Anda di halaman 1dari 3

SYARAT PERTANDINGAN NASYID :

1.0 Penyertaan :

1. Pertandingan ini terbuka kepada komuniti sekitar SK Lupak tanpa had umur.

2. Bilangan maksimum ahli kumpulan adalah 12 orang ahli termasuk pemain peralatan.

2.0 Lagu :

1. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu nasyid bertemakan


“Rasulullah”.

2. Lagu pertama (lagu wajib) adalah lagu 1 Muharram

3. Lagu kedua adalah bebas bertemakan tentang Rasulullah.

3.0 Persembahan/ Pakaian / Peralatan :

1. Semua aktiviti kumpulan di pentas bermula dari naik hinggalah turun dari pentas adalah dinilai
sebagai persembahan.

2. Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak keterlaluan
dibenarkan.

3. Baju kurung moden/ asli/ baju melayu lengkap yang sopan.

4. Semua peralatan muzik dibenarkan kecuali yang bertali.

4.0 Masa :

1. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit sahaja untuk mempersembahkan kedua-dua buah lagu.

2. Masa dikira apabila peserta mula menaiki pentas.

3. Markah akan dipotong sekiranya persembahan kurang dari 10 minit atau melebihi masa 15 minit
yang ditetapkan.

5.0 Pemarkahan :

1. Penghakiman dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

Suara - 40 markah

Lagu - 25 markah

Lirik - 20 markah

Persembahan - 15 markah
SYARAT PERTANDINGAN SEPANDUK & PERARAKAN :

1. Penyertaan :

1. Pertandingan ini terbuka kepada komuniti sekitar SK Lupak tanpa had umur.

2. Bilangan maksimum untuk perarakan adalah 20 orang ahli setiap kontijen.

3. Setiap kumpulan hanya dibenarkan mempertandingkan satu (1) buah sepanduk sahaja.

2. Sepanduk :

1. Setiap sepanduk hendaklah menggunakan 1 meter lebar, 4 meter panjang dan 4 meter tinggi.

2. Setiap sepanduk hendaklah menggunakan kain dan tanpa bingkai

3. Warna dan jenis kain adalah putih atau hitam sahaja.

4. Warna tulisan terhad kepada 3 warna sahaja.

5. Tema : “MENYANTUNI UMAT MEMBAWA BERKAT”

6. Semua kontijen tidak dibenarkan membawa sepanduk berlambangkan parti politik

3. PENGHAKIMAN SEPANDUK

3.1. Penilaian pertandingan sepanduk berdasarkan kepada aspek berikut:

3.1.1. Khat Arab : 40 markah

 Kaedah penulisan khat Arab (20 markah)

 Ketepatan ejaan & kesesuaian penggunaan tulisan (20 markah)

3.1.2. Tema : 20 markah

 Pemilihan maksud ayat Al-Quran atau Hadith bersesuaian dengan tema (20 markah)

3.1.3. Bentuk/Keseluruhan : 30 markah

 Bentuk hiasan yang kreatif (10 markah)

 Keceriaan dan kebersihan (8 markah)

 Kombinasi reka bentuk dan penulisan (6 markah)

 Warna yang menarik & bersesuaian (6 markah)


3.1.4. Kesesuaian : 10 markah

 Kesesuaian tulisan arab dan rumi (5 markah)

 Keseimbangan & kesesuian saiz khat arab & tulisan rumi (5 markah)

3.2. Waktu penilaian pertandingan sepanduk akan dilaksanakan bermula pukul 7.30 pagi
hingga pukul 8.00 pagi. Kumpulan yang lewat hadir/ tiba pada masa yang ditetapkan
tidak akan diadili.

3.3. Keputusan jemaah hakim adalah MUKTAMAD.

4. PENGHAKIMAN KONTINJEN TERBAIK (PERARAKAN)

Penilaian pertandingan kontinjen terbaik ( Perarakan ) adalah berdasarkan kepada aspek


berikut:

4.1.1. Keanggotaan : 20 markah

 20 orang ahli sahaja setiap kontijen

4.1.2. Kekemasan Pakaian : : 20 markah

 Pakaian yang bersesuaian dan sopan

4.1.3. Reaksi Dalam Barisan : 30 markah

 Tidak bersembang semasa berjalan

 Sentiasa berselawat

 Tidak keluar dari perbarisan sewaktu perarakan

 Tidak mengganggu kontinjen lain

4.1.5. Tertib & Selawat : 30 markah

 Bersemangat semasa berselawat

 Konsisten dalam berselawat dari awal hingga akhir

4.2. Keputusan jemaah hakim adalah MUKTAMAD

Anda mungkin juga menyukai