Anda di halaman 1dari 1

Latihan Kosa Kata dan Tatabahasa 2

A Isikan kata kerja transitif yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong di bawah ini.
1 Gadis itu m_________cincin emas yang digadaikannya di kedai itu.
2 Kami akan m________ pertandingan itu bersama-sama.
3 Pengurus itu m_________ permohonan cuti pekerja itu.
4 Sindiket yang m___________ kad kredit itu sudah ditumpaskan oleh polis.
5 Orang yang sering m___________ janjinya itu dipercayai oleh kawan-kawannya.
6 Ambulans itu m______________ mangsa kemalangan yang cedera parah itu ke hospital.
7 Dia m_____________ doanya kepada Tuhan setiap malam.
8 Petani itu m_______ padi yang menguning itu dengan sebilah sabit.
9 Sesiapa yang m_____________ peraturan sekolah akan dihukum oleh guru disiplin.
10 Pihak polis masih m___________ penculik yang menghilangkan diri itu,

B Garisi jawapan yang betul dalam kurungan.


1 Dia amat (berminat / meminati) muzik rap.
2 Kes kemalangan di jalan raya semakin (bertambah / menambah ).
3 Saya berharap agar kejadian pada hari ini tidak (berulang / mengulang) lagi.
4 Pihak polis ( menemui / menemukan) mayat itu di belakang semak samun itu.
5 Budak nakal itu sudah ( berubah / mengubah) sikap buruknya.
6 Ibu (bertambah / menambah) wang simpanan di bank itu setiap tahun.
7 Guru itu ( berulang / mengulang) soalan yang ditanyakan tadi.
8 Kami memang ( berminat / meminati) seni suara.
9 Sikap buruk lelaki itu tidak pernah (berubah / mengubah).
10 Azman ( menemui / menemukan) kawannya untuk meminta bantuan daripadanya.

C Isikan kata nafi (tidak / bukan) yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong di bawah ini.
1 Orang itu ________ bapa saudaraku.
2 Buku ini ________ untuk dipinjam.
3 Saya ________ berapa faham akan maksud orang itu.
4 ________ mudah soalan Matematik ini.
5 Dia dimarahi ibunya kerana ________ menyiapkan kerja rumahnya.
6 Kasut yang saya beli ini ________ mahal.
7 Haiwan ini ________ ikan.
8 ________ benar apa-apa yang dikatakannya.
9 ________ saya yang memecahkan cawan ini.
10 Pelajar itu ________ pandai mengurus masanya.

D Garisi kesalahan tatabahasa dan buat pembetulan di ruang yang disediakan.


1 Buku yang tebal ini tidak ensiklopedia. _____________
2 Tidak dari Ipoh surat ini. _____________
3 Kerja ini bukan mudah untuk dilakukan. _____________
4 Surat yang menulis ini belum saya kirimkan lagi. _____________
5 Azmi bertambah ilmunya dengan rajin membaca buku. _____________
6 Mereka menemui mayat itu di dalam sebuah kotak kayu. _____________
7 Dia membaca semula novel itu. ______________________
8 Asri tidak berminat lagu rap. _____________
9 Bukan benar kata-kata yang diucapkan oleh orang itu. _____________
10 Hassan sering berulang kesalahan yang sama dalam karangannya. _____________

Anda mungkin juga menyukai