Anda di halaman 1dari 1

KKT A2

A Garisi Kata Kerja Transitif dalam ayat dan tulis objeknya di ruang yang disediakan.
1 Jangan beli makanan kotor di tepi jalan. ___________
2 Johan ingin mengikuti kursus itu. ___________
3 Sila isi borang ini dengan teliti. ___________
4 Ibu menemani adik ke klinik itu. ___________
5 Usah pedulikan sindirannya. ___________
6 Saya belum menjelaskan yuran kelab. ___________
7 Tolong buka pintu itu. ___________
8 Buanglah sampah ini ke dalam tong sampah itu. ___________
9 Mereka menyediakan makanan itu sendiri. ___________
10 Marilah kita menyanyikan lagu ini beramai-ramai. ___________

B Bentuk kata kerja transitif daripada golongan lain dalam kurungan.


1 Dia ingin ___________ (oleh) keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu.
2 Kami akan ___________ (serta) peraduan nyanyian ini.
3 Gembala itu berjaya ___________ (kandang) semua kambing jagaannya.
4 Johan bercadang untuk ___________ (dalam) ilmunya dalam bidang komputer.
5 Penulis itu sudah ___________ (buku) semua cerpen yang pernah dikarangnya.
6 Pihak sekolah harus ___________ (ketat) kawalan di pintu masuk sekolah.
7 Peniaga itu ___________ (laku) barang jualannya dengan mengadakan jualan murah.
8 Usahawan itu bercadang untuk ___________ (besar) perniagaannya.
9 Koperasi peladang itu membantu anggotanya ___________ (pasar) produk pertanian mereka.
10 Penghuni bangunan lama itu terpaksa ___________ (kosong) tempat tinggal mereka demi
keselamatan diri mereka.

C Garisi jawapan yang betul dalam kurungan.


1 Dia (menjemput / mengundang) kawan-kawannya ke majlis hari jadinya.
2 Azmi belum (membalas / menjawab) surat daripada kawannya.
3 Hassan (menerima / menyambut) kedatangan para tetamu dengan tangan terbuka.
4 Profesor itu (membincangkan / membentangkan) kertas kerjanya dalam seminar itu.
5 Azman ingin (mendalami / mendalamkan) ilmu dalam bidang bioteknologi.
6 Orang itu (mengemas / mengemaskan) harta benda peninggalan ayahnya dalam masa lima bulan
sahaja.
7 Pegawai penilaian itu datang untuk (menaksir / mentaksirkan) harga rumah yang akan dibeli oleh
abang.
8 Pemimpin itu (membohongi / membohongkan) fitnah yang dilemparkan oleh lawannya. 9 Kerani
itu (merekodkan / merakamkan) setiap urus niaga di kedai itu.
10 Peluru yang dilepaskan oleh Inspektor Lim (mengenai / mengenakan) betis perompak itu.

D Garisi kesalahan tatabahasa dan buat pembetulan di ruang yang disediakan.


1 Dia buat kerja itu seorang diri. ___________
2 Jangan menyentuh periuk yang panas itu. ___________
3 Novel ini pernah saya membaca. ___________
4 Adik akan saya hadiahkan pen ini. ___________
5 Sila mengisi borang ini dengan teliti. ___________
6 Pengerusi kelab itu terpaksa menangguh mesyuarat itu kerana berlakunya banjir kilat. ___________
7 Peniaga itu memperlakukan barang-barang jualannya dengan memberikan diskaun yang tinggi.
___________
8 Adik suka mengikuti ibu ke mana-mana sahaja. ___________
9 Kakak menambah secubit garam ke dalam sup yang direnehnya. ___________
10 Guru itu sering menasihatkan murid-muridnya agar tekun belajar. ___________

Anda mungkin juga menyukai