Anda di halaman 1dari 3

Mengisi Kemerdekaan Dengan Jiwa Merdeka

31 Ogos 1957 merupakan hari keramat untuk warga Tanah Melayu. Pada tarikh tersebut Tanah
Melayu secara rasmi diisytiharkan merdeka daripada penjajahan British selepas satu abad lebih
terjajah. Kemerdekaan merupakan satu nikmat bagi sesebuah negara. Ia adalah lambang
kemulian dan kedaulatan. Ia bererti kebebasan daripada kongkongan penjajahan. Ia juga
bermaksud kebebasan untuk mentadbir sendiri negara tanpa perlu terikat dengan telunjuk tangan
penjajah.

Namun dalam mengisi kemerdekaan ini, jiwa warga sesebuah negara perlu lebih bebas dan
merdeka. Kemerdekaan bukan bererti sekadar secara fizikalnya para penjajah meninggalkan
negara ini. Tetapi yang lebih utama pemikiran, gaya hidup dan akhlak penjajah juga perlu
dinyahkan dari bumi tercinta ini.

Sejarah dunia menunjukkan bahawa kemerdekaan sesebuah negara tidak akan berlaku melainkan
setelah para penjajah merasakan segala kepentingan mereka tidak terjejas. Caranya ialah dengan
memastikan bahawa para pentadbir baru yang bakal mentadbir negara juga perlu berfikiran
seperi mereka. Inilah yang dikatakan “penjajahan minda”. Inilah juga cara penjajahan era moden.

Penjajahan berlaku pada minda, akhlak, tingkah laku dan cara fikir kerana warga di negara
merdeka masih berkiblatkan penjajah. Inilah yang disedari oleh Abu A`lla al-Maududi, seorang
pemikir dan ilmuwan Islam yang terkemuka di bumi India di kala India mendapat kemerdekaan
dan berlaku perpecahan negara kepada India dan Pakistan. Beliau menyatakan: “Telah pergi
orang Inggeris yang berkulit merah namun masih kekal Inggeris berkulit sawo matang”.

Maksud beliau ialah meskipun para penjajah telah pergi, namun bakal –bakal pentadbir yang
menggantikan mereka masih berfikiran seperti penjajah dalam menguruskan negara. Justeru,
kiblat dan panduan mereka tetap ke barat. Lantaran itu, laungan merdeka tidak wajar hanya
menjadi retorik kosong. Ia perlu dilaungkan dengan semangat dan jiwa yang merdeka daripada
sebarang idea dan cara hidup penjajah. Inilah usaha besar yang perlu dilakukan oleh warga
merdeka.

Hakikat kemerdekaan dalam Islam pula disorot dari perspektif hubungan manusia dan
PenciptaNya. Orang yang benar-benar merdeka ialah golongan yang berjaya membebaskan diri
daripada kongkongan nafsunya, lalu menyerahkan dirinya untuk berada di bawah tunjuk ajar
Allah iaitu Tuhan yang mencipta, memiliki dan menguruskan alam semesta ini.

Inilah mesej kemerdekaan yang dibawa oleh pejuang-pejuang Islam di awal Islam ketika mereka
berusaha membebaskan bangsa dan kaum yang lemah daripada cengkaman penjajahan Rom dan
Parsi yang merupakan dua kuasa besar dunia ketika itu. Ini dapat dilihat menerusi ungkapan
seorang pejuang Islam dihadapan Rustum panglima perang Rom: “Allah mengutuskan kami
untuk kami mengeluarkan manusia daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan
kepada Tuhan Pencipta manusia, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam, daripada
kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup di akhirat.”
Inilah mesej agung kemerdekaan yang dilaungkan dengan beraninya di hadapan pemimpin besar
kerajaan besar dunia ketika itu dengan penuh kebanggaan dan keberanian. Mesej merdeka Islam
mempunyai wawasan yang jauh. Ia bukan terhenti setakat kehidupan di dunia malah menjangkau
hidup selepas alam kematian. Ia bukan sekadar bererti kemerdekaan fizikal, malah ia merupakan
kebebasan cara fikir daripada kongkongan manusia yang engkar kepada Allah. Ia bererti tunduk
di bawah kekuasaan Allah kerana hanya dengan tunduk kepada Allah para pemerintah akan
berjaya memerintah dengan penuh keadilan.

Tanggungjawab pemerintah yang telah mengecapi kemerdekaan jiuga besar. Ia disebut oleh
Allah dalam firmanNya bermaksud: "Mereka yang apabila Kami beri kepada mereka kekuasaan,
mereka menegakkan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh manusia melakukan kebaikan,
melarang manusia melakukan kemungkaran, dan hanya milik Allah kesudahan segala perkara.”
(al-Haj; 41).

Justeru, jiwa merdeka ialah jiwa yang bebas daripada kongkongan minda penjajah yang kufur
kepada Allah. Ia bererti bebas daripada terikut-ikut dengan cara hidup mereka yang berkiblatkan
nafsu. Ia bererti bebas dari cengkaman nafsu serakah yang jahat. Jiwa merdeka ialah yang tunduk
dan patuh kepada Allah. Kepatuhan inilah menjadikan mereka berusaha mentadbir negara
dengan peraturan Allah. Hasilnya keadilan akan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat
tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.

Anda mungkin juga menyukai

  • Konsep Manajemen
    Konsep Manajemen
    Dokumen19 halaman
    Konsep Manajemen
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Konsep Keluarga
    Konsep Keluarga
    Dokumen16 halaman
    Konsep Keluarga
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • 2
    2
    Dokumen9 halaman
    2
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Konsep Keluarga
    Konsep Keluarga
    Dokumen6 halaman
    Konsep Keluarga
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Administrasi Pelayanan Kebidanan
    Administrasi Pelayanan Kebidanan
    Dokumen17 halaman
    Administrasi Pelayanan Kebidanan
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Oleh: Alinda Zulfiana Fitri
    Oleh: Alinda Zulfiana Fitri
    Dokumen25 halaman
    Oleh: Alinda Zulfiana Fitri
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Bab 4
    Bab 4
    Dokumen17 halaman
    Bab 4
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Bab 3
    Bab 3
    Dokumen50 halaman
    Bab 3
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Surat Izin Kuliah
    Surat Izin Kuliah
    Dokumen3 halaman
    Surat Izin Kuliah
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Hukum Perdata
    Hukum Perdata
    Dokumen14 halaman
    Hukum Perdata
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Bab 1& 2
    Bab 1& 2
    Dokumen162 halaman
    Bab 1& 2
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Contoh Surat Pernyataan
    Contoh Surat Pernyataan
    Dokumen1 halaman
    Contoh Surat Pernyataan
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Contoh Surat Lamaran
    Contoh Surat Lamaran
    Dokumen2 halaman
    Contoh Surat Lamaran
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Lamaran 2
    Lamaran 2
    Dokumen1 halaman
    Lamaran 2
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Pebedaan Swastan Negri
    Pebedaan Swastan Negri
    Dokumen2 halaman
    Pebedaan Swastan Negri
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat
  • Cara Menghitung Tenaga Perawat Di Rumah
    Cara Menghitung Tenaga Perawat Di Rumah
    Dokumen17 halaman
    Cara Menghitung Tenaga Perawat Di Rumah
    Sukri Fitrizan
    Belum ada peringkat
  • Contoh Surat Lamaran
    Contoh Surat Lamaran
    Dokumen2 halaman
    Contoh Surat Lamaran
    Alinda Zulfiana Fitri
    Belum ada peringkat