Anda di halaman 1dari 11

KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka


surat

BAB 1. Kecergasan 1 – 17

BAB 2 Kemahiran 18 – 41

BAB 3 Kesukanan 42 – 45

BAB 4 Kesihatan Diri dan Keluarga 46 – 51

BAB 5 Gaya Hidup Sihat 52 - 56

BAB 6 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran 57 – 60

Lampiran Jawapan 61 - 64
Tajuk : SOALAN PJK TINGKATAN 1
Tunjang : KECERGASAN

1. Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan kardiovaskular;


A Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan.
B Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang
lama.
C. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligemen membanarkan anggota badan
bergerak pada julat pergerakan yang maksimum
D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau
mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum. U1

2. Yang manakah di antara berikut perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti


latihan bagi mengelakkan kecederaan?
A Menggunakan kawasan berpokok untuk lakukan aktiviti
B Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan kecergasan
C Membuat aktiviti latihan tanpa melakukan panaskan badan
D Melakukan aktiviti mengikut apa sahaja teknik yang diketahui

3. Antara berikut, yang manakah aktiviti di bawah ini dapat membina daya tahan
kardiovaskular?
A Tekan tubi
B Dekam lunjur
C Aktiviti senamrobik.
D Aktiviti bangkit tubi

4. Apakah faedah memiliki daya tahan otot yang baik?


A Mengawal dan mengurangkan berat badan
B Mengurangkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
C Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-ulang
D Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah
5. Antara berikut, yang manakah aktiviti di bawah ini dapat membina kekuatan otot?
A Tekan tubi
B Dekam lunjur
C Aktiviti senamrobik
D Berlari dan berjalan pantas

6. Apakah faedah memiliki kelajuan yang baik ialah


A. Meningkatkan kuasa di bahagian kaki
B. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
C. Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
D. Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah

7. Antara berikut, yang manakah dapat membina kelenturan?


A. Tekan tubi
B. Lari pecut 60 meter
C. Berlari dan berjalan pantas
D. Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang

8 . Langkah-langkah keselamatan yang boleh dilakukan semasa melakukan sesuatu


aktiviti ialah
I. pakaian dan kasut yang sesuai
II. mengabaikan arahan dan peraturan
III. memanas dan menyejukkan badan
IV. mengikut kemampuan dan tahap kecergasan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV
9. Bola sepak tidak boleh dimainkan dengan anggota badan berikut
A. kaki
B. dada
C. paha
D. tangan

10 . Nyatakan jenis hantaran yang biasa dilakukan


A. hantaran sisi
B. hantaran leret
C. hantaran lantun
D. hantaran aras dada

11. Dalam satu perlawanan bola jaring pemain yang bermain diposisi mana yang boleh
menjaringkan gol
A. GA
B. GS
C. GK
D. GW

Fasa ini adalah suatu tindakan eksplosif iaitu sebaik sahaja pelari
mendengar isyarat mula atau bunyi letupan pistol.

12. Pernyataan di atas menunjukkan satu fasa kemahiran dalam acara lari pecut.
Apakah fasa tersebut ?
A Fasa pecutan
B Fasa berlepas
C Fasa penamat
D Fasa permulaan
13. Fasa penamat ialah fasa apabila pelari mengakhiri larian. Antara berikut, yang
manakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa menghampiri
garisan penamat ?
I Badan dicondongkan sedikit
II Bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan
III Pelari perlu melihat ke kiri dan ke kanan semasa menghampiri garisan
penamat
IV Terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan sehingga melepasi garisan
penamat.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

14. Dalam acara lontar peluru, aspek keselamatan perlu di ambilkira oleh seorang
atlet agar kecederaan dan kemalangan dapat dielakkan semasa melakukan
lontaran. Antara berikut, yang manakah aspek keselamatan yang perlu diambil
perhatian?
I Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan lontaran
II Peluru yang basah hendaklah dibiarkan sebelum melakukan lontaran
III Pastikan sektor lontaran jauh daripada tempat laluan awam atau peserta
IV Gunakan kasut yang sesuai supaya tidak tergelincir terutamanya semasa
fasa gelongsor

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
15. Antara berikut, yang manakah merupakan kesalahan yang biasa dilakukan oleh
atlet dalam acara lontar peluru?
A Atlet melakukan lontaran sambil melompat-lompat
B Atlet masuk ke sektor lontaran melalui arah hadapan
C Selepas melontar, atlet keluar ikut arah hadapan sektor
D Selepas melontar, atlet keluar ikut arah belakang sektor

16. Pilih pernyataan yang betul.


A. Jawatankuasa keselamatan – menyediakan peralatan
B. Jawatankuasa urusetia – menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan
kebersihan
C. Jawatankuasa makanan – menguruskan penyediaan makan dan minum
peserta.
D. Jawatankuasa peralatan – menyediakan jadual dan mengatur aktiviti
perkhemahan

17. Kemudahan-kemudahan asas semasa perkhemahan termasuklah perkara berikut


I. khemah induk
II sumber air bersih
III perhubungan jalan raya
IV sistem komunikasi yang lengkap

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

18. Faedah-faedah yang diperolehi daripada aktiviti perkhemahan adalah seperti


berikut
I. melapangkan fikiran
II. meningkatkan kecergasan fizikal
III meningkatkan perkembangan jasmani
IV meningkatkan kemahiran sosial dan berinteraksi

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

19. Aktiviti perkhemahan menitikberatkan semangat


A. patriotik
B. kerjasama
C. kesukanan
D. keyakinan diri

20. Apakah kelebihan pengurusan peralatan sukan yang cekap kepada sesebuah sekolah?
A Disiplin pelajar meningkat
B Alatan sukan boleh digunakan sesuka hati
C Persekitaran sekolah sentiasa bersih dan cantik
D Alatan sukan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan

21. Apakah kebaikan alatan sukan disusun dengan baik dan teratur?
A Stor sukan kelihatan cantik
B Alatan sukan tahan lebih lama
C Memastikan peralatan tidak digunakan
D Memudahkan pengambilan dan penyimpanan alatan

22. Alatan yang besar atau berat seperti bola sepak dan peluru perlu disimpan di
bahagian
A rak atas
B rak tengah
C rak bawah
D rak pakaian

23. Selepas digunakan alatan yang diperbuat daripada kayu atau besi mesti dikeringkan
sebelum disimpan supaya
A alatan sentiasa bersih
B bilik sukan sentiasa kering
C alatan tidak mudah reput atau berkarat
D mudah untuk diambil dan disimpan oleh pelajar

24. • Menerima wang haram


• Memastikan pasukannya kalah
Penyataan di atas merujuk
• Tiada semangat kesukanan
kepada pemain yang
mengamalkan
A rasuah
B semangat kerjasama
C semangat perpaduan
D patuh kepada undang-undang

25. Antara berikut yang manakah merupakan kesan daripada amalan rasuah?
I aktiviti perjudian haram akan berleluasa
II mencemarkan nama baik atlet yang terlibat
III atlet yang terlibat menjadi kebanggaan negara
IV mencemarkan nama baik pasukan dan negara

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Jawab soalan berikut sekiranya pemyataan berikut BETUL tandakan A manakala jika
penyataan SALAH sila tamdakan B

26. Isu-isu kekeluargaan ialah melibatkan penceraian dan lari dari rumah ( A / B )

27. Cara-cara menghormati warga tua adalah dengan menghantar mereka rumah-rumah
orang tua ( A / B )

28. Kebahagiaan rumahtangga berdasarkan ciri-ciri seperti seperti bercakap besar.


( A / B )

29. Fungsi-fungsi utama makanan adalah untuk membina dan membaiki tisu-tisu
badan ( A / B )

30. Keluarga aman bahagia bukan punca remaja lari dari rumah ( A / B )

31. Antara amalan gaya hidup sihat ialah dengan mengasingkan diri dari masyarakat
( A / B )

32. Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara adalah peningkatan kadar jenayah dan
gejala sosial ( A / B )
33. Mangsa perlu diletakkan dalam kedudukan meniarap dan kepala disendengkan
untuk membuka ruang pernafasannya. ( A / B )

34. Aktiviti ujian SEGAK dijalankan sekali sahaja setahun ( A / B )


35. Ujian naik turun bangku mengambil tempoh masa selama 1 minit untuk
dijalankan sebelum perkiraan bilangan nadi diambil. ( A / B )

36. Ketika menjalankan jangkauan melunjur, pelajar lain perlu menolak belakang
rakan pelajar untuk mendapatkan ukuran yang lebih jauh. ( A / B )

37. Datuk Lee Chong Wei adalah pengulas sukan Malaysia yang terkenal. ( A / B )

38. Atlet sukan yang disabitkan kesalahan atas kesalahan pengambilan dadah wajar
diambil tindakan undang-undang ( A / B )

39. Penonton perlulah sentiasa bersikap menghormati pasukan yang mereka sokong
sahaja. ( A / B )

40. Amalan rasuah di dalam arena sukan adalah satu budaya yang membangunkan
sukan tanahair. ( A / B )

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai