Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

UNIT KOKURIKULUM
SK LEMBAH JABOR, KEMAMAN, TERENGGANU
26150 KUANTAN

TAJUK PROJEK : GELANGGANG SERBAGUNA

LOKASI
TAPAK : GELANGGANG BOLA JARING SKLJ

DISEDIAKAN
OLEH : MARZUKI BIN JUSOH@MAMAT
GPK KO KURIKULUM

TARIKH : 2 OKTOBER 2012


LATAR BELAKANG

Setiap tahun SK Lembah Jabor menghantar pasukan bola tampar, tenis dan
sepak takraw dalam kejohanan di peringkat PKG Cheneh dan peringkat MSS Kemaman.
Walau bagaimana pun setiap kali latihan diadakan pihak sekolah terpaksa memohon
kebenaran menggunakan gelanggang di kawasan sekitar memandangkan SK Lembah
Jabor tidak mempunyai gelanggang serbaguna yang sempurna. Ketiadaan kemudahan
prasarana yang sempurna juga menyebabkan murid-murid tidak dapat
memperkembangkan potensi diri dalam permainan ini. Oleh sebab itu, Unit
Kokurikulum SK Lembah Jabor berazam untuk mewujudkan sebuah gelanggang serba
guna di mana gelanggang serba guna ini bukan sahaja boleh digunakan untuk permainan
bola tampar tetapi juga permainan sepak takraw, tenis dan bola jaring.
Diharapkan dengan kewujudan gelanggang serbaguna ini akan memberi manfaat
kepada murid dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan
tersebut.

MATLAMAT

Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan murid


beriadah.

Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain.

Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru.

Memperkembangkan potensi diri murid dalam pelbagai bidang permainan.

Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap


aktiviti Kokurikulum dan 1 Murid 1 Sukan.

1
OBJEKTIF

Objektif khusus:

 Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui kemudahan prasarana- Aktiviti


PJK dan 1 Murid 1 Sukan.
 Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum.
 Menjadi pemangkin kepada penglibatan murid dalam sukan & permainan.
 Mewujudkan hubungan muhibbah antara murid.
 Melahirkan bakat baru yang berkualiti.
 Melahirkan murid yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

PERLAKSANAAN PROJEK

1. Lokasi

Di kawasan gelanggang bola jaring.

Lokasi yang strategik – Hujung tepi bangunan pentadbiran dan dengan bilik
pendidikan jasmani (berhampiran padang sekolah).

Dengan siapnya gelanggang ini nanti akan mewujudkan prasarana kemudahan


sukan secara berpusat di mana kemudahan Kokurikulum yang telah ada di
sekitar kawasan tersebut adalah Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang latiahn
Tenis, Gelanggang Bola Tampar, Padang Bola Sepak, Gelanggang Bola Baling dan
Gelanggang Bola Jaring.

2
2. Proses Pembinaan

 Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk pembelian bahan-


bahan binaan. ( Sila lihat lampiran bajet)
 Pembinaan melibatkan bahan asas seperti simen, batu kerikil,pasir ,vrc,
penyewaan JCB, pagar dan upah kerja.
 Kadar keluasan 38 m X 22 m (133’ x 77’)

3. Jangkamasa siap
– 4 bulan

4. Sumber Kewangan

Jangkaan Sumber kewangan


- Sumbangan YB Parlimen
- Sumbangan YB Adun
- Sumbangan orang perseorangan
- Unit Pembangunan JPN Terengganu

PENUTUP

Pihak sekolah khususnya Unit Kokurikulum berharap semoga projek ini akan
menjadi kenyataan kerana dengan pembinaan gelanggang serba guna akan dapat
menyelesaikan masalah kekurangan gelanggang dan memberikan manfaat kepada
pembangunan diri murid.
Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi
perangsang kepada murid untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di
peringkat sekolah dan daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang
diberikan oleh Kementerian Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan murid dalam
Kokurikulum serta menjayakan lagi 1 Murid 1 Sukan.

3
LAMPIRAN

1. Lampiran Bajet

JUMLAH
BIL ITEM KUANTITI CATATAN
(RM)
1 Kerja-kerja awalan seperti 3500.00
perlindungan insuran,dapatkan
harga barang,kerja mencuci tapak
dan lain-lain
2 Simen 200 Beg x RM20.00 4000.00
3 Pasir 20 Lori x RM 200.00 4000.00
4 Batu Kerikil 5 Lori x RM 500.00 2500.00
5 VRC 6’ x 10’ 130 Keping x RM 60.00 7800.00
6 Sewa JCB 2 Hari x RM 500.00 1000.00
7 Batu Bata 8 Pallet x RM 350.00 2800.00
8 Pagar Chainlink 6 Gulung x RM180.00 1080.00
9 Besi Bulat (5 Batang x 20’) x RM200 1000.00
10 Upah Kerja 25000.00
11 Kerja-kerja akhir mencuci kawasan 3500.00
tapak daripada bahan-bahan
terbuang dan lain-lain
JUMLAH 56180

4
LOKASI TAPAK

5
PELAN LANTAI GELANGGANG SERBAGUNA SK LEMBAH JABOR

DINDING ½’

17’
T
PENTAS T
A A
N N
3’ G G
G G
A A

3’ GELANGGANG A

116’

GELANGGANG B

77’

PAGAR CHAINLINK

105’

6
PELAN SISI GELANGGANG SERBAGUNA SK LEMBAH JABOR

Dinding Pagar
Chainlink

18’ 20’

3’

133’

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

……………………………………………….. …………………………………………
(MARZUKI BIN JUSOH@MAMAT) (ISHAK BIN IDRIS)
GPK Kokurikulum, Guru Besar,
SK Lembah Jabor, Kemaman SK Lembah Jabor, Kemaman
26150 Kuantan. 26150 Kuantan.

Anda mungkin juga menyukai