Anda di halaman 1dari 1

KHASIAT BUNGA KANCING BAJU

Inilah suatu risalah yang sangat elok bukan kepalang didalam kitab “ FAWAIDUL BAHIYAH FI TIBBIL
BADANIYAH” pada membicarakan khasiat daun kancing baju.

1. Daun kancing baju dikeringkan padanya, setelah kering maka ditumbuk lumat-lumat, dimakan
dengan minyak sapi lembu atau dengan susu lembu selama 7 hari, nescaya menguatkan zakar
dan semua penyakit yang ada di dalam badan akan hilang dengan kurnia Allah.

2. Akarnya diambil, dikeringkan, ditumbuk lumat, ditapis pada kain yang halus. Selepas itu, ambil
seberat 4 dinar bersamaan 17 gram dan dimakan dengan susu lembu atau lebih baik susu
kambing selama 6 bulan, insyaallah jin dan syaitan dalam tubuh orang yang mengalami
gangguan akan terseksa dan akan keluar.

3. Jika makan selama 4 tahun, nescaya akan berjumpa dengan nabi Allah Khidir AS Insyaallah.

4. Ambil daunnya sebagai campuran makjun dan diniatkan untuk meringankan tubuhnya , maka
akan ringan tubuh badannya.

5. Diambil kapur, bunga lawang, jemuju, dan buah pala, campurkan semuanya , maka ditanak dan
diambil abunya . Minum setiap pagi dan petang ketika perut kosong, banyak manfaatnya.
Ketika Makhdum Jahani bertemu dengan nabi Allah Khidir AS, maka berkatalah “ tolongku yang
maha mulia bahawa umur hamba adalah 50 tahun lamanya maka jadilah muka hamba seperti
orang muda, dan rambut hamba yang putih menjadi hitam. Lantas nabi khidir AS mengajarkan
beliau caranya. “Hamba makan buah kancing serta daunnya selama setahun demi ALLAH, demi
Rasulullah rambut hamba yang putih menjadi hitam dan keluar daripada tubuh hamba bau
kasturi. “ –Makdum Jahani

6. Ambil daun kancing baju itu dikeringkan padanya setelah itu ditumbuk lumat-lumat, ditapis dan
dimakan dengan sirih selama 3 hari berturut, nescaya akan menguatkan zakar.

7. Diambil daunnya serta dihancurkan, keringkan dan diayak dicampur dengan minyak sapi,
dimakan selama 6 bulan atau setahun , nescaya tidak melecur ketika terkena panas dan tidak
lemas dalam air. Tubuh itu bersifat dengan sifat lain tetapi patangnya dilarang untuk makan
sesuatu yang masam insyaallah juga dapat mewangikan mulut seperti bau kasturi.

Anda mungkin juga menyukai