Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA PROGRAM

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2018

MASA CUE Taklimat Kepada Hadirin


7.45 Taklimat awal Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua hadirin.
pagi
Ketika ini diluar dewan sedang berlangsung kawalan kehormat dan
pemeriksaan baris.

Diharap warga dewan dapat bersedia kerana kita akan mulakan majlis
sebentar saja lagi... Sebaik saja saya umumkan tetamu kehormat tiba.
Mohon semua warga dewan dapat berdiri sehingga selesai nyanyian
Lagu Negaraku.
ZF

MASA CUE PERKARA 1 : Ketibaan Tetamu Kehormat


8.00 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati ____________wakil kepada
pagi tetamu Yang Berhormat ______________________, Ahli Dewan Undangan
kehormat Negeri Pel.Klang

Diiringi oleh Pn Rohana Bt. Hamid,


Yang Dipertua PIBG SMK Dato Hamzah,

En Sahrudin bin Kasman,


Pengetua SMK Dato Hamzah dan barisan pentadbir.

En.............................................
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Klang.
ZF

MASA CUE PERKARA 2 : Nyanyian Lagu Negaraku dan Persembahan Silat


8.00 Tetamu
pagi berada di Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis dimulakan dengan nyanyian
tempat duduk Lagu Negaraku.

Negaraku Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.


tamat Semua hadirin dipersilakan duduk.

Persembahan Sebagai mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat, Barisan


tarian Pentadbir Ajk Ibu Bapa, dan murid-murid yang diraikan,

Kita akan disajikan dengan persembahan tarian selamat datang oleh


murid-murid tingkatan satu SMK Dato Hamzah.

Persembahan tarian ini telah dibimbing oleh Pn Aisyah bt Zaini.

TQ Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Selesai Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan tarian itu tadi.
persembahan

1
MASA CUE PERKARA 3 : Bacaan Doa
8.20 Bacaan Doa Hadirin Sekalian,
pagi
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

TQ Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Muhammad Khairullail bin Nasarudin

Dengan penuh takzimnya,dipersilakan...

Selepas Doa Amin amin Ya Rabbal Alamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz


Muhammad Khairullail bin Nasaruddin atas bacaan doa itu tadi.

MASA CUE PERKARA 4 : Ucapan Aluan Pengacara Majlis


8.20 Ucapan aluan Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
pagi
Melayang serindit di atas permatang,
Merbau berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirahim....
Yang Berhormat ____________________
Ahli Dewan Undangan Negeri Pel. Klang
sebagai wakil Yang Berbahagia ________________

Yang Berusaha, Puan Rohana bt Hamid,


Yang Dipertua PIBG SMK Dato Hamzah,

Yang Berusaha, En.Sahrudin bin Kasman ,


ZF
Pengetua SMK Dato Hamzah

En......................................................
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Klang.

Barisan Pentadbir SMK Dato Hamzah,

AJK PIBG SMK Dato Hamzah,

2
Guru-guru, para ibu bapa, murid-murid cemerlang yang diraikan dan
hadirin sekalian.

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan,


ZF Atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan.

Yang mengizinkan kita berhimpun dalam majlis penghargaan khusus


kepada murid-murid yang telah menempa kejayaan dalam peperiksaan
sekolah dan peperiksaan awam,

MASA CUE PERKARA 5 : Ucapan Pengetua


8.30 Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
pagi Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Ucapan Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Pengetua
Tanpa melengahkan masa,

Dengan hormatnya majlis mempersilakan,


En Sahrudin bin Kasman,
Pengetua SMK Dato Hamzah,
Selepas Untuk menyampaikan ucapan.
Ucapan
Pengetua Dengan segala hormatnya dipersilakan.

TQ Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Sahrudin bin


Kasman di atas ucapan tadi.

MASA CUE PERKARA 6 : Ucapan perasmian


8.25 Ucapan Hadirin yang dihormati,
pagi perasmi
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berhormat __________________, Ahli Dewan Undangan Negeri


Pel. Klang,
sebagai wakil Yang Berbahagia ___________
ZF
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Murid SMK Dato Hamzah tahun 2018

Selepas mohon Yang berhormat Tn Azmizam b Zamanhuri untuk terus berada


ucapan diatas pentas. Dijemput Tuan Pengetua untuk bersama-sama
perasmi menyempurnakan acara perasmian.

3
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tn
Azmizam b zamanhuri yang telah menyempurnakan majlis perasmian
itu tadi.

MASA CUE PERKARA 7 : Tayangan Multimedia


Rehat Hadirin yang dihormati,

Marilah sama-sama kita saksikan tayangan multimedia yang disediakan


oleh En Nor Azlan b Jamil.

TQ

Majlis mengucapkan terima kasih di atas tayangan itu tadi.

Selesai
tayangan

MASA CUE PERKARA 8 : Penyampaian Hadiah 1


8.50 Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian.
pagi hadiah kelas
PPKI, Terbang tinggi si burung helang,
Peralihan, Berkicau kenari sambil berterbangan,
Tingkatan 1, Insan cemerlang negara terbilang,
Tingkatan 2. Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Diringi Majlis Anugerah Kecemerlangan murid tahun 2018 SMK Dato Hamzah
gamelan pada hari ini, akan kita mulakan dengan Penyampaian hadiah kepada
murid-murid kelas :-

PPKI ,Peralihan , Tingkatan 1 , 2, 3 dan 4

Bagi menyempurnakan acara ini,


Majlis dengan hormatnya mempersilakan En. Sahrudin bin Kasman,
ZF pengetua SMK Dato Hamzah diiringi oleh
Pn Norazni bt Othman, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato
Hamzah

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Rujuk Lampiran................
Selesai
penyampaian
hadiah Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Sahrudin bin Kasman di
atas kesudian menyampaikan hadiah.

4
MASA CUE PERKARA 9 : Persembahan 1
Rehat Hadirin sekalian,

Seterusnya kita akan saksikan persembahan Bicara berirama yang telah


di bimbing oleh Pn Noor Nalalita bt Mat Daim & Pn Wahidayu bt
Omar.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


Selesai
persembahan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada pasukan bicara berirama di
atas persembahan itu tadi.

TQ

MASA CUE PERKARA 10 : Penyampaian Hadiah 2

Hadiah Para hadirin yang dihormati,


SPM
Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi pelajar
Tokoh cemerlang SPM tahun 2018
Murid
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang Berhormat Tn
Azmizam b Zamanhuri diringi oleh

En Sahrudin Bin Kasman, Pengetua SMK Dato Hamzah untuk


menyampaikan anugerah tersebut.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

 Anugerah Murid Cemerlang SPM 2018 dipersilakan.....


 Anugerah Mata Pelajaran terbaik

Rujuk Lampiran..........................

ZF

 Anugerah Murid Terbaik SPM 2018 Aliran Sastera


Dipersilakan....................................................

 Anugerah Murid Terbaik SPM 2018 Aliran Sains

Dipersilakan..............................................

 Anugerah Tokoh Murid 2018.

( Baca biodata Tokoh Murid 2018)

Pelajar yang dimaksudkan ialah Muhd Alif Haikal b. Azizul.

5
Dipersilakan untuk naik ke pentas,
______________________dan____________________, Ibu bapa
kepada Muhd Alif Haikal b Azizul untuk menerima / sebagai wakil bagi
menerima Anugerah Tokoh Murid Tahun 2018.

Bagi menghargai pengorbanan guru-guru yang mengajar,


Pihak sekolah turut memberi anugerah berdasarkan beberapa kategori
dan kriteria.

Panitia.
1. ....
2. ....
3. ....
4. ....
ZF 5. ....

Guru.
1. ....
2. ....
3. ....
4. ....
5. ....

MASA CUE PERKARA 11 : Penyampaian Cenderamata


Penyampaian Hadirin yang dihormati,
cenderamata
Sebagai tanda penghargaan atas kesudian merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Murid 2018

Dipersilakan En Sahrudin B Kasman, pengetua SMK Dato Hamzah


untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Tn
TQ Azmizam b Zamanhuri

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tn Azmizam b


Zamanhuri dan En Sahrudin B Kasman, atas kesudian
menyampaikan anugerah itu tadi.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

6
MASA CUE PERKARA 12 : Jamuan & bersurai
10.00 Hadirin yang dihormati,
pagi Jamuan &
Besurai Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka tibalah
masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya Nor
Atiqah bt Shaari dan saya Zulfahmi bt Che Ani menyusun jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang
kami berbicara.

Terima kasih buat semua warga SMK Dato hamzah, rakan guru, orang
perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
TQ menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2018.
Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan
mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah S.W.T InsyaAllah.

Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami berdua

Pohon kenanga elok merimbun


Tersenyum si dara menyunting bunganya
Kami menghimpun maaf dan ampun
wacana hidup berkat selamanya

burung tekukur terbang rendah


Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Sekian wabillahitaufi walhidayah Assalamualaikum w.b.t

Majlis mempersilakan En. Sahrudin bin Kasman bagi mengiringi Yang


Berhormat Tn Azmizam b Zamanhuri untuk ke bilik sutra pawana bagi
menikmati jamuan yang telah disediakan.

Warga dewan juga................................................................................

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai