Anda di halaman 1dari 19

PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

PISMP JUN 2018 SEMESTER4


PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(PRKA 3012)
PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO

NAMA MIR AHMAD FADZLY BIN MOHD


FAUDZI
OPSYEN 4 PISMP SAINS 2

NOMBOR KAD PENGENALAN 990202-10-6731

NOMBOR KAD MATRIK 2018122340078

NAMA PENSYARAH PUAN FARIDAH BINTI SURATMAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama pelajar : Angka Giliran Pelajar:

MIR AHMAD FADZLY BIN MOHD FAUDZI 2018122340078

Tajuk Tugasan:
PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO

Pensyarah: Kod/Kursus
PUAN FARIDAH BINTI SURATMAN PRKA 3012

Tarikh Hantar: 26 MAC 2020 Tarikh Diterima: 18 MAC 2020

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap

satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : -----------------------------------------------------
(MIR AHMAD FADZLY BIN MOHD FAUDZI)

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa: Moderator:
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Tandatangan Pelajar:

______________________________________
( )

Tarikh:
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

1.0 PENGENALAN:

Selepas menjalankan aktiviti pengajaran makro didalam bilik interaktif sains, penulisan
reflektif perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri semasa
menjalankan pengajaran makro serta membaik pulih pengajaran yang akan dilaksanakan
pada masa hadapan. Penulisan refleksi adalah untuk membolehkan penulis untuk
memperlihatkan pengalaman, menyatukan pengajaran dan memastikan ianya relevan
dengan tujuan (Indiati, dan Sumardiyani, 2012). Berdasarkan penyataan tersebut, penulisan
rekletif adalah signifikan dalam usaha memperbaiki profesionalisme sebagai pendidik
merangkumi rancangan pengajaran serta pengajaran yang dilakukan didalam bilik darjah.
Melalui penulisan reflektif ini, penulis mampu menguhubungkaitkan sebab dan akibat
terhadap setiap tindakan yang telah dilakukan sebelum ini dalam sesi pengajaran lepas.
Oleh itu, penulis mampu fokuskan perkara yang perlu diubah suai dan dipertambahbaik
selepas memperoleh borang penialaian daripada penilai dalam sesi pengajaran makro yang
telah dilaksanakan. Borang penilaian akan membantu memperjelaskan perkara atau
tindakan yang dilakukan oleh pengajar dari perspektif yang berbeza oleh penilai-penilai.
Semasa pengajaran makro dilaksanakan, terdapat 3 jenis penilai yang akan membuat
penilaian iaitu penialaian oleh dua orang murid yang berbeza, dan seorang pensyarah. Oleh
itu, penulisan reflektif akan dilaksanakan berdasarkan hasil dapatan penilai-penilai tersebut
untuk memperbaiki kaedah pengajaran didalam bilik darjah kearah yang lebih berkesan.

2.0 HASIL PENILAIAN:


2.1 Berdasarkan Penilaian Pelajar pertama:

Penilai pertama ini bernama Siti Nur Aisyah Binti Zahari yang menilai pengajaran
makro dengan menggunakan borang penilaian pengajaran makro berskala (lampiran A)
yang telah disediakan oleh pesnyarah, Puan Faridah Binti Suratman. Berdasarkan borang
penilaian tersebut, terdapat dua kompenan utama yang dinilai. Kompenan tersebut ialah
Perancangan sebanyak 40% dan Pelaksanaan sebanyak 60%. Tambahan pula, skala yang
boleh diberikan oleh penilai adalah dari skala pertama sehingga empat sahaja. Berdasarkan
kompenan pertama dalam perancangan, didapati terdapat 3 aspek yang dinilai. Aspek
tersebut termasuklah pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai murni, kreativiti dan
inovasi serta kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Didapati bahawa aspek
yang pertama, pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai murni diberikan skala
sebanyak 3. Merujuk kepada panduan penggunaan borang penilaian, skala ketiga
bermaksud sebahagian nilai murni dapat diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Hal ini menunjukkan bahawa pengajar hanya menerapkan
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

beberapa nilai semasa pengajaran dilaksanakan. Iaitu pengajar tidak menerapkan nilai pada
setiap fasa pengajaran. Hal ini telah disokong didalam ulasan yang dilakukan oleh penilai
mengatakan bahawa guru perlu menyelitkan lebih banyak nilai murni. Untuk aspek kreativiti
dan inovasi pula diberikan skala sebanyak 3. Hal ini berkemungkinan pengajar
melaksanakan sebahagian sahaja pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.
Tambahan pula, pengajar tidak mendapat skala sebanyak 4 didalam aspek ini
berkemungkinan kerana unsur inovasi kurang ditonjolkan. Sebagai contoh, pengajar hanya
menggunakan video dan akronim untuk pengajaran didalam kelas. Untuk aspek yang
terakhir didalam kompenan perancangan ialah kepelbagaian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran diberikan skala sebanyak 4. Hal ini berkemungkinan kerana, pengajar
melaksanakan pelbagai aktiviti yang berbeza-beza dalam setiap fasa. Sebagai contoh,
pengajar melaksanakan aktiviti berkumpulan dalam fasa aplikasi idea dan melaksanakan
permainan kecil diakhir pengajaran. Jumlah markah yang diperoleh dalam kompenan
perancangan ialah sebanyak 33.3/40.

Seterusnya untuk kompenan B iaitu pelaksanaan, terdiri daripada 3 bahagian yang


dinilai iaitu kemahiran saintifik, pelaksanaan kaedah, serta sikap dan sahsiah. Didapati
bahawa dalam aspek mengaplikasikan kemahiran proses sains dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ialah sebanyak 3. Hal ini berkemungkinan kerana kebanyakan proses
sains yang digunakan adalah berulang. Oleh itu, kemahiran proses sains hendaklah
dipelbagaikan bagi melatih murid dalam mengaplikasikannya dalam pembelajaran.
Seterusnya, untuk aspek penggunaan teknik yang betul semasa melakukan kemahiran
manipulatif tidak diberikan skala kerana kemahiran ini tidak diaplikasikan didalam
pengajaran. Iaitu, pengajaran yang dilaksanakan tidak membabitkan sebarang eksperimen.
Beralih kepada bahagian ke-dua iaitu pelaksanaan kaedah. Aspek kesesuaian kaedah
dengan objektif pelajaran diberikan sebanyak 4 skala. Hal ini berkemungkinan kerana
kaedah pengajaran yang disampaikan disetiap fasa pengajaran tidak lari daripada objektif
yang telah ditetapkan. Aspek yang kedua ialah penglibatan murid yang aktif diberikan skala
sebanyak 3. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh pengajar melibatkan semua pelajar
didalam fasa-fasa tertentu sahaja. Sebagai contoh, pengajar melibatkan semua murid
secara aktif dalam aktiviti pada fasa pencetusan idea, aplikasi idea dan refleksi, manakala
melibatkan sebahagian murid sahaja pada fasa yang lain. Aspek seterusnya dalam
pelaksanaan kaedah ialah pengurusan aktiviti pembelajaran yang berkesan diberikan skala
sebanyak 4. Hal ini menunjukkan bahawa, setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan
berjaya memberikan impak kepada murid-murid melalui tindak balas dan perubahan
tingkahlaku yang ditunjukkan (Embi, 2011). Aspek yang terakhir didalam bahagian
pelaksanaan kaedah ialah penggunaan pelbagai sumber diberikan skala sebanyak 4.
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

Menurut Mohd Faeez Ilias et.al (2016), mengatakan bahawa sumber dalam pengajaran ialah
koleksi bahan dan media dalam pelbagai format yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Jika dikaitkan dengan skala yang diberikan, menunjukkan bahawa pengajar
berjaya menggunakan pelbagai sumber yang berkesan dalam membantu pengajaran dan
pembelajaran murid-murid. Sebagai contoh, guru menggunakan kepingan kertas berbentuk
soalan pada fasa cetusan idea, dan menggunakan bahan lain seperti bahan maujud untuk
fasa aplikasi idea.

Bahagian ketiga didalam kompenan pelaksanaan ialah sikap dan sahsiah. Aspek
yang pertama dalam bahagian ini ialah penampilan diri. Menurut Mang (2008), penampilan
diri ini bermaksud cara seseorang memperagakan dirinya dari segi fizikal mengikut
kesesuaian. Jika dikaitkan dengan skala yang diberikan, pengajar berjaya menampilkan
dirinya mengikut kesesuaian sebagai seorang guru dalam mengajar. Sebagai contoh,
pengajar tersebut berpakain kemas dan kengkap menunjukkan ciri-ciri seorang guru yang
mengajar subjek sains bukan pendidikan jasmani dan kesihatan. Aspek seterusnya ialah
keperihatinan diberikan skala sebanyak 4. Keperihatinan dalam perspektif penilai ialah guru
mendekati pelajar dan memuji murid (berdasarkan bahagian ulasan). Keperihatinan merujuk
kepada kebolehan guru untuk mengesan, memahami, membaca dan mentafsir
kepelbagaian latar belakang pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran (Sivakumar dan
Md Nasir Masran, 2006). Oleh itu, pengajar diberikan skala senayak 4 berkemungkinan
kerana guru sentiasa prihatin terhadap keadaan dan situasi setiap murid dalam bilik darjah.
Sebagai contoh, pengajar mendekati murid yang tidak membuat kerja, dan murid yang tidak
memahami pembelajaran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Aspek yang seterusnya ialah pekerti yang diberikan skala sebanyak 4. Pekerti ialah
bersatunya antara gerak fikiran, perasaan dan kehendak atau kemahuan, yang
kemudiannya menilbulkan tindakan (Abdul Kadir Sahlan, 2018). Jika dikaitkan dengan skala
yang diberikan menunjukkan bahawa pengajar berjaya menunjukkan contoh tingkahlaku
yang baik terhadap murid-murid dialam bilik darjah. Aspek yang terakhir didalam kompenan
sikap dan sahsiah ialah sifat profesional. Skala yang diberikan ialah 3. Menurut penilai
dalam ulasannya mencatatkan bahawa pengajar ialah seorang yang tegas dan kawalan
kelas yang baik. Menurut Lieberman (2003) dalam penulisan Sidjabat (2008), orang yang
perfosional mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaan tidak
mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan. Dalam erti kata lain, guru menjalankan
pekerjaannya sebaik mungkin dalam mendidik kerana mementingkan kemenjadian murid,
bukan pendapatan. Jika dikaitkan dengan skala yang diberi, pengajar berjaya menunjukkan
salah satu sifat profesional dalam keguruan. Jumlah markah yang diperoleh pada kompenan
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

pelaksanaan ialah 50/60. Oleh itu jumlah markah keseluruhan yang diberikan oleh penilai
menerusi kompenan-kompenan dalam pengajaran makro ialah 83.3%.

2.2 Berdasarkan Penilaian Pelajar kedua:

Penilai kedua merupakan seorang pelajar juga yang bernama Nur Arifah Binti Zamri.
Penilai ini menggunakan borang penilaian berfasa (Lampiran B) yang diberikan oleh
pensyarah, puan Faridah Binti Suratman. Fasa yang perlu dinilai terdiri daripada 5 fasa
Needham (Orientasi, Pencetusan Idea, Penstrukturan Semula Idea, Aplikasi Idea, dan
Refleksi). Pada fasa Orientasi, penilai memberi komen bahawa video yang digunakan oleh
pengajar semasa sesi induksi dapat merangsang kognitif murid. Hal ini bermakna,
penggunaan video yang bersesuaian dan menarik dapat merangsang murid-murid untuk
berfikir dan bersedia untuk belajar matapelajaran baru. Pada fasa pencetusan idea, penilai
mencatat bahawa pengajar berjaya mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Hal ini
menunjukkan bahawa pengajar dapat mengaitkan matapelajaran baru yang akan diajar
dengan pengetahuan lepas melalui kaedah penyoalan. Pada fasa Penstrukturan Semula
Idea, penilai mencatatkan bahawa paparan slaid yang digunakan untuk mengajar murid
adalah menarik. Hal ini bermakna, slaid yang dihasilkan oleh pengajar dapat menarik
tumpuan murid-murid untuk fokus dihadapan ketika guru mengajar. Tambahan pula, penilai
turut mencatatkan bahawa penyampaian isi pembelajaran yang jelas. Hal ini menunjukkan
bahawa pengajar berjaya meyampaikan isi kandungan matapelajaran dengan berkesan
diikuti dengan paparan slaid yang menarik. Pada fasa aplikasi idea, penilai memberi komen
bahawa guru menggunakan peta pemikiran sebagai aktiviti untuk fasa ini. Iaitu pengajar
melibatkan murid-murid untuk mengaplikasikan pengajaran yang telah dipelajari melalui peta
pemikiran (peta buih). Penilai juga mencatat bahawa murid dapat mengaplikasikan
pembelajaran dengan baik. Hal ini bermakna dalam menjalankan aktiviti menggunakan peta
buih, majoriti murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik. Penilai juga ada mencatat
pembelajaran yang berlangsung ketika fasa ini adalah aktif. Hal ini menunjukkan bahawa,
pengajar berjaya melibatkan murid secara aktif semasa fasa ini iaitu melibatkan setiap
individu didalam kumpulan dalam bekerjasama, berbincang dan menyelesaikan masalah
melalui peta buih. Pada fasa yang terakhir iaitu fasa refleksi, penilai mencatatkan bahawa
murid dapat meyimpulkan pembelajaran secara kognitif. Hal ini menunjukkan bahawa
diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid mencapai objektif yang telah ditetapkan
oleh pengajar dengan berkesan. Penilai turut mencatakan bahawa aktiviti refleksi yang
kreatif. Hal ini kerana, pengajar melibatkan bahan-bahan maujud dalam membuat
permainan kecil yang harus dimainkan oleh murid-murid dalam menyimpulkan perkara yang
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

dipelajari pada hari tersebut. Akhir sekali penilai mencatatkan bahawa kesimpulan yang
dilaksanakan adalah jelas. Iaitu guru berjaya membuat kesimpulan kepada murid melalui
aktiviti permainan kecil, kesimpulan dari murid dan pengajar membuat rumusan ringkas
berkenaan perkara yang telah dipelajari sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
adalah jelas dan berkesan.

Selepas penilai menilai menggunakan setiap fasa Needham, penilai juga


mencatatkan penilaian keseluruhan bagi pengajaran makro yang telah dilaksanakan.
Pertama, pengajar dapat mengawal kelas dengan baik. Perkara ini juga turut di catatkan
oleh penilai pertama dalam borang penilaian berskala. Oleh itu, murid-murid berjaya dikawal
oleh pengajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kedua, aktiviti
yang dilaksanakan oleh pengajar sangat sesuai dan menarik. Hal ini bermakna, aktiviti-
aktiviti yang dilasanakan oleh pengajar kepada murid-murid bersesuaian dengan topik yang
dipelajari oleh murid-murid dan berjaya melibatkan murid untuk mengikuti aktiviti didalam
kelas dengan baik kerana aktiviti yang disediakan adalah menarik. Seterusnya, penilai turut
mencatatkan bahawa murid melibatkan diri dengan aktif didalam bilik darjah. Hal ini
menunjukkan bahawa murid sentiasa komited dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh
pengajar dalam usaha membentuk pembelajaran yang berkesan. Akhir sekali, penilai
mencatatkan bahawa guru menerapkan nilai murni dalam diri murid-murid. Hal ini
bertepatan dengan penilai pertama yang turut menyentuh berkenaan nilai murni yang telah
diterapkan kepada murid. Iaitu pengajar berjaya menerapkan sebahagian nilai murni dalam
diri murid terutamanya ketika menjalankan aktiviti didalam bilik darjah.

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN:

Berdasarkan hasil penialaian berikut, rumusan berkenaan kekuatan dan kelemahan


dapat diperoleh. Analisis terhadap kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran adalah
signifikan dalam usaha membaiki objektif, teknik, kaedah, strategi, dan penggunaan bahan
pelajaran pengajarannya mengikut tahap dan minat muridnya. Oleh demikian, analisis
kekuatan dan kelemahan dapat membantu guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik minat murid, sejurus menjadikan suasana
bilik darjah yang harmoni pada masa akan datang.

3.1 Kekuatan:

Berdasarkan hasil penialaian dari pelajar pertama dan kedua, terdapat beberapa
kekuatan yang perlu diperjelaskan bagi mengukuhkan dan menambahbaik kekuatan
tersebut. Kekuatan yang pertama ialah pengajar menggunakan pelbagai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Pengajar berbuat demikian untuk meningkatkan penglibatan murid
secara “hands on”. Kaedah ini menekankan penggunaan objek fizikal dan maya untuk
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

mewakili maklumat dan konsep sasaran (Marley dan Carbonneau, 2014). Strategi ini sering
dicadangkan sebagai teknik yang berkesan untuk mengajar di banyak bidang pembelajaran
lebih-lebih lagi melibatkan subjek sains. Subjek sains memerlukan murid untuk banyak
mengingati dan memahami fakta, konsep dan perkara abstrak. Oleh itu, pembelajaran
secara ini dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal kerana
melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya. Lebih banyak aktiviti yang digunakan semasa
pengajaran didalam bilik darjah, semakin mudah untuk murid memahami dan mengingati
pembelajaran kerana murid sendiri yang melalui pengalaman tersebut dalam menyelasikan
masalah berbanding belajar dengan menggunakan buku teks sahaja. Oleh itu, kekuatan ini
harus diteruskan dalam usaha menggunakan kekreatifan guru sendiri dalam merancang
aktiviti yang sesuai dengan pembelajaran murid.

Kekuatan yang seterusnya ialah pengajar menggunakan kaedah yang sesuai


dengan objektif pembelajaran. Pengajar berbuat demikian kerana fokus yang ingin dicapai
adalah objektif pembelajaran murid. Objektif pembelajaran murid akan tercapai dengan
menggunakan kaedah yang bersesuaian. Oleh itu, pengajar menggunakan pelbagai aktiviti
yang sesuai dengan pelajaran murid. Sebagai contoh, pengajar menggunakan bahan
maujud iaitu haiwan-haiwan kecil dalam melaksanakan aktiviti permainan kecil yang
berkaitan dengan tajuk pengkelasan organ pernafasan haiwan. Jika aktiviti yang
dilaksanakan oleh guru tidak bersesuaian dengan objektif pembelajaran murid, maka murid
tidak dapat membuat perkaitan berkenaan aktiviti yang dijalankan bersama mata pelajaran
yang dipelajari. Disebabkan itu, murid-murid tidak akan mencapai objektif pembelajaran
yang telah ditetapkan oleh pengajar sendiri. Secara spesifiknya, objektif pengajar ialah
murid dapat menentukan organ pernafasan haiwan serta merumuskan bahawa terdapat
haiwan yang mempunyai lebih daripada satu organ pernafasan didalam satu aktiviti iaitu
murid akan berbincang dan berkomunikasi dalam membentuk peta buih berkenaan organ
pernafasan haiwan secara menyeluruh. Berdasarkan kaedah tersebut, perkaitan antara
aktiviti yang dilaksanakan bersesuaian dengan objektif pelajaran. Oleh itu, murid akan
mencapai pembelajaran yang berkesan dengan kaedah yang sesuai.

Kekuatan yang seterusnya ialah pengajar menguruskan aktiviti pembelajaran yang


berkesan. Pengajar berjaya menguruskan aktiviti yang dijalankan didalam bilik darjah
dengan memfokuskan kawalan kelas. Kawalan kelas yang baik menjurus kepada
pengurusan aktiviti pembelajaran yang lancar. Pengajar telah mengamalkan kaedah
ganjaran dan hukuman untuk mengawal kelas iaitu menjanjikan bahawa murid yang berjaya
menyiapkan tugasan dengan baik dan betul akan diberikan ganjaran, manakala murid yang
tidak peka didalam kelas akan diminta untuk membuat penjelasan semula. Kaedah ini
merupakan kaedah dari Teori pelaziman Operan Skinner. Menurut Ngu (2009) menyatakan
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

bahawa Skinner (1958) mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu dipengaharuhi oleh
faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Berdasarkan penyataan tersebut,
dengan adanya ganjaran dan hukuman yang sesuai, maka tingkah laku posisitf dapat
dikekalkan manakala tingkah laku yang negatif murid-murid akan diubah. Hal ini berjaya
diaplikasikan oleh pengajar dengan memberikan ganjaran jika murid bertindak seperti apa
yang diiginkan. Oleh itu ganjaran tersebut akan menggalakkan murid lain untuk mengikuti
tingkahlaku yang baik demi mendapatkan ganjaran tersebut. Tambahan pula, pengajar
bertindak tegas supaya murid sentiasa fokus dan tidak bermain-main ketika belajar.
Bersikap tegas ini bukan bermaksud bersifat suka memarah murid tetapi tegas dalam
memberikan arahan supaya murid mengambil serius berkenaan apa yang disampaikan oleh
guru. Langkah-langkah ini akan mendorong murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
didalam bilik darjah. Oleh itu bersifat tegas dan mengamalkan ganjaran dan hukuman
mendorong kawalan kelas yang baik menjurus kepada pengurusan aktiviti pembelajaran
yang berkesan. Sehubungan dengan itu, pengajar harus meningkan lagi cara kawalan kelas
yang lebih baik untuk meneruskan pengurusan aktiviti yang berkesan didalam bilik darjah.

Kekuatan yang seterusnya ialah pengajar menggunakan pelbagai sumber. Pengajar


berbuat demikian adalah untuk memaksimumkan pelbagai kaedah bagi murid belajar.
Menurut Ikhsan dan Norila (2005), cara murid belajar boleh dikategorikan melalui
pembacaan daripada bahan-bahan bacaan, mendengar pengalaman orang lain, mengamati
dan meniru sesuatu perbuatan serta melalui pengalaman langsung. Berdasarkan penyataan
tersebut, dengan terdapatnya pelbagai sumber pengajaran, murid-murid dapat belajar
dengan pelbagai cara iaitu membaca, memerhati, mendengar, menampal, menulis, dan
melukis. Secara tidak langsung merangsang penggunaan pelbagai deria murid-murid dalam
mempelajari ilmu pengetahuan. Penggunaan pelbagai deria (multisensory) dalam
pengajaran lebih baik dan efektif untuk pembelajaran murid (Shams dan Seitz, 2008). Oleh
itu, pengajar telah menggunakan video diawal pengajaran dan diiakhir pengajaran bagi
melibatkan deria mendengar, melihat, dan membaca murid untuk mendapat gambaran awal
dan kesimpulan pembelajaran. Selain itu, pengajar menggunakan bahan bercetak yang
mendorong murid untuk menampal jawapan yang sesuai ke dalam peta pemikiran yang
disediakan. Selain itu, pengajar turut melibatkan murid-murid untuk menulis pada lembaran
kerja pada fasa pencetusan idea. Oleh itu, pengajar telah memaksimumkan penggunaan
bahan yang sesuai pada setiap fasa untuk membantu pengajaran murid dengan lebih
efektif. Hal ini turut berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan bahan. Oleh itu, tindakan
pengajar dalam menggunakan pelbagai bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
mendorong untuk menggerakkan proses pembelajaran murid dengan efisien. Sehubungan
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

dengan itu, pengajar harus mengukuhkan lagi kaedah menggunakan pelbagai sumber bagi
menambahbaik pengajaran didalam bilik darjah.

Kekuatan yang lain ialah sikap dan sahsiah pengajar. Berdasarkan borang penilaian
pertama, sikap dan sahsiah yang diberikan adalah berskala 4 majoritinya. Iaitu guru berjaya
menunjukkan sikap dan sahsiah yang bertepatan dengan profesion keguruan. Tujuan
pengajar bertindak sedemikian adalah untuk membentuk satu contoh tauladan yang baik
terhadap murid-murid. Selain itu, tujuan pengajar berbuat demikian adalah untuk mematuhi
segala elemen-elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana Falsafah
Pendidikan Guru dirangka untuk membentuk guru yang berkualiti selaras dengan objektif
pendidikan kebangsaan. Guru adalah agen perubahan kepada generasi masa hadapan.
Oleh itu, sebagai agen perubahan, perlu bertindak terlebih dahulu dalam menunjukkan
sahsiah yang baik supaya murid dapat mencontohi keperibadian guru. Sebagai contoh,
pengajar mempunyai penampilan fizikal yang bersih dan kemas semasa mengajar. Oleh itu,
murid-murid akan memandang tinggi kredibiliti bagi seorang guru, sejurus mendorong murid
untuk menghormati guru. Pengajar turut menunjukkan keprihatinannya didalam bilik darjah,
iaitu dengan mendekati pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dan mempunyai masalah.
Jika seorang guru tidak berbuat demikian, pelajar yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran akan tertinggal dan akan terasa hati kerana tidak diberikan perhatian. Oleh itu,
guru sewajarnya prihatin terhadap setiap individu didalam bilik darjah bagi memastikan
keberkesanan pengajaran. Selain itu, pengajar menunjukkan pekerti yang mulia iaitu
walaupun terdapat murid yang bermasalah, guru tidak memarahi pelajar tersebut dengan
menggunakan perkataan yang menjatuhkan identiti murid, malah guru bersifat tegas
terhadap murid tersebut dengan memberikan nasihat serta dendaan yang memanfaatkan
murid sendiri. Disebabkan itu, murid yang bermasalah akan menyesal terhadap tingkahlaku
yang tidak baik dan tidak akan mengulangi tingkahlaku yang tidak diingini. Sehubungan itu,
kepentingan penggunaan bahasa yang betul dan sopan amat signifikan dalam membentuk
iklim bilik darjah yang harmoni. Oleh demikian, pengajar harus mengekalkan sikap dan
sahsiah yang baik semasa pengajaran didalam atau diluar bilik darjah supaya membentuk
bilik darjah yang kondusif dan harmoni.

3.2 Kekurangan

Berdasarkan penialain-penialaian yang telah dibuat, pengajar turut mempunyai


beberapa kekurangan yang perlu diatasi. Hakikatnya, pengajar sendiri berkemungkinan
tidak sedar akan kesilapan atau kekurangan semasa menjalankan pengajaran didalam bilik
darjah. Oleh itu, penilaian yang dilakukan amat penting bagi seorang pengajar sedar akan
kesilapan dan kekurangan yang telah dilakukan. Antara kekurangannya termasuklah
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

pengajar hanya menerapkan nilai pada sebahagian fasa-fasa dalam pengajaran. Hal ini
bermaksud pengajar dapat menerapkan nilai kebersihan sebelum memulakan fasa orientasi
dan penerapan nilai kerjasama semasa melakukan aktiviti berkumpulan dalam fasa aplikasi
idea sahaja. Kekurangan yang seterusnya ialah pengajar tidak melibatkan murid secara
menyeluruh pada setiap fasa pengajaran. Iaitu pengajar hanya melibatkan semua individu
pada fasa tertentu sahaja. Menurut penialaian dan komen dari pensyarah sendiri (Lampiran
C), pengajar kurang menggunakan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
pengajaran. Iaitu pengajar kurang menerapkan soalan yang dapat merangsang pemikiran
yang kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, pensyarah turut
meberi komen bahawa arahan yang diberikan perlu ditingkatkan agar lebih jelas. Iaitu
pengajar kurang memberikan arahan yang jelas untuk murid ikuti perkembangan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan setiap kekurangan yang telah
dinyatakan, cadangan untuk mengatasi kelemahan tersebut akan dihuraikan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan beberapa kekurangan yang telah dinyatakan, beberapa cadangan akan


dikemukakan untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan semasa pengajar
menjalankan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) didalam bilik darjah.
Antaranya termasuklah pengajar harus menerapkan nilai murni pada setiap fasa iaitu fasa
Orientasi, fasa Pencetusan Idea, fasa Penstrukturan Semula, fasa Aplikasi Idea dan fasa
Refleksi. Hal ini kerana tugas guru bukan sahaja mengajar, malah membentuk insan yang
berakhlak mulia. Justeru kepentingan penghayatan nilai murni dalam kalangan murid amat
penting kerana nilai murni yang dihayati akan mencetuskan jenis insan yang diingini.
Menurut Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid (2010), bahawa pendidikan tidak
akan bermakna dan sempurna tanpa penerapan nilai murni. Nilai-nilai yang akan diterapkan
dalam pendidikan tidak boleh dipisahkan, kerana nilai-nilai inilah yang akan membentuk cara
seseorang individu untuk bertingkahlaku, berfikir dan bertindak sehingga mencorakkan
kebudayaan atau norma sesebuah masyarakat (Mohd Arif Ismail, Mohd Jasmy Abd.
Rahman dan Rosnaini Mahmud, 2005). Oleh itu, pengajar seharusnya menerapkan nilai
secara formal atau tidak formal didalam setiap fasa Needham untuk membentuk insan yang
berakhlak mulia. Insan yang berakhlak mulia akan memberikan impak yang besar dalam
melancarkan proses PdPc didalam bilik darjah, maka penerapan nilai amat penting bagi
pengajar terapkan didalam diri murid-murid.

Selain itu, pengajar seharusnya melibatkan setiap murid ketika sepanjang PdPc
berlangsung. Hal ini bermaksud, selain menerapkan nilai dalam setiap fasa Needham,
penglibatan setiap murid juga harus dipertimbangkan didalam setiap fasa. Hal ini bertujuan
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

untuk memastikan setiap murid akan memainkan peranan masing-masing dalam


melancarkan proses PdPc. Menurut Nor Hasliza Mohamed (2012) didalam laporannya
menyatakan bahawa Berita Harian pada 25 Disember 2009, telah melaporkan bahawa
kaedah belajar secara berkumpulan serta tumpuan yang diberikan dalam bilik darjah
semasa proses pengajaran dan pembelajaran telah membolehkan sembilan belas orang
pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Kuantan, Pahang mendapat pangkat A bagi sembilan mata
pelajaran yang diambil dalam Penilaian Menengah Rendah 2009. Manakala seramai 7,987
calon Sijil Pelajaran Malaysia 2009 telah mendapat keputusan yang cemerlang hasil
daripada pembelajaran secara berkumpulan (Berita Harian 12 Mac 2010). Ini telah
membuktikan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang
perlu diwujudkan dalam suasana pembelajaran di samping mempertingkatkan lagi mutu
prestasi pelajar dalam akademik. Oleh hal yang demikian, pengajar harus menerapkan
pembelajaran secara koperatif dalam menigkatkan penglibatan setiap murid. Hal ini kerana
murid-murid dapat bekerjasama dan berbincang dalam menyelesaikan masalah yang
diberikan. Tambahan pula, pembelajaran secara koperatif juga mewujudkan nilai
kesefahaman dalam mendorong pelajar yang lebih baik dalam suatu pelajaran untuk
membantu pelajar yang kurang faham dalam bahasa mereka (bahasa yang mudah). Oleh
itu, pengajar perlu meningkatkan kegiatan pembelajaran koperatif dalam fasa yang sesuai
bagi meningkatkan pencapaiam dan kefahaman murid didalam bilik darjah.

Seterusnya, pengajar disarankan untuk memperbanyakkan soalan-soalan KBAT


terhadap murid-murid semasa sesi PdPc dijalankan. Hal ini demikian kerana, soalan-soalan
bukan rutin akan menjana pemikiran yang lebih kritis dan kreatif murid melalui penyelesaian
masalah berkenaan kehidupan seharian, kehidupan sebenar dan isu-isu semasa. Pengajar
harus bijak dalam membina soalan berbentuk aras yang tinggi ini dengan menggunakan ciri-
ciri kata tugas yang sesuai dalam tahap pemikiran aras tinggi (mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta). Sebagai contoh, pengajar mengajar berkenaan organ pernafasan
haiwan memberikan soalan seperti “Mengapakah ikan paus tidak bernafas seperti ikan-ikan
yang berada didalam lautan”? Daripada soalan tersebut terdirinya kata tugas pada aras
pemikiran menganalisis dan soalan yang diberikan menunjukkan situasi sebenar dalam
kehidupan murid-murid. Dalam erti kata lain, guru juga boleh menerapkan soalan berbentuk
KBAT dalam aspek penyelesaian masalah. Dalam menerapkan Soalan KBAT, tugas juga
boleh diberikan dalam bentuk kumpulan atau individu mengikut kehendak guru. Objektif
utama dalam pengaplikasian soalan-soalan KBAT dalam PdPc adalah untuk melatih murid
berfikir secara kritis dan kreatif dengan kebolehan mengaitkan pengetahuan sedia ada serta
pengajaran yang baru dipelajari dalam menyelesaikan suatu masalah baru. Oleh itu, murid-
murid akan sentiasa dilatih untuk berfikir dalam meyelesaikan masalah sejurus membentuk
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

idea-idea baru, membuat keputusan sendiri malah kebolehan mebentuk objek baru.
Penerapan soalan KBAT adalah selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Iaitu menjurus
kearah pembentukan kemahiran untuk keperluan kerjaya abad ke-21. Oleh itu, pengajar
seharusnya menambahkan penggunaan soalan bukan ruti didalam bilik darjah untuk
membentuk pengajaran yang lebih efektif kepada murid-murid.

Akhir sekali, pengajar harus memberikan arahan didalam pengajaran secara jelas. Hal
ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang salah faham oleh murid-murid. Salah faham ini
akan mendorong murid untuk tidak berupaya mengikuti perkembangan di sepanjang PdPc
berlangsung. Oleh itu, guru perlu memberikan arahan sama ada dalam memberikan
tugasan dan menjalankan aktiviti dengan baik. Iaitu pengajar memberikan arahan dengan
bahasa yang mudah difahami oleh murid-murid dan jelas. Untuk menambahkan kejelasan
dalam memberikan arahan, guru boleh mengulagi beberapa kali arahan soalan bagi
memastikan murid memahami arahan yang diberikan. Jika murid berjaya memahami arahan
dari seorang guru, maka proses PdPc akan berjalan dengan lebih lancar. Tambahan pula,
pengajar boleh merancang serta menyediakan arahan soalan untuk diletakkan didalam
rancangan pengajaran harian. Hal ini bertujuan untuk merujuk kembali arahan tersebut bagi
memberikan arahan yang ringkas dan mudah kepada murid-murid. Pengajar juga boleh
mengamalkan pertanyaan berkenaan arahan yang disampaikan sama ada jelas atau tidak.
Hal ini bertujuan memastikan setiap murid sama ada sudah memahami arahan yang
diberikan atau tidak. Jika memerlukan pengulaangan arahan, maka guru harus mengulangi
arahan tersebut. Oleh itu, pengajar harus memperbaiki cara dan kaedah dalam memberikan
arahan kepada murid-murid untuk melancarkan sesi PdPc didalam bilik darjah.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penulisan reflektif sangat membantu pengajar dalam menilai tahap


keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan
pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada pengajar
untuk menyiasat secara kritis kepercayaan dan anggapan-anggapan yang tersirat.
Seterusnya penulisan reflektif juga membolehkan pengajar menjadi self-directed, iaitu
mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Tambahan pula, analisis dapat
dibuat berdasarkan hasil penilaian daripada penilai-penilai yang berbeza membantu
pengajar untuk mengetahui kekuatan yang perlu dikukuhkan dan kelemahan yang harus
diperbaiki. Oleh itu, pengajar harus konsisten dalam menerapkan kekuatan yang dapat
dikenal pasti serta melaksanakan cadangan penambahbaikan dalam mengatasi kekurangan
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

semasa pengajaran makro untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna dan
profesional secara konsisten pada masa hadapan.

Rujukan:

Abdul Kadir Sahlan (2018). Mendidik perspektif psikologi. Yogyakarta: Diterbit oleh

Deepublish.

Embi, M. A. (2011). Panduan Amalan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan. Educator &

Trainer in e-Learning at Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspek-aspek
yang

Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Ilias, M. F., Husain, K., Noh, M. A. M., Rashed, Z. N., & Abdullah, M. (2016). Sumber bahan

bantu mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah bestari. e-Academia
Journal, 5(2).

Indiati, I., & Sumardiyani, L. (2012). Pengembangan model reflective microteaching untuk

pembentukan calon guru profesional. AKSIOMA: Jurnal Matematika dan Pendidikan


Matematika, 1(1/Maret).

Mang, C. K. (2008). KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT


PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH.


Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23.

Marley, S. C., & Carbonneau, K. J. (2014). Theoretical perspectives and empirical evidence

relevant to classroom instruction with manipulatives.

Mohamad Khairi Othman Asmawati Suhid (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam

Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan MALIM -
SEA Journal of General Studies II.

Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud. (2005). Nilai-nilai

murni dan pendidikan berscpadu: ke arah kemanusiaan sejagat. Prosiding wacana


Pendidikan Islam (Siri 4): Pendidikan Islam ke arah kemanusiaan sejagat. Sangi:
Fakulti Pendidikan UKM.

Ngu, M, K. 2009. MENINGKATKAN KEBERKESANAN KAWALAN KELAS


MENGGUNAKAN

KAEDAH GANJARAN DAN HUKUMAN UNTUK MURID-MURID TAHUN 3 Koleksi


Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.132-146.

NOR HASLIZA BINTI MOHAMED (2012). PENGLIBATAN PELAJAR DALAM

PEMBELAJARAN KOPERATIF DI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL Fakulti


Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Shams, L., & Seitz, A. R. (2008). Benefits of multisensory learning. Trends in cognitive
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

sciences, 12(11), 411-417.

Sidjabat, B. S. (2008). Mengajar Secara Profesional: Mewujudkan Visi Guru Profesional.

Sivakumar, M. P., & Md Nasir, M. (2006). Keprihatinan Guru Terhadap Pelajar-pelajar


Lemas

Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran: satu Kajian Kes (Doctoral


dissertation, universiti pendidikan sultan idris).

LAMPIRAN A
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

LAMPIRAN B
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

LAMPIRAN C
PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro

Anda mungkin juga menyukai