Anda di halaman 1dari 3

Catatan Perjalanan Riza Atiq

Harran, bandar kediaman Nabi Ibrahim


Kami tiba di Harran dari Sanliurfa sudah lewat petang. Bandar ini amat bersejarah kerana Nabi Ibrahim
pernah menetap di bandar ini dan lempeng atau prasasti yang betarikh lebih kurang 3000 tahun
sebelum Masehi telah dijumpai di sini. Bandar ini juga menjadi rebutan antara Parsi dan Rom. Jarak
bandar ini dari Sanliurfa lebih kurang satu jam perjalanan dengan kerata dan ia terletak berhampiran
kampung Altinbasak.

Selepas Nabi Ibrahin selamat dari angkara Raja Namrud yang membakarnya, ia telah pergi ke Harran dan
berkeluarga di sana. Dipercayai di sini ia berkahwin dengan Siti Sarah dan Siti Hajar. Di sini juga
dipercayai Nabi Yaakob dilahirkan. Dari bandar ini juga Nabi Ibrahim bersama Siti Hajar pergi Ke Mekah
dan kemudian berulang-alik antara dua bandar ini.

Bandar ini amat penting pada zaman dahulu kala kerana ia menjadi salah satu pusat perdagangan antara
timur dan barat. Oleh itu banyak kerajaan yang ingin menguasainya. Pada kurun ke-3 ia direbut oleh
Rom dan pada tahun 611, iaitu pada awal Islam, ia direbut oleh Parsi. Kejatuhan bandar ini dan bandar-
bandar lain telah menyebabkan ummat Islam yang bilangannya pada masa itu amat sedikit menjadi
sedih kerana bangsa penyembah Allah dikalahkan oleh bangsa musyrik. Dalam masa yang sama orang-
orang musyrik Mekah bergembira. Sehubungan dengan ini Allah telah menurunkan surah Ar-Ruum yang
menyatakan bangsa Rom akan dapat merebut kembali wilayah-wilayahnya dalam tempoh 9 tahun.
Memang benar janji Allah, dalam tahun 620 Rom dapat menawan Harran dan wilayah-wilayah lain. 19
tahun kemudian, iaitu pada tahun 640, Harran dan kawasan di sekitarnya telah dapat ditawan oleh
panglima perang Islam yang bernama Iyad bin Ghanm. Bandar ini terus berkembang di zaman Islam
sehingga ia dilanggar tentera Monggol pada tahun 1260an sehingga hancur luluh. Bapa imam Ibnu
Taymiyah adalah salah seorang pelarian dari Harran ke Damsyik. Satu lagi yang menarik di kawasan ini
ialah rumah-rumah lama berbentuk sarang anai-anai atau busut. Walaupun hari panas, di dalamnya
masih sejuk demikian juga ketika musim sejuk di dalamnya tidak begitu sejuk.

1
Catatan Perjalanan Riza Atiq

Bandar Harran yang telah hancur dilanggar oleh tentera Monggol pada tahun 1260an

2
Catatan Perjalanan Riza Atiq

Rumah tradisi yang berbentuk sarang anai-anai atau busut. Ketika musim panas di dalamnya tidak begitu
panas dan di musim sejuk di dalamnya tidak begitu sejuk.

Anda mungkin juga menyukai