Anda di halaman 1dari 2

Topik 6 Aktiviti 1

“Bersama rakan bincangkan perancangan untuk menghasilkan sebuah


penerbitan video. Jelaskan proses penghasilan tersebut diruangan yang
disediakan.”
Proses penerbitan video bermula dengan penetapan tujuan dan objektif. Langkah ini adalah
terpenting dimana video yang bakal dihasilkan adalah bertepatan dengan objektif yang ingin
dicapai melalui video yang dihasilkan. Penerbitan video adalah mengikut tujuan tertentu sama
ada untuk menghasilkan video korporat, video pendidikan dan sebagainya. Setiap video juga
telah ditetapkan tema tertentu seperti memasak, moden dan sebagainya bersesuaian dengan
objektif dan tujuan penerbitan. Kami telah menetapkan untuk menghasilkan video korporat
kelas.
Langkah seterusnya adalah membuat penyelidikan dan menyediakan bahan. Semua bahan
yang diperlukan untuk penerbitan dikumpulkan daripada mana-mana sahaja sumber
maklumat yang difikirkan mudah untuk diperolehi sama ada daripada orang perseorangan,
sumber buku, jabatan-jabatan, internet dan sebagainya. Oleh kerana kami bercadang
menghasilkan video korporat kelas, maklumat berkaitan dengan ahli kelas telah dikumpulkan.
Setelah semua bahan yang diperlukan telah dikumpulkan, pemilihan bahan yang sesuai perlu
dilakukan. Bahan yang bersesuaian dan difikirkan perlu sahaja diambil daripada semua bahan
yang telah dikumpulkan supaya video tidak terlalu panjang untuk memuatkan semua bahan
yang telah dikumpulkan. Maklumat ahli kelas yang sesuai sahaja telah diambil.
Seterusnya, proses menulis skrip dilakukan. Penulisan skrip dirancang supaya apa-apa
sahaja sebarang bentuk percakapan sepertinya ucapan atau “narrator” (suara latar) dapat
dilakukan dengan lancar semasa rakaman dilakukan.
Persediaan membuat penggambaran memerlukan penetapan tarikh, masa dan lokasi
penggambaran. Masa penggambaran telah ditetapkan pada hujung minggu dan lokasi pula
adalah disekitar kawasan IPG.
Bahan-bahan grafik seperti gambar karton yang menunjukkan karakter setiap ahli kelas telah
disediakan. Gambar karakter ini adalah terpulang kepada setiap ahli kelas itu sendiri.
Penyediaan bahan dan peralatan untuk sesi penggambaran perlu dilakukan. Peralatan untuk
rakaman disediakan seperti kamera, tripod, pemegang fon, mikrofon dan prob. Setelah
peralatan dna bahan telah lengkap disediakan, sesi penggambaran dilakukan mengikut masa
dan lokasi yang telah dirancangkan.
Selesai sesi penggambaran, penyunting video akan mula melakukan proses menyunting
video mentah menggunakan aplikasi suntingan video yang bersesuaian seperti Filmora,
SonyVegas dan sebagainya.
Dalam pada masa yang sama, rakaman audio juga boleh dilakukan jika suara latar ingin
dimasukkan kedalam video.
Sesudah selesai sahaja proses suntingan, hasil video akan diprebiukan. Video akan
ditunjukkan kepada beberapa orang krew kumpulan untuk sesi penambahbaikkan bahagian
yang perlu diperbaiki jika ada, Jika tiada penambahbaikkan, video sudah boleh diterbitkan dan
disampaikan kepada orang lain melalui sebaran aplikasi Youtube.com, Instagram dan
sebagainya.
Penilaian dibuat setelah selesai penggunaan video. Penilaian ini dibuat oleh orang yang telah
melihat video korporat ini sepertinya mentor, pensyarah, rakan sekelas, rakan-rakan dan
orang terdekat.

Anda mungkin juga menyukai