Anda di halaman 1dari 11

Catatan Perjalanan Riza Atiq

Sanliurfa, bandar Nabi Ibrahim dan Nabi Ayyub


Kami tiba di Sanliurfa dengan menaiki kapal terbang dari Trabzon melalui Angkara pada waktu malam 20
November 2018. Kami menginap di sebuah hotel antik berhampiran dengan Masjid Mevlid Rahman yang
merujuk kepada Nabi Ibrahim. Keesokan harinya aku berjalan kaki ke masjid tersebut untuk menunaikan
solat subuh. Jaraknya tidak jauh tetapi sejuknya mencengkam hingga ke tulang. Tetapi hatiku sangat
teruja kerana dapat solat subuh berjemaah di tempat kelahiran Khalilul Rahman Nabi Ibrahim kerana di
tepi masjid itu terdapat sebauh gua yang dikatakan tempat kelahiran nabi tersebut. Daripada artifak-
artifak yang didapati, bandar ini diperkirakan berusia lebih kurang 12,000 tahun.

Di antara hotel tempat kami menginap dan masjid tersebut terdapat sebuah kolam. Kolam ini dikatakan
dahulu adalah tempat pembakaran Nabi Ibrahim. Di atas bukit di sebelah masjid terdapat runtuhan
istana Raja Namrud yang memerintahkan pembakaran Nabi Ibrahim. Di perkarangan istana tersebut
terapat dua tiang besar. Tiang ini dikatakan tempat lastik raksaksa. Diceritakan Nabi Ibrahim dilastik
dengan menggunakan lastik raksaksa ini ke tempat pembakaran tersebut. Anak Namrud, Zaleha yang
beriman dengan Nabi Ibrahim juga dilastik ke tempat pembakaran tersebut.

Kedudukan Bandar Purba Sanliurfa yang berhampiran dengan sempadan Syria (Sumber: Google Map)

Penduduk tempatan percaya kolam itu ditukarkan Allah dari api kepada air manakala kayu-kayu bakar
menjadi ikan untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim. Cerita ini sudah tentu cerita Israeliat kerana nasnya
tiada dalam Islam. Cerita ini diyakini oleh pelancung-pelancung yang beragama Yahudi dan Kristian.
Catatan Perjalanan Riza Atiq

Masjid Mavid Rahman yang diberi nama sempena tempat lahir Nabi Ibrahim
Catatan Perjalanan Riza Atiq

Gua tempat kelahiran Nabi Ibrahim as.


Catatan Perjalanan Riza Atiq

Kolam ini asalnya adalah tempat pembakaran Nabi Ibrahim


Catatan Perjalanan Riza Atiq

Runtuhan Istana Nimrod dan dua tiang lastik raksaksa


Catatan Perjalanan Riza Atiq

Di tepi kolam tersebut terapat sebuah masjid dan pusat latihan. Masjid ini dinamakan Masjid Rizvaniye
dan pusat latihan itu dahulunya adalah university yang tertua yang mula beroperasi lebih kurang pada
tahun 800.

Masjid Rizvaniye dan institusi pengajian tinggi yang tertua di dunia

Berhampiran dengan masjid dan kolam ini terdapat kawasan tempat tinggal zaman purbakala yang
merupakan gua-gua buatan di lereng-lereng bukit. Di kawasan tersebut juga terdapat muzeum arkeologi
yang memamerkan bahan-bahan yang berusia sehingga 12,000 tahun. Muzeum ini dikatakan muzeum
arkeologi yang terbaik di Turki dan di antara yang terbaik di dunia Apabila kita berjalan di kawasan ini
kita dapat rasakan kehidupan beberapa ribu tahun yang lalu. Kita dapat juga rasakan betapa mewahnya
Namrod dan susahnya kehidupan rakyat pada zaman itu. Akan tetapi tempat inilah bermulanya
tamaddun besar hari ini kerana Nabi Ibrahim adalah Rasul kepada Ummat Islam, Kristian dan Yahidi.
Catatan Perjalanan Riza Atiq

Gua-gua buatan tempat kediaman penduduk Sanliurfa ribuan tahun dahulu

Muzium arkeologi Sanliurfa yang menyimpan artifak berusia sehingga 12,000 tahun
Catatan Perjalanan Riza Atiq

Satu lagi tempat yang kami lawati di Sanliurfa ialah makan Nabi Ayyub as. Allah berfirman,

Dan Ayyub ketika ia menyeru Tuhannya, “Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah
Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Surah Al-Anbiya’: 83)

Dikatakan kepadanya, “Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.” (Surah
Sod: 42)

Kita sedia maklum bahawa Nabi Ayyub telah mendapat penyakit kronik yang berpanjangan. Segala
usaha telah dibuatnya supaya sembuh namun tidak juga sembuh. Akhirnya ia berdoa kapada Allah dan
ia sembuh hanya dengan mandi dan minum air yang keluar selepas ia menghentakkan kakinya ke tanah.
Tempat air itu keluar telah menjadi telaga dan masih wujud sehingga sekarang.

Makam Nabi Ayyub dari luar


Catatan Perjalanan Riza Atiq

Makam Nabi Ayyub


Catatan Perjalanan Riza Atiq

Air Telaga Nabi Ayyub disalurkan melalui paip dan ramai orang yang mengambilnya
Catatan Perjalanan Riza Atiq

Masjid Nabi Ayyub

Anda mungkin juga menyukai