Anda di halaman 1dari 19

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah
satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang
telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi
menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS
mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah
kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau
menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah
menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor
kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu
Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur
bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar,
"hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor
kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah
menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing.
Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya",
jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi
menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu
senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, "
Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan
aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia.
Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika
mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Asal-usul Sembahyang

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu
tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang
dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar
Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

 Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.


 Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu
tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi
Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu
sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

 Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.


 Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
 Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
 Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan
Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka
bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah
diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

 Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.


 Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
 Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
 Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang
waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang
tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

 Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha
Esa.
 Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
 Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu
Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada
ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang
dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua
perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi
Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

 Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.


 Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
 Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
 Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

7 Macam Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Mati

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima
seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu
digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang
membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari
manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang
yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan
kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan
mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi
pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati
anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).


2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Senarai Makanan & Hikmahnya dalam Islam

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita
akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi
s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)


Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan
kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli
kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)


Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat
berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)


Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda
kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga
bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan
angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka
saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu
banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam
betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)


Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)
yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus
dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan
kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)


Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di
dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)


Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg
tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma
hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah
masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita
melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith
menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya
tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka
pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu
pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)


Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan
dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang
dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu
makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan
yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar
dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)


Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan
Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)


Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang
bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang
campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan
badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau
lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan
mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta.
Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku,
tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin
baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila
dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w.,
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan
memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang
itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air
yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu
segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang
dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer)
dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk
(winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah
dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.
Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati
yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan
mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga
melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang
yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab.
Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu
hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan
pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat
bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa.
Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan
daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Rahsia Solat
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan
Niat Sembahyang
akhirat

Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita


Berdiri Betul
didalam kubur

Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam


Takbiratul Ihram
kubur

Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur

Rukuk Sebagai tikar kita didalam kubur

Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika


Iktidal
didalam kubur

Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul


Sujud
mustaqim

Duduk Antara Dua


Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
Sujud

Duduk Antara Dua


Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar
Sujud (akhir)

Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan


Tahiyat Akhir
oleh mungkar dan nangkir didalam kubur

Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka didalam kubur

Salam Memelihara kita didalam kubur

Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum
wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya
menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada
suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang
wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita
renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat
perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak
khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita
kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan
lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat
sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya
dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual
maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah
itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis
kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita
dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka.
Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari
kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung
dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut
sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka
yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-
wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-
mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari
lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk
mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang
yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup
berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup
susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati
demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli
dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa
jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal
lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu
merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah
diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan
seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada
pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala
seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk
mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja


yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan
memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu
kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan
amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan
zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila
saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas,
hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta
nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya
bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan
simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu
dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan
dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak
akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya
akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya
tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan
kedudukannya.
Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah
menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah
berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari
agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan
hati dan menenangkan fikiran.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang
diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang
terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat
mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai
ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta
dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah
yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa
yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi
syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di
dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi


keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal
berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh
anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari
berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat,
makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini
sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh
Rasulullah untuk menuju ke syurga.

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT


Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan
penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN


Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar
dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat
pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi
dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu
berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka
(masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR


Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu
berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak
berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga
maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan
suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di
waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa
sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit
mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN


Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa
makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan
fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan
kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal
makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan
yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam
kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata
(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-
ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179)

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada
Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para
muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan


hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.


Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT


Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan
dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta
kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR


Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-
rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR


Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat
menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup
menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang
beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)


Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,
bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)


Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke
atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW


Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada
as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari
keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT


Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran,
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Kisah Rahsia Di Sebalik Sembahyang Lima Waktu

Ali bin Abi Talib r.a berkata :


"Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka
dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya
Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan
oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi
utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan
oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:


'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu
kepada tuhanNya,
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka
setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa
meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul
sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari
terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka
berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada
kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama


sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka
Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan
diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan
sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-
waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang
Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin
yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah
maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan
dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah,
Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk
menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin


yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh
Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.


2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka
berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).
Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30
hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang,
lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian
Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari.
Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada
makhlukNya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan
itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan
dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh
dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangatmengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian
sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada
kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk


membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya
gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami
mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami
percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada
orang2 yang sabar."

(Al-Baqarah : 155)

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan


dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44
tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK
DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-
ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat
dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang
maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan
mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka,
akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,
sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah
pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK
BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai
Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli
puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan
berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka
Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak
yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur
dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan
dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun
kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan
itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di
dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat
ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia
sudah mati.

" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang
kamu lakukan."

Surah Al-Baqarah : 237

12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik


persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia


akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima


dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai


atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan
kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan


kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan.

Menjawab 6 Soalan

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?


2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

JAWAPAN >>>

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.


Lalu Imam Al Ghozali bertanya....

Soalan yang pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali
menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah
"MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.... "Apa yang paling jauh
dari diri kita di dunia ini?".
Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang".
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu
adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara
sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....


"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan
matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari
yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati
dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".


Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam
Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi
manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak
dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata
Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat.
Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita
meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia
selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Solat Berjamaah dari Pandangan Non-Muslim dan Sains

Assalamualaikum para sahabat dan sahabiah sekelian.

Cerita ini saya dengar dari satu kuliah agama yang diceritakan oleh seorang ustaz
(maaf, terlupa nama ustaz tu). Marilah kita bersama-sama renungkan pengajaran
daripada cerita ini dan menyingkap sedikit ke dalam diri kita tentang sejauh mana
kita cuba menuruti perintah agama dalam mencari kelebihan dalam setiap amalan
kita, terutamanya solat (berjamaah).

Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di


Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat
berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan
umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua
cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap
hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga
dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang
menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini
menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-
aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh
badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan
aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.

Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini
mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan
bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang
Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4
rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau,
sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang
berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya
dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas
positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan
fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita.

Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan
merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam
bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita,
tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh
cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan
mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh
cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah
keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin
seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan
kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam
keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir
seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya
memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab
itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang


atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak
tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak
dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas
ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi
lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.

Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan
banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas
ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar
(berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa
yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang
kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat
Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku
kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini
berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya


mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti
pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk
tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini.
Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya
tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk
menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan
solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta
para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu
diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya
(berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas
dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga
malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada
kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.

Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu
agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah
yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan
betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya
beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk
agama Islam. Subahanallah.

***3:190***
190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam
dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

***3:191***
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam
keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Fadhilat Wuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan
lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku
di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah


hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau
berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku


dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa


telinga ku ini" .

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,


permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku
pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya :

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah


Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas
kepala.
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut
dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa
kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Kebersihan Jasmani

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yg telah memakan bawang merah, bawang putih dan kurrath, maka
janganlah sesekali menghampiri masjid kita, kerana sesungguhnya malaikat merasa
susah dari perkara yg menyakitkan manusia." (H.R Muslim)

Rasulullah SAW sangat melarang orang2 yg makan sayuran yg berbau busuk supaya
tidak menghampiri masjid supaya bau busuk mulut mereka tidak menyusahkan
malaikat dan manusia.

Dari Jabir r.a bahwasanya beliau berkata: Rasulullah SAW telah datang kpd kita
kerana berziarah lalu baginda melihat seorang lelaki yg memakai pakaian kotor lalu
baginda bersabda: "Tidakkah orang ini dapat sesuatu yg dipakai untuk membasuh
pakaiannya?" (H.R Imam Ahmad dan Nasai')

Rasulullah SAW tidak membenarkan manusia menghadiri majlis2 dgn pakaian yg


kotor selagi dia mampu mencuci dan membersihkannya, agar orang yg demikian
menyedari hidayah Rasulullah SAW, supaya setiap muslm sentiasa bersih badan dan
pakaiannya, bagus pada lahirnya dan sedap dipandang. RSAW bersabda: "Tidak
mengapa kalau seorang dari kamu memakai dua pakaian utk hari Jumaat selain dari
dua pakaian kerja" (H.R Abu Daud)

[Mohd Ali Hashimi, Keperibadian Mslm, ms 57-58]

Anda mungkin juga menyukai