Anda di halaman 1dari 2

Latihan Asas Tatabahasa B_9

A Garisi jawapan yang betul dalam kurungan (Tumpuan: “atas” / “di atas”)
1 Terima kasih (atas / di atas) bantuan yang saudara hulurkan kepada saya tadi.
2 Adik suka duduk (atas / di atas) sofa yang empuk itu.
3 Kami meletakkan tikar (atas / di atas) rumput lalu mendudukinya.
4 Dia mengucapkan tahniah kepada Ahjli (atas / di atas) kejayaannya dalam peperiksaan awam itu.
5 (Atas / Di atas) kerjasama semua penduduk kampung, kawasan itu dapat dibersihkan secara gotong-
royong.
6 Wanita itu meletakkan sebiji pasu berisi susu (atas / di atas) kepalanya semasa menuju ke kuil itu.
7 Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada hadirin kerana sudi menghadiri mesyuarat itu.
8 Senaskhah surat khabar terletak (atas / di atas) permukaan meja itu.
9 Pengetua itu memuji para pelajar (atas / di atas) usaha gigih mereka untuk menjayakan projek itu.
10 Pengembara itu tidur (atas / di atas) bangku panjang di taman itu pada waktu malam.

B Isikan kata berapitan meN...i atau meN...kan yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong di bawah
ini.
1 Muka saya tidak kelihatan dalam foto ini kerana saya _____________(belakang) kamera semasa foto
itu diambil.
2 Lelaki itu _____________(lepas) banyak burung pada Hari Wesak.
3 Pengerusi mesyuarat itu _____________(dahulu) perkara-perkara yang penting dalam mesyuarat.
4 Cikgu Lee _____________(acar) majlis penyampaian hadiah itu.
5 Mereka tidak berani _____________(lalu) lorong yang gelap itu demi keselamatan mereka.
6 Pihak penganjur _____________(acara) tarian singa dalam majlis perasmian pesta tanglung itu.
7 Nenek masih dapat _____________(lalu) benang menerusi mata jam itu.
8 Cikgu Lim _____________(belakang) pelajar-pelajar yang tinggi supaya tidak menghalang
pandangan pelajar yang rendah.
9 Pelari itu _____________(dahulu) pelari-pelari lain untuk menduduki tempat pertama.
10 Ahmad berjaya _____________(lepas) pelari pertama untuk menjuarai acara larian itu.

belum
C Nyatakan sama ada perkataan yang bergaris itu kata hubung gabung, kata hubung pancangan
relatif, kata hubung pancangan komplemen atau kata hubung pancangan keterangan
1 Dia memasuki kedai itu untuk membeli mi segera.
________________________________________________________________________________
2 Jika engkau rajin belajar, engkau pasti dapat lulus dalam peperiksaan.
________________________________________________________________________________
3 Kamu hendak melancong ke negara Jepun atau negara China?
________________________________________________________________________________
4 Lelaki yang gemuk itu bapa saudara saya.
________________________________________________________________________________
5 Mazlan berpendapat bahawa merokok memudaratkan kesihatan.
________________________________________________________________________________

D Garisi kesalahan tatabahasa atau ejaan dalam setiap ayat dan membetulkan di ruang yang disediakan.
1 Buatlah apa yang diperlukan untuk membantu orang itu. ________________
2 Dia sudah sedari kelemahan dirinya. ________________
3 Sukan ekstrim mencabar ketahanan fizikal dan mental para peserta. ________________
4 Keputusan akedemiknya amat cemerlang. ________________
5 Krishnan menganggap senaman amat penting untuk kesihatan kita. ________________
6 Guru disiplin itu berjaya mententeramkan suasana bising kelas itu. ________________
7 Tidak mahal kereta yang abangku beli itu. ________________
8 Jangan lompat di atas lantai yang licin ini.________________
9 Kerja yang dibuat oleh kalian sungguh memuaskan. ________________
10 Ahli bomba berjaya memadamkan kebakaran itu. ________________

Jiao dian youtube


https://www.youtube.com/watch?v=f0zdAwscu5I

Anda mungkin juga menyukai