Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN TAZKIRAH RINGKAS (IHYA’

RAMADHAN)

1. KATEGORI PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMKA Arau.

1.2 Terbahagi kepada dua kategori :

1.2.1 Lelaki (6 orang)

1.2.2 Perempuan (6 orang)

2. MASA

2.1 Masa diberi bagi setiap peserta adalah maksimum 5 minit.

2.2 Masa akan bermula apabila peserta memulakan penyampaiannya

2.3 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke – 3 menandakan masa hampir tamat. Loceng kedua
akan dibunyikan sebanyak 2 kali pada minit ke 5 menandakan masa telah tamat dan peserta dikehendaki
memberhentikan tazkirahnya.

3.4 Penyampaian selepas masa tamat tidak akan diambil kira. Hakim berhak memberhentikan pidato sekiranya
peserta gagal untuk berhenti walaupun masa sudah tamat.

3. SKEMA PEMARKAHAN

3.1 Isi bagi tazkirah (55 markah)

Pentazkirah-pentazkirah akan diadili dari segi definisi tajuk, isi-isi yang kemas dan sesuai,

data dan bahan yang tepat serta rumusan beserta dalil-dalil yang digunakan. Pecahan

markah adalah seperti maklumat berikut:

a) 40 markah bagi 2 isi tazkirah pertama. Bagi setiap isi, markah maksimumnya ialah 20

markah iaitu 8 markah isi, 8 markah huraian dan 4 markah bagi contoh dan data yang
tepat

b) 5 markah (bagi dalil dari AlQuran yang tepat dan rumusan yang jelas serta isi tambahan)

3.2 Cara penyampaian & penampilan (25 markah)

a) Cara penyampaian hendaklah jelas dan lancar

b) Cara berdiri dan penampilan diri yang bersesuaian

c) Cara penyampaian hendaklah menarik dan menyakinkan

d) Pergerakan tangan perlulah ‘natural’ dan tidak terlalu mekanikal

e) Susunan isi yang menarik dan jelas

f) Perlakuan dan tutur kata yang kurang sopan atau tidak manis hendaklah dielakkan

g) Pakaian hendaklah menutup aurat dan tidak melanggar syarak

3.3 Bahasa & Adab (25 markah)

a) Pemilihan kata, istilah dan susunan yang tepat

b) Gaya bahasa yang menarik dan berkesan serta tepat dengan mesej yang hendak

disampaikan

c) Penggunaan bahasa yang ‘standard’

d) Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta

perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah

tersebut.

Anda mungkin juga menyukai