Anda di halaman 1dari 1

Amrina Rosyada Binti Rosloan,

No.37C, Pondok Tanjung Bedil,


05150 Alor Setar,
Kedah.

7 April 2019.

Buat tatapan sahabatku, Amni Intisar di Alor Setar, semoga sihat sejahtera di samping
keluarga tercinta. Saya di sini baik-baik sahaja.

Saudari,
Bagaimanakah keadaan saudari di sana? Masih sibukkah lagi dengan urusan dan
tugasan sekolah? Biar apa pun yang sedang saudari lakukan, saya doa agar semuanya
berjalan dengan lancar.

Bagi makluman saudari, di kesempatan ini saya akan mencoretkan tentang temasya
sukan di sekolah saya. Temasya ini telah berlangsung pada 27 Mac yang lalu. Temasya
sukan ini bermula pada pukul 2.00 petang hinga 6.00 petang. Majlis dimulakan dengan
bacaan doa oleh Ustaz Ridzuan. Selepas itu, guru besar menyampaikan ucapan belia.

Untuk makluman saudari, seterusnya temasya sukan ini dimulakan dengan acara
perbarisan rumah sukan diikuti dengan acara 100 m, 200m, 4X100,4X200, sukaneka, acara
padang dan sebagainya diadakan.Saya menyertai perbarisan rumah kuning yang membawa
tema “Mat Kilau”. Setelah selesai semua acara yang dipertandingkan, sekarang tibalah
masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Johan
keseluruhan ialah rumah kuning. Asyraf telah muncul sebagai olahragawan sementara
olahragawati ialah Nadia Nasuha. Johan perbarisan ialah rumah ungu.

Anda mungkin juga menyukai