Anda di halaman 1dari 2

Latihan Asas Tatabahasa 19

A Garisi jawapan yang betul dalam kurungan (Tumpuan: “man” / “wan”/”wati”)


1 P. Ramlee ialah (seniman / seniwan) yang tersohor di tanah air.
2 Aminah menjadi (sukarelawan / sukarelawati) di rumah orang tua itu.
3 Azri yang (budiwan / budiman) itu melayan semua orang dengan sopannya.
4 (Olahragawan / Olahragaman) itu menerima anugerah khas.
5 Osman merupakan (peragawan / peragamn) yang terkenal.
6 A. Samad Said ialah (sasterawan / sasteraman) yang berjaya.
7 Azmi ingin menjadi (usahawan / usahaman) yang berjaya.
8 (Dermawan / Dermaman) itu banyak mendermakan wang kepada badan kebajikan.
9 Hasnah ingin menjadi (angkasawan / angkasawati).
10 Saloma ialah (seniman / seniwati) yang pandai berlakon.

B Isikan kata berapitan meN...i atau meN...kan yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong di bawah
ini.
1 Pemimpin itu ____________(dusta) tuduhan lawannya terhadapnya.
2 Pensyarah itu ____________(edar) nota kuliahnya sebelum menyampaikan kuliahnya.
3 Pemain itu turun ke padang untuk ____________(genap) pasukannya kerana seorang sudah cedera.
4 Kami ____________(gusar) kesihatan nenek kami yang semakin tidak baik itu.
5 Pekerja itu dapat ____________(habis) kerja itu dalam tempoh dua hari.
6 Emak _____________(halus) lada itu dengan menumbuknya di dalam lesung.
7 Para tetamu ____________(hambur) beras kunyit ke atas pasangan pengantin itu.
8 Biasanya kita____________(hiba) nasib anak yatim piatu.
9 Pelajar dinasihati agar ____________(hindar) diri daripada tabiat buruk itu.
10 Penyakit Nipah ____________(jangkit) penduduk di negara itu.

C Nyatakan sama ada perkataan yang bergaris itu kata nama atau kata kerja pasif.
1 Kita harus sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar.
________________________________________________________________________________
2 Lina lewat ke sekolah kerana ketinggalan bas sekolahnya.
________________________________________________________________________________
3 Pemanasan global menyebabkan kepupusan sesetengah spesies flora dan fauna.
________________________________________________________________________________
4 Rumah orang kaya itu kecurian semalam.
________________________________________________________________________________
5 Adik demam kerana kehujanan kelmarin.
________________________________________________________________________________

D Garisi kesalahan tatabahasa atau ejaan dalam setiap ayat dan membetulkan di ruang yang disediakan.
1 Marilah kami masuk ke dalam perpustakaan itu. ________________
2 Apakah benar kata-katanya tadi? ___________
3 Pak Kaduk menungkah arus untuk ke hulu sungai. ___________
4 Lebih sepuluh orang penumpang bas tercedera dalam nahas jalan raya itu. ___________
5 Jangan percaya apa-apa yang dikatakannya kerana dia penipu. ___________
6 Kadang kala dia tidak pergi ke sekolah. ___________
7 Sudah acapkali dia ditegur oleh gurunya. ___________
8 Sebab malas belajar dia gagal dalam peperiksaan itu. ___________
9 Dia ingin memperbanyak buku-buku yang dibacanya. ___________
10 Semak-samun di situ akan kami tebas secara bergotong-royong. ___________
Jiao dian youtube
https://www.youtube.com/watch?v=f0zdAwscu5I

Anda mungkin juga menyukai