Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : MENARIK DI TAWAU | TEMPAT BERIADAH, THE

PROGRAM PEAKS TAWAU.

TARIKH & MASA : 31 JANUARI 2019 (KHAMIS) & 09.00AM - 04.00PM

TEMPAT : THE PEAKS, TAWAU.

Pada 31 Januari 2019 (Khamis), beberapa orang staf Pusat Internet daerah Tawau
telah melawati tempat beriadah di The Peaks Tawau. Jarak jauh perjalanan menuju ke
tempat beriadah tersebut adalah 18 kilometer dan mengambil masa selama 28 minit
dengan menggunakan kenderaan. Pengunjung boleh menikmati pemandangan
panoramik Tawau dari 1200 kaki di atas paras laut. Dikelilingi oleh alam semula jadi
yang memberi inspirasi, aman, dan tenang.

Masa beroperasi bagi tempat beriadah The Peaks ini ialah pada jam 12 tengah hari
hingga 9 malam, setiap hari. Yuran masuk pula bagi dewasa adalah sebanyak RM10
dan kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun sebanyak RM5. Manakala kanak-kanak
berumur 3 tahun dan ke bawah masuk adalah percuma.

Para pengunjung juga boleh menikmati makan malam sambil menikmati


keindahan matahari terbenam di The Peaks. Pihak The Peaks menerima tempahan
katering yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga atau dengan rakan-rakan. Antara
menu yang ada ialah ayam masak merah, ikan sweet & sour, udang masak buttermilk,
nasi goreng dan pelbagai lagi.

Kemudahan awam juga telah disediakan oleh pihak The Peaks seperti tandas.
Selain itu, tempat letak kereta bagi memudahkan para pengunjung datang ke The
Peaks. Kawasan merokok juga disediakan bagi menjamin keselesaan pengunjung
terutamanya yang datang bersama dengan bayi mahupun kanak-kanak.

Setelah tiba di The Peaks, diadakan sedikit perbincangan dengan pihak The Peaks
untuk menerangkan tentang konsep dan perjalanan cerita video yang bakal dihasilkan.
Pengambaran pada kali ni tertumpu dengan pengenalan tempat beriadah The Peaks
dengan menjemput wakil The Peaks untuk memceritakan tentang perkhidmatan,
menu-menu makanan dan minuman, tarikan utama dan pelbagai perkara berkaitan yang
boleh dimuatkan ke dalam video.

Pengambaran video ini telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir sekitar
jam 4.00 petang. Kakitangan Pusat Internet Tawau ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak The Peaks atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses
pengambaran dijalankan. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada
semua peserta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
pengambaran ini.

Anda mungkin juga menyukai