Anda di halaman 1dari 3

BAB 7 PENINGKATAN TAMADUN INDIA DAN CHINA

Pemerintahan
Perluasan
Ekonomi dan Kebudayaan Teknologi Keagamaan
Kuasa
Pentadbiran

7.1 TAMADUN INDIA (Selepas Tamadun Indus runtuh)

Lokasi dan Perkembangannya


 Lembah Ganges.
 Bermulanya tahap kedua.
 Muncul kerajaan kecil dikenali sebagai Janapada bersifat kepuakan.
 Janapada membentuk kerajaan yang lebih besar dikenali sebagai Mahajanapada yang
diterajui oleh raja.
 Kerajaan Magadha (timur laut India – kedudukan yang strategik, laluan perdagangan)
merupakan kuasa penting antara tahun 540-490 Sebelum Masihi.
 Kemunculan Magadha memulakan sistem politik India. Antara kerajaan yang mucul
termasuk:
(a) Kerajaan Dinasti Nanda
(b) Kerajaan Dinasti Maurya
(c) Kerajaan Dinasti Gupta

Perluasan Kuasa dalam Tamadun India


 Berlaku persaingan untuk meluaskan kuasa. (Usaha kerajaan atau raja menguasai dan
meluaskan pengaruh terhadap pihak lain)
 Peringkat awal, persaingan bersifat fizikal.
 Peringkat seterusnya, persaingan bersifat keagamaan.
 Kepentingan : Kesejahteraan dan perdamaian.

Faktor Perluasan Kuasa


 Kekuatan tentera (pasukan tentera yang kuat utk mempertahankan negara)
 Dasar pemerintahan (diterajui oleh raja)
 Sumber manusia (Menjamin kerajaan ditadbir dgn baik dan berkesan)
 Diplomasi keagamaan (Aspek kemanusiaan dan keagamaan)
 Kewangan (pembiayaan daripada perbendaharaan negara)

Bentuk Perluasan Kuasa


(i) Perluasan fizikal – bergantung kepada sempadan wilayah
 Penguasaan wilayah-wilayah membentuk empayar
 Berlaku apabila kerajaan yg tewas mengakui taklukan dan mematuhi peraturan
 Faktor yg mendorong dasar perluasan kuasa termasuk kekuatan ketenteraan,
disiplin pasukan tentera dan dasar pemerintahan raja
 Contoh perluasan kuasa semasa pemerintahan dinasti:
(a) Dinasti Nanda (345-321 Sebelum Masihi)
Faktor: kekuatan tentera
Jenis Tentera Bilangan Tentera
Kavalri (Tentera Berkuda) 20000
Infantri (Tentera Berjalan Kaki) 200000
Tentera Bergajah 3000
Empayar Nanda meliputi:
1. Wilayah Bengal di timur India
2. Wilayah Punjab di barat India
3. Wilayah Deccan
Pusat pemerintahan empayar Nanda terletak di Pataliputra (Patna)

(b) Dinasti Maurya (322-185 Sebelum Masihi)


Faktor: Kekuatan Tentera
Jenis Tentera Bilangan Tentera
Kavalri (Tentera Berkuda) 30000
Infantri (Tentera Berjalan Kaki) 600000
Tentera Bergajah 9000
Empayar Maurya meliputi wilayah Bengal di timur hingga Hindu Kush di
barat. Pusat pemerintahan terletak di Pataliputra.
Dasar perluasan kuasa dilaksanakan semasa pemerintahan:
1. Chandragupta Maurya
2. Asoka – (Menguasai Kalinga – 150000 hilang harta, 100000 org terbunuh)

(c) Dinasti Gupta (320 – 550 Masihi)


Faktor: Keadah ketenteraan
Diterajui oleh Chandragupta I, menguasai dari Punjab hingga ke Benggal.

(ii) Perluasan keagamaan – merentas sempadan wilayah


Berlaku pada zaman Maurya dan Asoka
(a) Perluasan kuasa keagamaan Zaman Maurya
 Penyebaran agama Buddha
 Undang-undang Asoka diukir pada tiang batu (Tiang Asoka)
Ketua Misi Negara
Mahendra Sri Lanka
Sona dan Utara Asia Tenggara
(b) Perluasan kuasa keagamaan Zaman Gupta
 Penyebaran agama Hindu
 Pemerintahan Gupta memberi penekanan berasaskan agama Hindu dalam
bidang:
1. Kebudayaan
2. Kesusasteraan
3. Seni bina
4. Perdagangan
5. Pemerintahan
 Raja Samudragupta (335-376 Masihi) memerintah bidang kesusasteraan. Hasil
puisi Kaviraja (Raja Penyair)

Sumbangan dalam Aspek lain

Bidang Sumbangan
Kesusasteraan 1. Kitab Arthasastra – hasil Kautilya
rujukan pada zaman Maurya.
Kesenian 1. Lukisan di gua Ajanta dan Ellora bukti
keagungan kesenian
Perdagangan 1. Daratan dan Maritim
2. Wang syiling emas pada zaman Gupta

Anda mungkin juga menyukai