Anda di halaman 1dari 2

Latihan Tatabahasa – Kata Kerja Tak Transitif

A. Garisi Kata Kerja Tak Transitif dalam ayat-ayat yang berikut, jika ada.
1 Dia bercadang untuk menyertai pertandingan itu.
2 Gadis itu termenung seorang diri di pantai.
3 Kanak-kanak kelihatan berlarian di padang.
4 Pemuda itu bersenjata semasa memeras ugut orang yang lalu di tempat itu.
5 Padi di sawah Pak Busu sudah menguning.
6 Dengan berbekalkan kegigihan dia meneruskan pendakiannya untuk sampai di puncak gunung itu.
7 Rambut kakak mencoklat kerana dia mewarnainya dengan pewarna perang.
8 Kanak-kanak haruslah membesar dalam keluarga yang bahagia.
9 Gopal tinggal di rumah sewa.
10 Abang singgah di pejabat pos untuk membeli setem.

B Isikan kata sendi yang sesuai selepas Kerja Tak Transitif yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong
di bawah.
1 Saya ingin berbincang ________ dia tentang hal ini.
2 Mereka sedang berbincang __________ perkara ini.
3 Kami lalu _____ hadapan masjid itu setiap pagi.
4 Dengan berdasar ________ maklumat yang saya kumpulkan, kemalangan jalan raya semakin
meningkat.
5 Emak sangat sayang ________ adik.
6 Dalim berasal ____________ keluarga yang miskin.
7 Kejayaan projek ini bergantung ______ kerjasama semua pihak.
8 Saya tinggal _______ sebuah kampung kecil.
9 Dengan berpandu _______ lakaran yang dilukisnya, kami berjaya mencari rumahnya.
10 Vasu datang ke rumahku bersama ________ abangku.

C Garisi jawapan yang betul.


1 Perompak itu (bersenjata / bersenjatakan) pistol semasa melakukan jenayah.
2 Adik suka (membazir / bazir) semasa menggunakan air.
3 Belon itu (mengecil / mengecilkan) selepas dua hari.
4 Kakak suka (menyanyi / menyanyikan) semasa mandi.
5 Dia berjaya (mengelak / mengelakkan) apabila nampak sebuah kereta dipandu dengan lajunya ke
arahnya.
6 Hassan (mengadu / mengadukan) kepada pihak polis tentang kejadian itu.
7 Hartawan itu suka (menderma / mendermakan) apabila diminta berbuat demikian.
8 Jangan (lompat / melompat) di tempat yang licin ini.
9 Susan gemar (tari / menari) semasa menghadiri majlis tari-menari.
10 Jangan (tangis / menangis) lagi.

D Tandakan (ü) bagi ayat yang betul dan tandakan (û) bagi ayat yang salah.
1 William berjumpa Muthu untuk bertanya tentang masalah Matematik yang dihadapinya itu. ( )
2 Dia biasanya senyum apabila bertemu dengan kawan yang dikenalnya. ( )
3 Janganlah bazir semasa menggunakan air dan elektrik. ( )
4 Orang Melayu tidak suka bertuan raja yang zalim. ( )
5 Duduk sini sementara menunggu saya balik daripada membeli tiket untuk kita berdua. ( )
6 Johari menderma dua ratus ringgit kepada tabung tsunami. ( )
7 Kami suka menonton wayang bersama dengan Ali kerana dia pandai mengulas perjalanan cerita
wayang itu. ( )
8 Bertanyalah saya apabila saudara tidak faham akan pelajaran yang saya sampaikan tadi. ( )
9 Dia turun dari bas itu apabila bas itu berhenti di perhentian yang berhampiran dengan rumahnya. ( )
10 Rumah saya terletak berdekatan sekolah tempat yang belajar. ( )

Anda mungkin juga menyukai