengadap kemiskinan.
IV Datuk menyandang di pangkal
8
Hanya penduduk pokok kuini setelah penat
Kampung Rawa yang terlibat dengan membersihkan dusunnya.
Projek Rumah 1 Malaysia. A I dan II
A segelintir B II dan III
B segenap C III dan IV
C semua D I dan IV
D setengah
12 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi
9 Pilih simpulan bahasa yang sesuai jawapan yang diberikan.
bagi mengisi tempat kosong.
Pembinaan rumah pangsa di lereng
Tuan Zoey apabila bukit itu telah dibantah oleh penduduk
mendapati kereta baharunya hilang di kampung kerana bimbang kejadian
bangunan pejabatnya. tanah runtuh akan berlaku lagi.
A darah muda A Mengapakah pembinaan
B naik darah rumah pangsa di lereng bukit
C darah tinggi itu dibantah oleh penduduk
D bangga diri kampung?
B Bagaimanakah pembinaan
10 Pasukan Sekolah Kebangsaan rumah pangsa itu boleh
Senibai kalah tipis kepada Pasukan menyebabkan tanah runtuh?
Sekolah Kebangsaan Undang Johol C Siapakah yang berasa bimbang
dalam pertandingan akhir badminton akan kejadian tanah runtuh itu?
Kejohanan MSSNS. D Bilakah kejadian tanah runtuh itu
berlaku?
Pilih perkataan sinonim bagi kalah.
A tewas 13 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat
B menang tanya yang diberikan.
C juara
D seri Siapakah yang merasmikan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan Kulai Jaya?

2
A Majlis Anugerah Kecemerlangan C Penduduk Taman Delima akan
Sekolah Kebangsaan Kulai Jaya menganjurkan pertandingan
diadakan pada hari Sabtu. memikat burung.
B Majlis Anugerah Kecemerlangan D Penduduk Taman Delima telah
Sekolah Kebangsaan Kulai Jaya menganjurkan pertandingan
dirasmikan oleh Yang Dipertua memikat burung di Taman
PIBG. Delima.
C Saya terlibat di bahagian
penerima anugerah pada majlis Soalan 15
tersebut. Pilih ayat yang betul.
D Anugerah itu berlangsung pada
pukul 8.00 pagi. 15 I Oleh kerana mata Zawin
bengkak, pembedahan terpaksa
14 Pilih ayat yang sama maksud dengan dilakukan.
ayat yang diberi. II Kertas-kertas kerja projek
tersebut telah dibentangkan oleh
Pertandingan memikat burung telah Tuan Ihsan.
dianjurkan oleh penduduk Taman III Sumbangan derma itu telah
Delima. diagih-agihkan dalam kalangan
A Penduduk taman telah murid.
menganjurkan pertandingan IV Di dalam perdebatan itu, mereka
memikat burung. mencari jalan penyelesaikan
B Penduduk Taman Delima telah yang terbaik.
menganjurkan pertandingan A I dan II C III dan IV
memikat burung. B II dan III D I dan IV

Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kita berkenalan dengan Encik Abdul Mukhsin bin Haslam. Beliau merupakan seorang
pengusaha gerai menjual juadah hidangan makan tengah hari. Gerai yang dimaksudkan
terletak berhampiran kawasan taman perumahan dan deretan rumah kedai di Pekan
Semenyih. Gerai makanannya juga terletak bersebelahan dengan pasar raya. Beliau
seorang peniaga yang cekal dan gigih berusaha. Setiap hari, beliau menyediakan pelbagai
jenis lauk untuk memenuhi selera para pelanggannya. Layanan perkhidmatannya juga
cepat dan mesra pelanggan.
Pilihan makanan yang pelbagai, rasa yang enak dan harga yang berpatutan
menyebabkan gerainya tidak putus-putus dikunjungi oleh pelanggan. Selain itu,
persekitaran gerainya juga kemas dan bersih. Oleh sebab itu, gerai ini telah terpilih untuk
memenangi hadiah tempat pertama dalam “Pertandingan Gerai Terbersih Tahun 2019”
bagi daerah Semenyih.
Pendapatan hasil perniagaannya bertambah dari sebulan ke sebulan. Namun
begitu, beliau tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatannya
ke dalam bank. Duit perniagaan itu jugalah yang digunakan untuk menyara isteri dan

3
tiga orang anaknya yang masih belajar. Setelah sepuluh tahun menjalankan perniagaan,
beliau berhasrat untuk memperbesar perniagaannya
Encik Abdul Mukhsin mempunyai impian dan bercita-cita untuk membeli sebuah rumah
kedai untuk dijadikan restoran. Hasratnya tercapai apabila permohonan pinjamannya telah
diluluskan oleh pihak pengurusan bank. Kini, beliau sudah memiliki tiga buah restoran.
Ketiga-tiga buah restorannya terletak di Beranang, Lenggeng dan Broga. Sikap beliau
yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa bertawakal, menjadikannya
seorang peniaga yang berjaya dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Bak kata
pepatah Melayu, “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.

16 Di manakah terletaknya gerai pertama 19 Berikut merupakan nilai murni yang


Encik Abdul Mukhsin bin Haslam? boleh dijadikan contoh teladan
A Semenyih berdasarkan petikan tersebut kecuali
B Beranang A berjimat cermat dalam berbelanja.
C Lenggeng B menyediakan menu mengikut
D Broga harga makanan.
C cekal dan gigih berusaha ketika
17 Perkataan cekal mempunyai maksud melakukan sesuatu.
yang sama dengan perkataan D mengamalkan budaya bersih dan
A berani kemas pada setiap masa.
B sabar
C tabah 20 Peribahasa “Jika tidak dipecahkan
D istiqamah ruyung, manakan dapat sagunya”
bermaksud
18 Mengapakah kita digalakkan untuk A kulit rumbia perlu dibuang dahulu
menyimpan sebahagian daripada sebelum mengambil isinya.
pendapatan kita? B seseorang itu mesti bersih dan
A Supaya kita boleh membuka kemas untuk mendapatkan
restoran yang baharu hadiah.
B Supaya kita mudah membuat C kita perlu membuat pinjaman
pinjaman dengan pihak bank bank supaya berjaya dalam
C Supaya boleh digunakan ketika perniagaan.
waktu kecemasan D cita-cita kita tidak akan tercapai
D Supaya orang ramai tahu yang sekiranya tidak berusaha dengan
kita golongan orang yang gigih.
berharta

4
Bahagian B
[30 markah]
Soalan 21
(a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya.
Tulis perkataan yang betul dalam ruang yang disediakan.

(i) Encik Jamil menghirup udara yang segar di beranda rumahnya dan menikmati
secawan kopi.

(ii) Pemarkahan untuk pertandingan bercerita itu diambil kira daripada pelbagai
aspek seperti persembahan, penyampaian dan intonasinya.

(iii) Ayah menerima sepucuk surat dari adik yang sedang melanjutkan pelajaran
di luar negara.

[3 markah]

(b) Tandakan (✔) di dalam petak yang disediakan bagi mengisi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

(i) Ibu menyuruh kakak menyalakan se lilin di ruang tamu


semasa bekalan elektrik terputus.

batang buah biji


(ii) Cikgu Suhaila menyuruh murid-muridnya menandakan kedudukan beberapa
banjaran di dalam peta Malaysia dengan
menggunakan se pensel.

biji ketul buah


bilah batang batang

[2 markah]

5
(c) Tulis jawapan yang sesuai bagi soalan yang diberikan dengan menggunakan ayat
yang lengkap.

Datuk : Bolehkah Azri siramkan pokok-pokok bunga di halaman rumah ini?


Azri :

[2 markah]

(d) Lengkapkan frasa berikut supaya menjadi peribahasa.

(i) Seperti api

(ii) Bagai menatang


[2 markah]

Soalan 22
Tandakan (✓) pada ayat yang betul dan (✗) pada ayat yang salah.

(i) Kamariah merupakan peserta lumba lari daripada Sekolah


Kebangsaan Tanjung Malik.
(ii) Ibu menjadi rambang mata semasa berada di Bukit Kayu Hitam.

(iii) Semua murid-murid diminta menghadirkan diri pada hari Sabtu ini
untuk aktiviti gotong-royong.
(iv) Lim dan Siva bersahabat baik sejak dari kecil lagi.

(v) Dalilah bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera seperti ayahnya.

[5 markah]

Soalan 23
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

ribuan bertahun-tahun selepas keluh-kesah

daripada lazat semasa desas-desus

1 Amira dan Amirul berubah sikap menjadi murid yang pendiam


mengalami kemalangan jalan raya tahun lalu.

6
2 Ibu suka mengunjungi Kedai Kek dan Pastri Junaidah kerana menyediakan pelbagai
aneka kek yang .

3 Perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia antara Kedah dengan JDT telah menyebabkan
penonton membanjiri Stadium Shah Alam.

4 tentang kematian jutawan terkemuka itu hanyalah palsu sahaja.


[4 markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru besar, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Pada hari ini, saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Masalah Vandalisme”. Menurut ‘Kamus
Inggeris–Melayu Dewan’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, vandalisme
bermaksud perbuatan laku musnah atau melakukan kemusnahan. Di Malaysia,
vandalisme merujuk perbuatan merosakkan harta benda awam seperti pondok
telefon, meter tempat letak kereta, lif-lif di perumahan awam, tempat-tempat
menunggu bas, tandas awam, dan berbagai-bagai lagi.
Akibat daripada gejala merosakkan harta benda awam atau vandalisme ini,
pihak kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit untuk membaiki semula
peralatan yang rosak. Perbuatan vandalisme ini biasanya dilakukan oleh remaja
yang masih bersekolah, kutu rayau dan penagih dadah. Remaja yang dilanda
kecewa, tidak berjaya mengawal emosi, ingin membalas dendam, pengaruh
rakan sebaya dan mengalami gangguan jiwa merupakan punca utama terjadinya
vandalisme.

Hadirin yang dihormati,


Vandalisme wajar dibanteras oleh semua pihak. Pendidikan merupakan
tunjang utama dalam mengubati penyakit sosial ini. Pada peringkat sekolah,
pendidikan mampu mencambahkan kesedaran cinta akan harta benda awam dalam
kalangan murid. Masyarakat setempat pula perlu prihatin dan bertanggungjawab
untuk mengambil tindakan tanpa perlu mengharapkan pihak berkuasa membuat
tangkapan.
Namun begitu, kita harus ingat bahawa gejala vandalisme tidak akan berleluasa
jika hukuman berat dikenakan ke atas perosak terbabit. Sesetengah negara
contohnya Singapura, mengenakan hukuman yang berat ke atas pemusnah harta
benda awam ini. Hukuman berat sebegini terbukti mampu mengurangkan kes-kes
vandalisme.

7
(a) Apakah sebab utama terjadinya vandalisme?

[2 markah]

(b) Mengapakah remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya?

[2 markah]

(c) Sekiranya kamu terlihat seseorang melakukan perbuatan vandalisme, apakah


tindakan yang akan kamu lakukan?

Jawapan kamu hendaklah menggunakan ayat yang lengkap.

[3 markah]

Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Apabila ditanya mengenai snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang
biasa kita terima ialah keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan
jeruk. Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam
makanan ringan tersebut, terutamanya penggunaan monosodium glutamate (MSG),
gula dan bahan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa yang mengamalkan
diet makanan ini.
Mulai hari ini, mari kita cuba untuk mengubah persepsi terhadap snek makanan
dengan menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat. Kismis
merupakan salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek
makanan kepada anak-anak. Justeru, kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis
hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis
keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek. Menurut Pakar

8
Pembangunan Kanak-kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang
tidak mengetahui bahawa kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang
asli. Kismis mampu memberikan tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.
Memang gula-gula mampu memberikan tenaga yang lebih, tetapi ini akan
menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif dan semakin lemah apabila
kandungan gula mula merosot. Berlainan dengan kismis, kanak-kanak akan dapat
tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan. Kismis juga makanan ringan yang
lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada
gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata. Kata beliau lagi,
kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai,
sebaliknya mereka lebih gemar akan makanan yang lebih santai. Oleh itu, ibu bapa
perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih
bersekolah.

(a) Apakah bahan perisa yang terkandung dalam makanan ringan?

[1 markah]

(b) Terangkan kebaikan pengambilan kismis sebagai snek makanan ringan.

[2 markah]

(c) Selain kismis, apakah makanan lain yang elok diamalkan oleh kanak-kanak yang
masih bersekolah?

[2 markah]

9
PENULISAN
BAHAGIAN A
[10 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]
Gambar di bawah menunjukkan keadaan di sebuah majlis perkahwinan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

10
BAHAGIAN B
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 25 minit]
Gambar di bawah menunjukkan resipi Cekodok Pisang.
Tulis ulasan tentang resipi Cekodok Pisang tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Resipi Cekodok Pisang

Bahan-bahan
• 500 gram pisang emas (anggaran 15 hingga 20 biji bersaiz kecil)
• 1 cawan tepung gandum
• 1 sudu garam halus
• 2 sudu besar gula

Cara penyediaan
1 Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul.
2 Masukkan garam, gula dan tepung sedikit demi sedikit. Jangan masukkan
tepung gandum sekali gus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza-
beza dan bergantung kepada kuantiti pisang.
3 Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
4 Jemput adunan menggunakan hujung jari dan masukkan ke dalam minyak
panas.
5 Goreng dan kacau dengan sudip secara membalik-balikkan cekodok
sehingga bahagian luar berwarna perang dan rangup.
6 Angkat dan hidangkan.

11

12
BAHAGIAN C
[25 markah]
[Masa dicadangkan: 35 minit]
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-43


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KEMUNING
Tarikh : 9 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Padang SK Sungai
Kemuning

Semua dijemput hadir

Sekolah kamu telah menganjurkan satu kejohanan sukan tahunan yang sangat meriah.

Tulis sebuah catatan tentang kejohanan itu.

ATAU

Sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, sekolah kamu telah mengadakan


pelbagai aktiviti seperti ceramah dan persembahan daripada murid-murid.

Tulis laporan tentang sambutan tersebut dengan lengkap.

13
BAHAGIAN C

No. Soalan

14

Anda mungkin juga menyukai