Anda di halaman 1dari 3

Lima amal ibadah kunci syurga

KESILAPAN menyintai dunia dan mengikut hawa nafsu hanya akan


memusnahkan impian manusia untuk beroleh ganjaran istimewa pada hari
akhirat kelak.

Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada


(mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada
Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit
dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Tanda-tanda yang menunjukkan manusia itu dalam kalangan mereka yang


bertakwa dan bakal menghuni syurga ialah mereka rajin bertaubat kepada
Allah SWT. Walau apa juga kesilapan dan dosa dilakukan, janganlah
berputus-asa dan jemu memohon keampunan daripada-Nya.

Malas bertaubat membuktikan manusia malas untuk masuk syurga kerana


sesungguhnya agama menggalakkan manusia meraih ganjaran dengan
apa cara sekalipun. Antara usaha itu ialah bertaubat kerana manusia tidak
lepas daripada melakukan kesilapan.

Berada dalam majlis ilmu

Rajin bertamu di rumah Allah SWT dan menghidupkan majlis ilmu adalah
tanda manusia bakal meraih ganjaran syurga. Mereka yang sentiasa
berada di majlis ilmu adalah dalam kalangan orang yang terpilih kerana
amalan itu sukar dilakukan.

Menerusi slot Mau'izati di IKIMfm, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani,


berkata peringatan yang diperolehi menerusi tazkirah dan kuliah ilmu
memberi manfaat syurga kepada ahlinya.

Beliau berkata, sentiasa membantu orang lain juga akan menjanjikan


syurga, terutama apabila bantuan diberikan tidak mengharapkan pujian
dan balasan, Allah SWT akan membantu dipermudahkan jalan mereka
masuk ke syurga.

Abu Bakar as-Syafie meriwayatkan daripada Qulaib bin Har, Rasulullah


SAW bersabda: "Carilah syurga sekuat tenaga kamu, kamu perlu berani
mengatakan tidak kepada perkara yang mendatangkan dosa, berani
menadahkan tangan setinggi mungkin, menangis teresak-esak kepada
Allah SWT, manakala neraka, kamu larilah sekuat mungkin daripadanya.

Sesungguhnya mencari syurga itu tidak sepatutnya ia hidup dalam


keadaan terburu-buru, dan orang yang ingin lari daripada neraka itu tidak
sepatutnya mereka hidup di dalam keadaan tergesa-gesa atau hanya
melakukan amalan secara ala kadar."

Mereka yang rajin membaca al-Quran juga antara yang meraih syurga.
Jika tidak mampu membaca al-Quran, maka perbanyakkanlah berzikir.
Bertadabburlah dan menghalusi ayat al-Quran sehingga dapat merasai
kemanisan hidup beragama.

Nikmat dirasai apabila sering membaca al-Quran tidak dapat dibayangkan


keindahannya kerana ia mukjizat agung Allah SWT berikan kepada
manusia. Sebaliknya, manusia tidak merasai kehebatan al-Quran kerana
dibelenggu kemalasan.

Menjaga silaturahim

Oleh itu, untuk merasai diri dekat dengan Allah SWT, lakukanlah perkara
yang dicintai-Nya seperti menyambung silaturahim kerana semakin ramai
yang dekat dengan kita, semoga ramai yang mendoakan kita.

Rasulullah SAW mengingatkan, tidak akan masuk syurga orang yang hidup
di dunia ini, memutuskan silaturahim. Menyambung silaturahim akan
melayakkan dirinya memperoleh ganjaran syurga.

Syurga Firdaus iaitu ganjaran tertinggi kepada penghuninya. Orang yang


beriman kepada Allah SWT dan sentiasa beramal soleh dan mereka akan
tinggal di dalamnya buat selama-lamanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Mereka itulah orang yang berhak
mewarisi - yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya."
(Surah al-Mukminun, ayat 10-11)

Syurga kedua tertinggi ialah syurga Adni seperti firman Allah SWT yang
bermaksud: "(Segala sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan
penghormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang yang
bertakwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari
akhirat kelak), Iaitu beberapa buah syurga tempat penginapan yang kekal,
yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka; (Mereka akan bersukaria)
dalam syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di
situ buah-buahan dan minuman yang pelbagai jenisnya dan rasa
kelazatannya. Dan di sisi mereka pula bidadari yang pandangannya
tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. Inilah
dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang
tidak akan habis-habis." (Surah Saad, ayat 49-54)

Syurga ketiga ialah syurga Khuld yang diceritakan dalam al-Quran:


"Bertanyalah (kepada mereka): Adakah (azab seksa neraka) yang
demikian itu lebih baik atau syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada
orang yang bertakwa? Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai
balasan dan tempat kembali. Mereka beroleh dalam syurga itu apa yang
mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian
adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan
dituntut (dalam doa masing-masing)." (Surah al-Furqan, ayat 15-16)

Syurga seterusnya ialah syurga Makwa yang dijelaskan dalam firman-Nya


yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah
melihat (Malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi
'Sidratul-Muntaha'; yang di sisinya terletak syurga 'Jannatul-Makwa'. (Nabi
Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini
ialah) ketika Sidratul Muntaha itu diliputi oleh makhluk dari alam ghaib,
yang tidak terhingga." (Surah al-Najm, ayat 13-16)

Penulis ialah Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm

Anda mungkin juga menyukai