Anda di halaman 1dari 2

Lot 4344,

Taman Hajjah Wan Eshah,

Kg. Bechah Pelting Hilir,

17500 Tanah Merah,

Kelantan.

10 September 2017

Menemui ibunda yang diingati selalu, Juwariah Binti Mahmood yang kini berada di negeri
Serambi Mekah. Anakanda mengharapkan moga-moga ibunda dan sekeluarga berada dalam keadaan
sihat wal afiat hendak-Nya. Alhamdulilah anakanda di sini berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Ibunda,

Terlebih dahulu, anakanda ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada ibunda
bersempena ulangtahun kelahiran ibunda yang ke-44 baru baru ini. Anaknda mendoakan semoga Allah
merahmati ibunda dan memberikan kebahagian yang berpanjangan di dunia dan akhirat.

Tujuan anakanda menulis warkah ini kerana anakanda merindukan ibunda yang jauh di mata
anakanda dan ingin melahirkan rasa sedih anakanda kepada ibunda.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa pelajar tahfiz seramai 20 orang dan 2 orang warden yang
menjadi viral di negara kita pada beberapa hari yang lalu sedikit sebanyak telah memberikan anakanda
sedikit rasa hiba, sedih dan sayu sekiranya mangsa kejadian tersebut adalah anakanda. Oleh itu,
anakanda ingin mmohon maaf kepada ibunda sekiranya ada perangai anakanda yang nakal, degil dan
menyakitkan hati ibunda sebelum ini. Anakanda juga ingin menyatakan kepada ibunda bahawa
ankanda sayang sangat akan ibunda dan ayanda. Anakanda juga mengharapkan agar anakanda dapat
memberi syafaat kepada ibunda dan ayanda di akhirat kelak dengan berkatnya hafazan 30 juzuk
Al-Quran yang anakanda hafaz di sekolah menengah dahulu. Anakanda ingin sekali merealisasikan
harapan ibunda yang menghantar anakanda ke sekolah tahfiz 5 tahun dahulu.

Setakat ini sahaja yang dapat anakanda luahkan isi hati anakanda kepada ibunda dalam warkah ini.
Insyaallah anakanda akan menulis lagi surat kepada ibunda pada masa akan datang. Semoga doa
ibunda yang mendoakan kejayaan anakanda di dunia dan akhirat dimakbulkan Allah.

Salam sayang,

NurJuwaina

Anda mungkin juga menyukai