Anda di halaman 1dari 3

14.

Pamukkale, Denizli
Pamukkale adalah bandar tua yang telah wujud pada kurun ke-200 sebelum Masehi dengan nama
Hierapolis yang bermakna bandar suci. Semenjak awal-awal lagi bandar ini menjadi tarikan pelancong
terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan. Mata air panas yang mengandungi kalsium dan mineral
lain dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Ini menyebabkan ramai doktor-doktor
membuka perkhidmatan mereka di bandar ini semenjak ribuan tahun dahulu. Kini ia masih lagi menjadi
tarikan pelancong kerana permukaan buminya yang putih bersih akibat diselaputi oleh kalsit (calcite)
dan kolam-kolam air panasnya. Kedudukan bandar ini ditunjukkan dalam peta di bawah.

Bagi peminat geologi, bandar ini menjadi tarikan kerana rupa buminya yang aneh dan amat menarik.
Mata air panas yang banyak juga amat menarik sehingga punca utama tenaga elektrik di kawasan ini
ialah dari geothermal power plant, iaitu penjanaan elektrik dari wap panas bumi. Di Malaysia kita masih
belum memiliki penjanaan elektrik dari geothermal. Sebenarnya semasa di Pamukkale, geothermal
itulah yang amat menarik perhatian ku.

1
Permukaan bumi yang berwarna putih akibat diselaputi oleh kalsit dari mata air panas

2
Geothermal power plant: Penjanaan elektrik dari wap panas dalam bumi menjadi punca tenaga elektirk
utama di kawasan Pamukkale dan sekitarnya

Anda mungkin juga menyukai