Anda di halaman 1dari 9

Pengurusan bilik

darjah mesra
budaya
PENTAKSIRAN BERASASKAN MESRA BUDAYA
Konsep Penilaian Berasaskan
Budaya
 Satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk
membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya.
 Penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan
maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan yang akan
diambil kelak.
 Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan
pendidikan merupakan suatu yang eksplisit (seperti tabiat
manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan kepercayaan).
Konsep penilaian Berasaskan
Budaya
 Oleh itu.
 Penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa
penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat
dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira aspek
kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih
instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang
dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.
Tujuan Penilaian Mesra Budaya

 Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai


budaya perlu mengambil kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi
atau perpindahan, status sosio-ekonomi, latar belakang pelajar.
 Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan
maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang
sesuai untuk proses peinilaian.
 Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan
budaya memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap,
pengetahuan, kemahiran menyoal atau menemubual, strategi-
strategi intervensi dan amalan-amalan penilaian.
Tujuan Penilaian Mesra Budaya

 Untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk


memperoleh data mengenai pelajar.
 Fokus mengenai penilaian yang tidak mendiskriminasikan sesiapa
seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan pelajar
selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar.
 Untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan
pengajaran – pembelajaran, dan seterusnya pembangunan
program pendidikan.
Keseluruhannya bertujuan untuk

 mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan


selanjutnya
 menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif
 memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua
murid
 mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor
linguistik dan kerelevanan budaya
 menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian
formal
 mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional
 Guru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai
kemahiran penilaian dan alat dalam pengajaran yang dapat
memberi peluang pelajar menunjukkan kompetensi mereka dalam
pelbagai cara berasaskan keadaan tempatan, termasuklah
pengetahuan dan kemahiran berkait dengan pemahaman
amalan budaya tradisional.

 Juga perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian


masalah dalam menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah
jagaan mereka dan menyediakan peluang yang sesuai untuk
pelajar meningkatkan diri.
Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan
Budaya

 Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan


penilaian berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan,
minat, sikap dan kemahiran sosial murid.
 Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat
keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang
perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar.
 Terdapat tekanan terhadap penglibatan murid dalam proses
penilaian. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam
penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan
mereka dan memberi pemahaman baharu yang tidak dapat diberi
oleh orang dewasa.
Jenis-jenis Penilaian

 Pemerhatian tingkah laku pembelajaran dan sosial M


 Penilaian portfolio
 Penulisan jurnal
 Projek
 Penilian kendiri M
 Penilaian kendiri G

Anda mungkin juga menyukai