Anda di halaman 1dari 1

Latihan Ulang Kaji 1_2019

A Golongan Kata – Kata Pemeri (ialah / adalah)


Isikan kata pemeri yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong di bawah ini.
1 Jambatan ini _______ yang terpanjang di Asia Tenggara.
2 Mengumpulkan setem _______ hobi abangku.
3 Hadiah yang saya pegang ini _______ untuk adik saudara.
4 Misbun Sidek _______ antara pemain badminton yang handal di Malaysia.
5 _______ tidak wajar tindakan wanita itu terhadap orang gajinya.
6 Kamus Dewan _______ kamus ekabahasa.
7 Novel ini _______ oleh Shahnon Ahmad.
8 Menabung _______ amalan yang memanfaatkan kita.
9 Kelakuan Aminah _______ seperti kakaknya.
10 Bungkusan ini _______ daripada abangnya.

B Mengesan kesalahan tatabahasa


Garisi kesalahan tatabahasa dan buat pembetulan di ruang yang disediakan.
1 Setiap buah buku yang dibelinya tebal. ___________
2 Tiga pemuda itu diberkas polis kerana melepak sampai larut malam. ___________
3 Sekolah itu masih kekurangan guru-guru Sains. ___________
4 Kakak membeli sebatang payung dari kedai itu. ___________
5 Para banduan dikehendaki bersenam setiap pagi. ___________
6 Antara cara-cara mencegah demam denggi termasuklah membubuh abate ke dalam air yang bertakung.
___________
7 Kejayaan projek ini bergantung kepada kerjasama semua pihak yang terlibat. ___________
8 Guru itu banyak berkorban masa untuk membantu pelajar yang lemah dalam mata pelajaran yang
diajarkannya. ___________
9 Dengan berdasarkan pada maklumat yang dikumpulkannya, dia membuat laporan ini. ___________
10 Mesyuarat guru-guru akan diadakan di dalam perpustakaan sekolah. ___________

C Mengesan kesalahan ejaan.


1 Kelulusan dalam bahasa Melayu ialah pra-syarat jawatan ini. ___________
2 Kempen anti-rokok harus diadakan lebih kerap. ___________
3 Kamus dwi-bahasa ini dicetak dalam dua bahasa. ___________
4 Bakteria ialah organisme yang amat halus. ___________
5 Tempat ini sering dikotori sampah-sarap. ___________
6 Lebah merupakan ejen pendebungaan. ___________
7 Kontingen Malaysia ke temasya sukan antarabangsa itu terdiri daripada 100 orang. ___________
8 Ayah menyimpan barang-barang lama di dalam setor itu. ___________
9 Mazlan baru habis bersembahyang waktu Zohor. ___________
10 Dia baharu balik dari sekolah. ___________

D Peribahasa
Lengkapkan peribahasa dan maksudnya.
1 seperti k__________ mendapat b_________
Maksud: Orang yang tidak tahu m___________ pemberian daripada l__________ lain.
2 alah b______ tegal b______
Maksud: Sesuatu kerja yang s_______ akan menjadi m_________ setelah biasa melakukannya.
3 seperti i_____ pulang p_______
Maksud: Orang yang b___________ dengan l__________nya.
4 sudah j__________ ditimpa t__________
Maksud: Mengalami k___________ bert____________
5 tak k______ g_________
Maksud: K_________ tidak ber________________

Anda mungkin juga menyukai