Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA(GSB 1012):

ISU GEJALA SOSIAL

NAMA : ONG SHIN LIN

K.P : 960312-01-6262

PROGRAM : PPISMP

AMBILAN : JUN 2014

SEMESTER :1

NAMA MATA PELAJARAN : KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : TUAN HAJI ASWADI BIN MOHAMMAD AMIN

: ENCIK HAMDAN BIN. HAJI AHMAD

TARIKH SERAHAN : 21 Sept 2014


“Saya akui karya ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan: ………………………………………………………..

Nama Pelajar: ……………………………………………………….

Tarikh: ……………………………………………………………….

i
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA:

ISU GEJALA SOSIAL

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

ii
PENGHARGAAN

Saya Ong Shin Lin dari kumpulan Sains PPISMP ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada Tuan Haji Aswadi bin Mohammad Amin dan Encik Hamdan Bin Haji
Ahmad atas bimbingan dan penerangan yang diberikan sepanjang projek tersebut
dihasilkan. Di samping itu, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan
sekelas yang memberi bantuan kepada saya. Melalui projek tersebut, saya dapat
memperolehi pengetahuan yang lebih luas terhadap kemelut gejala sosial yang kian
bertambah serius dalam kalangan masyarakat kita.

iii
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKURAN i

HALAMAN JUDUL ii

PENGHARGAAN iii

SENARAI KANDUNGAN iv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN 1
1.2 OBJEKTIF KAJIAN 1
1.3 KAEDAH KAJIAN 1
1.4 BATASAN KAJIAN 1
1.5 DEFINISI OPERASIONAL 1

BAB 2: ESEI : ISU GEJALA SOSIAL 2-7

BAB 3: KESIMPULAN 8

LAMPIRAN 9-10

RUJUKAN 11

iv
BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
Gejala sosial merupakan satu fenomena yang sering berlaku dalam masyarakat di
seluruh dunia. Gejala sosial ini merangkumi pergaulan bebas, lumba haram,
pembuangan bayi, buli, vandalism, penyalahgunaan dadah, ragut dan sebagainya.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :
1.2.1 mencari punca berlakunya gejala sosial
1.2.2 mencari kesan yang akan berlaku yang berkenaan dengan gejala sosial
1.2.3 mencari cara mengatasi masalah gejala sosial daripada terus berleluasa

1.3 KAEDAH KAJIAN


Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk buku, surat
khabar dari laman web dan informasi dari laman web.

1.4 BATASAN KAJIAN


Kajian ini berkisar pada kes pembuangan bayi di Malaysia sahaja. Kajian ini meliputi
punca, kesan dan cara mengatasi masalah gejala sosial ini.

1.5 DEFINISI OPERASIONAL


1.5.1 Kesantunan dalam tugasan ini berpegang kepada definisi yang dikemukakan
oleh masyarakat Melayu yang dikaitkan dengan tiga komponen keperibadian atau
sahsiah seseorang iaitu tutur kata , perangai dan hati budi.

1
Bab 2: ESEI: ISU GEJALA SOSIAL

Maksud perkataan ‘kesantunan’ ini mempunyai pelbagai takrifnya. Dalam


masyarakat Melayu, ‘kesantunan’ ini dikaitkan dengan tiga komponen keperibadian atau
sahsiah seseorang iaitu tutur kata , perangai dan hati budi. Namun, terdapat perbezaan
penjelasan perkataan ini dari orang lain seperti J.Ferguson dan Das Gupta. Beliau
berpendapat bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh
penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa
menimbulkan sebarang konflik. Kesimpulannya, kesantunan ini merujuk kepada amalan
seseorang yang bersopan dalam kehidupan seharian.

Sikap kesantunan ini semakin meruntuh dalam masyarakat Malaysia


terutamanya golongan remaja pada hari ini. Sebilangan golongan remaja telah
membabitkan diri dalam gejala sosial dan masalah ini semakin berleluasa. Gejala sosial
merangkumi pergaulan bebas, lumba haram, pembuangan bayi, buli, vandalism,
penyalahgunaan dadah, ragut dan sebagainya. Gejala sosial yang saya terangkan
dalam esei tersebut ialah pembuangan bayi.

Pengertian pembuangan bayi ialah bayi yang telah dibuang oleh pasangan yang
melakukan penzinaan dan mengandung anak luar nikah. Oleh sebab tidak mahu malu
atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak
sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah, longkang, lubang tandas,
tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat di mana
bayi-bayi malang ini ditemui. Masalah pembuangan bayi boleh dikatakan hampir setiap
hari berlaku dan boleh kita ketahui melalui akhbar harian,majalah,media massa dan
radio. Sebagai contoh daripada Utusan Melayu yang memaparkan berita tentang
seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan
kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di Taman Cegar, Simpang
Ampat pada 31 Julai 2010. (Rujuk kepada Lampiran 1) Apakah punca yang telah
menyumbang kepada berlakunya masalah tersebut ?

Antara punca yang menyebabkan remaja melakukan gejala tersebut ialah


kepincangan institusi kekeluargaan. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga
mengabaikan anak-anak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih

2
sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan
harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus
meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar
mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu, jika ruang kebebasan yang
diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan
pelbagai gejala sosial di luar rumah. Sebagai contoh, Ibu bapa tidak dapat mengawal
disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau universiti dan
tanpa pengawasan ibu bapa, anak-anak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan
merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa
ketika keluar lewat malam bersama pasangannya. Jadi, ibu bapa memainkan peranan
penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak
mereka.

Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca membarahnya


masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka
yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya
yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk
melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, misalnya pergi ke
tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja
yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan
akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam
keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian
kerana mereka akan berperasaan malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas
perbuatan mereka.

Seterusnya, punca yang menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi ialah


pengaruh daripada laman sesawang serta media cetak. Pertambahan kemajuan
ekonomi kita pada hari ini turut antara punca pembuangan bayi kerana apa sahaja yang
mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak
senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja
termasuk bahan-bahan lucah, penayangan filem berunsurkan seks oleh media

3
elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan- bahan ini telah mendorong
mereka dan membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan penzinaan
yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah.

Selanjutnya, kekurangan ajaran agama dan pendidikan moral juga merupakan


salah satu punca yang mengakibat kemelut sosial ini berlaku. Golongan masyarakat
terutamanya golongan remaja yang berusia setahun jagung tidak menghayati ajaran
agama dan pendidikan moral walaupun dididik sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka tidak
dapat membezakan antara batil dengan yang hak dan melakukan perbuatan yang tidak
boleh dikembalikan iaitu perbuatan seks dan akhirnya menimbulkan kes pembuangan
bayi.

Selain itu, pihak sekolah yang lebih mementingkan prestasi akademik


berbanding dengan pembentukan sahsiah diri pelajar dan secara tidak langsung telah
menyumbang kepada berlakunya kes pembuangan bayi. Penekanan prestasi akademik
oleh pihak sekolah terhadap pelajar akan menyebabkan mereka berasa tertekan dan
ingin mencari keseronokan untuk meringankan tekanan mereka. Oleh itu, mereka
terjerumus ke kancah kehinaan dengan melibatkan diri dalam gejala sosial.

Dengan berlakunya kes pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat, pelbagai


kesan akan berlaku pada bayi,ibu kandungnya dan juga masyarakat. Pertama sekali,
dari segi kesan terhadap bayi, bayi itu akan dipandang rendah dan dihina oleh
masyarakat setempat sejak kecil lagi. Apabila bayi ini semakin dewasa ,dia tidak akan
dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya dan hidup berseorangan. Selain
itu, bayi ini akan berasa sunyi, sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang
membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih
sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Sebilangan bayi yang
dibuang ini akan menjadi budak samseng dan melakukan perbuatan yang tidak senonoh
apabila mereka sudah dewasa kerana tiada kasih sayang dan penjagaan daripada ibu
bapa. Mereka akan berasa tiada orang akan pelidukannya dan hanya bergaul dengan
rakan sebaya yang mereka anggap teman sepanjang kehidupan tetapi sebenarnya
mengiringkan mereka ke arah jalan kematian.

4
Dari segi kesan terhadap ibu kandung yang melahirkan bayi dan sekiranya ibu ini
telah membuang bayinya dalam tempoh masa tersingkat mahupun panjang sudah pasti
dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh
keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan
anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung
sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu
yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan
tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya. Selain itu, ibu ini juga akan
ditangkap dan dipenjarakan atas pembuangan bayi kerana telah melakukan perbuatan
yang tidak senonoh.

Seterusnya, kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan


keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi
memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu,
keluarga perempuan juga akan dipandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia
hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang
kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan
sampai bila-bila.

Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak
bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam atas
pertambahan kes pembuangan bayi. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem
nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah
yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi
masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di
kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah
membuang bayi. Jadi, masyarakat akan tidak bersepadu dan kemajuan Negara akan
tersinggah.

Untuk mengelakkan masalah pembuangan bayi ini daripada terus berleluasa,


langkah yang drastik dan berkesan harus diambil oleh semua lapisan masyarakat. Yang
pertama ialah perhatian dan kasih sayang keluarga telah memainkan peranan dominan
bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa

5
ini. Keluarga khususnya ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya
kepada anak-anak seperti menatang minyak yang penuh supaya mereka tidak terjebak
dalam gejala sosial sehingga boleh menconteng arang ke muka ibu bapa. Remaja akan
keluar rumah dan mencari rakan-rakan untuk meluahkan masalah yang dihadapi jika
tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Tuntutan kerja
dan sikap materialistik masyarakat pada hari ini telah menyebabkan tanggungjawab ibu
bapa untuk mendidik anak-anak telah diserahkan kepada pembantu rumah. Mereka
tiada masa untuk mendampingi anak-anak kerana tugas-tugas luar yang kadang-kadang
memakan masa berhari-hari. Hal ini demikian telah menyebabkan anak-anak tiada
tempat untuk mengadu dan menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka seperti
tekanan menghadapi peperiksaan, konflik dengan rakan, tiada buku rujukan dan
sebagainya. Akibatnya, mereka akan keluar rumah untuk melepaskan tekanan yang
dihadapi. Menurut pengakuan salah seorang remaja yang ditangkap dalam serbuan di
salah sebuah kelab malam di ibu kota minggu lalu, dia tidak rasa bersalah keluar pada
waktu malam dan berseronok di kelab-kelab malam kerana ibu bapanya sering keluar
daerah sehingga berminggu-minggu lamanya. Dia tidak mendapat perhatian dan kasih
sayang yang secukupnya daripada kedua-dua ibu bapa di rumah. Oleh itu, jelas
menunjukkan bahawa perhatian dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa amat
penting bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.

Selanjutnya, satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan
masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program.
Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah
kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak
melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat
Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan
keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu
diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran
tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang


boleh diuruskan oleh pihak kebajikan masyarakat. Khidmat nasihat hendaklah diberikan

6
kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan
mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri
sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat
menerima kenyataan sebenar. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu
diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut.

Di samping itu, pesalah yang membabitkan dalam kesalahan berzina atau kes
rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contohnya, hukuman bagi
kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Perogol
atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak
berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan dan
pengajaran kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga
diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan
menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang
negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik
atau takut untuk melakukan perkara tersebut.

Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa
untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa
hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses
ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa.
Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dan disuntik ke
dalam sanubari masyarakat. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama
sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Cara ini adalah amat efektif
untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

7
BAB 3: KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan
tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kemelut gejala sosial yang berlaku di
negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak
ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan
2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung
masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui
usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan
rohani dapat direalisasikan di samping mewujudkan sebuah masyarakat yang
mempunyai kesantunan dalam kehidupan seharian.

8
Lampiran 1

Buang bayi makin menjadi-jadi


Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 31 Julai - Kes


pembuangan bayi nampaknya semakin
menjadi-jadi meskipun pelbagai usaha
dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi
masalah sosial ini.

Sejak awal tahun ini sehingga hari ini,


sebanyak 22 kes buang bayi dan janin
dilaporkan berlaku di seluruh negara. Itu
belum termasuk kes-kes yang tidak
dilaporkan oleh media.
ANGGOTA polis dan orang ramai melihat bayi perempuan
Terbaru, seorang bayi perempuan yang yang ditemui selepas dibuang di kaki lima bangunan kedai di
Taman Cegar, Simpang Ampat, Pulau Pinang, semalam.
masih hidup ditinggalkan berbalut dengan
plastik dan kertas surat khabar di kaki lima
sebuah bangunan kedai di Taman Cegar,
Simpang Ampat di sini hari ini.

Seorang peniaga yang tinggal di bangunan itu menemui bayi berkenaan yang masih bertali pusat
apabila terdengar tangisannya kira-kira pukul 7.56 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, bayi
berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk pemeriksaan lanjut.

"Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan dia menemui bayi perempuan
yang masih bernyawa dan bertali pusat di kaki lima bangunan rumah kedai.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bayi berkenaan yang masih belum diketahui keturunannya
seberat 2.58 kilogram dan dilaporkan sihat," katanya di sini hari ini.

Menurut Shafien, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, tiada objek atau sebarang nota
ditinggalkan bersama-sama bayi itu.

Polis katanya, kini menyiasat kes itu di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan
menyembunyikan kelahiran dan sedang mengesan ibu yang melahirkan bayi itu.

9
Beliau menambah, polis turut menjalankan pemeriksaan di semua klinik di sekitar daerah ini dan
hospital berhampiran bagi mengesan ibu bayi berkenaan yang mungkin mendapatkan rawatan
susulan selepas melahirkan anak.

Shafien turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu
supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0801&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm#ixz
z3CSHTh3Q1
© Utusan Melayu (M) Bhd

10
RUJUKAN

Abdul Muin Sapidin (Utusan Online 2010). Buang bayi makin menjadi-jadi. Diambil pada
19 Sept 2014 dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0801&sec=Muka_Hadap
an&pg=mh_04.htm

GC. Robert (blogspot 2012). Pendidikan moral semekta. Diambil pada 19 Sept 2014 dari

http://drhrobert.blogspot.com/2012/01/pembuangan-bayi-punca-kesan-dan-
langkah.html

Kes pembuangan bayi. Diambil pada 19 Sept 2014 dari

http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/karangan.html

Punca dan langkah mengatasi pembuangan bayi. Diambil pada 19 Sept 2014 dari

http://keligit97lense.blogspot.com/2014/04/punca-dan-langkah-mengatasi-
pembuangan.html

Faktor Gejala sosial dalam kalangan Remaja. Diambil pada 19 Sept 2014 dari

http://aksaraguru69.blogspot.com/2013/11/kongsi-ilmu-dari-blog-lain-
karangan.html

Masalah sosial di Malaysia. . Diambil pada 19 Sept 2014 dari

http://masalahsosialdimalaysia.blogspot.com/

Kesantunan masyarakat: isu gejala sosial. Diambil pada 19 Sept 2014 dari

http://gsbgt.blogspot.com/2013/10/isu-gejala-sosial.html

11

Anda mungkin juga menyukai