Anda di halaman 1dari 3

31.

Berbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi mengenai masalah


kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur.

Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah


kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur.

~‘berbagai’ bermaksud tandingan atau saingan.

‘pelbagai’ bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis

‘berbagai-bagai’ bermaksud berjenis-jenis

~Perkataan ‘mengenai’ bermaksud kena pada

~Jalanraya ×

Jalan Raya ✓

32. Langkah itu bertujuan untuk membolehkan semua projek-projek yang dilulus
tidak menjejas keadaan alam semula jadi.

Langkah itu bertujuan membolehkan semua projek yang diluluskan tidak


menjejaskan alam semuala jadi.

~‘Untuk’ bermaksud bertujuan

~ Projek-projek sudah digandakan.

~Fungsi di-…-kan ialah membentuk kata kerja transitif pasif.

~Objek (alam semula jadi) kena secara langsung oleh perbuatan itu.

33. Melalui pendekatan ini, kedua penyelidik dan responden dapat sedar tujuan
sebenar untuk menyertai aktiviti yang dilakukan.
Melalui pendekatan ini, kedua-dua penyelidik dan responden sedar akan
tujuan sebenar menyertai aktiviti dilakukan.

~‘ke…’ yang menunjukkan jumlah perlu digandakan.

~ kata sendi nama ‘akan’ digunakan di hadapan kata nama (tujuan) yang menjadi
pelengkap kata adjekktif yang bersifat emotif.

34. Di peringkat ini objektif utama adalah untuk memastikan sama ada segala
prosedur kajian luar telah digunakan oleh penemuduga.

Pada peringkat ini, objektif utama kajian luar adalah untuk memastikan
sama ada segala prosedur kajian luar tersebut telah digunakan atau
tidak digunakan oleh penemu duga.

~ ‘Pada’ dinukan di hadapan kata nama yang abstrak.

~ Selepas penggunaan kata ‘sama ada’ perlu diikuti dengan opsyen ‘atau tidak’

35. Apa yang berlaku di dalam diri individu ada perkaitannya dengan proses
sosialisasi semasa umur seseorang meningkat dan menjadi dewasa.

Apa-apa yang berlaku dalam diri individu ada kaitannya dengan proses
sosialisasi seseorang menjadi dewasa.

~Kata ganti nama diri tanya (apa) digandakan untuk membawa maksud sesuatu
rujukan.
~ ‘di dalam’ merujukkan sesuatu ruang fizikal

~ Perkataan ‘dewasa’ sudah bermaksud umur meningkat

Anda mungkin juga menyukai